Saturday, December 26, 2009

DAH LAMA TAK BALIK PASIR MAS

BALIK KAMPUNG MENJANJIKAN KEINDAHAN

Tanggal 23 Disember 2009 lalu, aku bersama famili bertolak ke Pasir Mas, Kelantan bagi memulakan agenda cuti. Seawal jam 10.30 pagi perjalanan dimulakan dengan hati menlonjak-lonjak untuk pulang setelah sekian lama tidak menjengok kampung halaman. Aku menggunakan laluan Jerantut-Kuala Tembeling seterusnya Kuala Lipis-Gua Musang. Perjalanan mengambil masa 2.30 minit untuk sampai di Gua Musang memang menyeronokan sambil melayan kerenah dua orang anak kecil aku, iaitu Muhammad Imran dan Nurul Dalilah. Manakala Muhamad Ikhwan pula sesakali tersenyum apabila ditegus. Perjalanan jauh itu tidak dirasai akan jarak dan masa yang panjang. Kerenah mereka cukup menghiburkan.


Oleh kerana aku menjadi pemandu tetap, maka tugas mengambil gambar secara sambilan dan amatur aku serahkan kepada anak lelaki aku yang entah apa gambar yang dikliknya. Apapun banyak juga gambar yang menarik sempat dirakamnya. Sesampai di Gua Musang aku singgah sekejap untuk berehat sambil mengisi minyak di stesen popular kami, iaitu Petronas. Walaupun terdapat stesen minyak berhampiran, namun aku lebih suka mengisi minyak di Petronas. Bukan kerana Petro keluaran Petronas yang aku pilih tetapi kerana Stesen Minyak itu selesa dan sesuai untuk kami sekeluarga berehat. Semuanya berjalan lancar seperti apa yang kami rancangkan. Setelah mengisi minyak, aku membawa keluarga menikmati makan tengahari di sebuah kedai makan berhampiran Bank Rakyat Gua Musang. Aku dan isteri tersayang cuma menikmati Mee Sup dan Mee Tiew Sup. Wah, selera betul hari ini. Maklumlah dah lama tak merasa masakan Thai yang origenal. Kat Jerantut ada tapi tak sesedap hari ini.

Perjalanan diteruskan dan aku singgah di rumah kakak aku di Felda Chiku 3. Itulah lokasi singgahan yang menjadi kewajipan. Lagipun anak-anak aku suka singgah di situ. Kami biasanya akan mandi, solat dan kalau malas untuk menerusikan perjalanan, kami akan bermalam di situ. Dulu pernah kami naik ke Tanah Tinggi Cameron sebelum meneruskan perjalanan ke Pasir Mas. Dari Bandar Gua Musang, dengan kadar kelajuan biasapun boleh sampai ke Cameron Highlands lebih kurang 1 jam 40 minit atau 2 jam. Sebab itu aku sempat ke sana sebelum bermalam di rumah kakah aku di Chiku 3. Namun selepas solat khada di sini aku meneruskan perjalanan ke kampung. Sepanjang perjalanan anak aku sempat merakamkan beberapa gambar menarik. Antaranya lokasi di chuchuh Puteri mengenai kawasan jualan Lemang Panas, dan di persimpangan Kuala Krai Kota Bharu yang terdapat sebuah Pasar Raya Bilal. Pemandangan biasa tetapi menarik untuk dikenang sebagai satu lokasi suatu masa dahulu sebagai lokasi gerai makan yang usang dan tidak bersaya maju.


Perjalanan agak lengai kerana waktu ini sudah hampir senja, iaitu lebih kurang pukul 5.30 petang. Lagipun perjalanan untuk cuti hari krismas masih belum bermula. Aku biasanya suka bertolak awal dan sehingga hari ini tidak pernah lagi terbabit dengan kesesakan seperti yang dilaporkan oleh media massa dan elektronik mengenai laluan ini yang akan sesak apabila tiba musim perayaan. Keadaan ini disebabkan oleh aku merancang untuk balik awal atau lewat daripada kemuncak laluan. Bagaimanapun laluan ini agak berbahaya kalau dipandu laju melebihi hak yang ditetapkan kerana terdapat laluan berbukit danselekoh berbahaya. Bagi aku, biarlah lambat asal selamat dan aku tidak ada apa yang hendak di kejar untuk memandu laju. Sesekali terbayang akan macam mana kalau aku terbabit dalam kemalangan yang disebabkan kecuaian aku seperti memandu secara berbahaya. Laluan ini memang lengai kalau bukan musim perayaan dan laluan menjadi sibuk serta sesak apabila tiada sikap keprihatinan pemandu lain mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Memang benar, semasa perjalanan ini pun terdapat beberapa orang pemandu kereta terutamanya kereta baru dan mewah, memandu secara berbahaya. Ia sebenarnya bukan sahaja menyusahkan pengguna lain bahkan turut menyeret orang lain untuk terlibat dalam kemalangan yang sememangnya boleh dielak jika tidak memandu seperti itu. Itulah sikap kurang ajar dan tidak disiplin pemandu kereta mewah dan orang berada. Tidak salah kiranya masing-masing berhati-hati di jalan raya tidak kira anda mempunyai kereta mewah atau sekadar kereta tua.Sebelum balik kampung aku sempat merakam sejenis ulat yang bagi aku sangat menarik kerana walaupun ulat ini mempunyai kaki yang banyak, ia tidak pernah ego bahkan tidak pernah berkata yang dia akan menyusahkan orang lain. Semua ini adalah sifat yang mula yang perlu kita semaikan dalam diri bahawa walaupun kita mempunyai banyak kelebihan berbandingkan dengan orang lain, tetapi kita harus bersikap sederhana dan bersyukur.

Binatang yang paling aku respect pasal melintas jalan raya ini ialah Kambing. Jarang kita nampak bangkai kambing tergolek di atas jalan raya kalau nak berbanding kucing, ayam dan lembu. Pada hemah aku, kambing ini sejenis haiwan yang bijak dan mempunyai naluri tinggi terhadap keselamatan diri. Sebab itu jarang terlihat binantang ini dilanggar. Tetapi kalau sejuk akibat kena hujan lebat, alamak kembung dan matilah ia. Tentang itulah orang ibaratkan seperti kambing takutkan air. Apapun kambing tidak harus dibiarkan berkeliaran di jalan kerana ia boleh membahayakan pengguna jalanraya. Tuan kambing sepatutnya ada rasa sayangkan nyawa orang lain atau setidaknya sayanglah haiwan peliharaan sendiri. Besar pahalanya.

Kalau tinggal di kampung ni macam-macam boleh tengok tentang flora dan fauna. Ini kulat yang tumbuh kat batang pokok kelapa. Kulat ini jenis ini tidak boleh dimakan. Cantik juga kalau ambil gambar dan buat wallpapar. Kepada sesiapa yang download gambar-gambar ini, jangan lupa bayar royalti ok.. hehehhe.. silalah, aku tidak kisah pun. Apa yang penting ialah anda bolehlah berkongsi sahaja apa yang anda hendak daripada paparan bahan di blog ini.


Masa aku mengajar dulu, aku suruh murid-murid aku senaraikan buah-buahan tempatan yang tidak boleh dimakan. Lalu beberapa senarai yang aku dapat mendapati ada yang senaraikan buah yang tidak boleh dimakan ialah ASAM KATAK DAN CILI. Sebab apa mereka senaraikan buah ini? Sebab ASAM KATAK sebab katak tak leh makan. Manakala Cili pula sebab Pedas dan murid yang menulis tu tak suka Cili. Hehehehe.. gambar ini gambar ASAM KATAK atau panggilan tempatan bagi buah ini ialah, BUAH KATAK PURU.

Jantung pisang ini kalau di Celur dan cicah dengan budu memang sedap. Kalau makan dengan pak mentua, lepas makan baru dapat berbual. Ini menunjukan sangat sedap sehingga tak ada masa nak bersembang masa makan. Di kampung ni jantung pisang tak ada harga. Kalau di bandar mahu tidak RM2 atau RM3.

Buah manggis sedap dimakan begitu sahaja. Heheheh.. comelnya buah ini dihimpit dua daun yang hijau bagaikan seorang puteri di jaga oleh dua orang pengasuh istana. Buah ini sedap dan manis dan bilangan ulasnya digambarkan dibawah tampoknya. Kalau pecah 5 bererti 5 ulas isi putih di dalamnya.

Kebetulan masa aku balik kampung ini buah jambu macam ini masih ada walaupun masak di hujung julai. Pendek kata, di kampung ini dapat merasai buah-buahan yang segar baru dipetik daripada tangkainya. Kalau tidak bernasib baik pula, tak leh makan sebab buah jambu biasanya disentuh oleh ulat terlebih dahulu. Tengoklah, kalau bernasib baik dapatlah makan dengan tanpa ulat. Buah jambu seperti ini tiada harga kalau hendak dibeli. Bahkan tuan milik pokok cakap, ambillah tak yah bayarpun.

Inilah anak perempuan kesayanganku. Sekarang dia satu-satunya anak perempuan dalam keluarga aku sebab yabg baru lahir beberapa bulan lalu ialah anak lelaki. Dia ini manja sikit. Almaklumlah anak perempuan seorang. Tapi dia best sebab kreatif dan rajin buat kerja rumah, iaitu menyelerakan barang-barang mainannya dan tak pandai nak kemas.

Semasa memandu bersiar-siar ke Tumpat, terpandang gerai tepi jalan yang menjual COCOUNT SHAKE. Kalau tidak silap aku dekat balai bomba Tumpat. Girl yang menjual jual Cocount Shake ini pun lawa-lawa. Bolehlah... sedap gak cocount shake mereka. Harganyapun murah, cuma RM1 sahaja setiap cawan.

Maaf, di kelantan mereka tak panggil daerah, tetapu masih kekal dengan Jajahan. Di Kelantan Jajahan Tumpat mempunya banyak patung-patung Budha seperti ini. Ini kerana terdapat ramai warga negara Thai atau Siam di sini. Mereka membina kawasan ibadat mereka dan kerajaan Kelantan di bawah pemerintahan Kerajaan Islam PAS, tidak pernah kacau soal cara ibadat agama lain. Asalkan ia tidak ajaran sesat dan mengganggu, ia tidak perlu dipersoalkan. Hal ini juga digariskan oleh perlembangaan Malaysia tentang hak dan kebebesan beragama. Di zaman nabi sebagai pemerintahpun, banginda Rasullulah tidak pernah menghina agama lain bahkan memberi kebebasan untuk mereka melaksanakan ajaran masing-masing asalkan hidup secara harmoni dan tenteram.

Jalan punya jalan dan pusing punya pusing bandar Tumpat, aku teringat pasal stesen Kereta api yang paling akhir di Malaysia, iaitu terletak di Bandar Tumpat ini. Akupun bawa anak-anak singgah dan tunjuk kepada mereka tempat ini. Sempatlah juga bergambar satu dua possing.

Anak perempuan aku ini kalau pasal ambil gambar dia, memang dia pandai buat post. Tengok tu, bukan main lagi. Tapi bila dah siap rakam dia cakap, nak tengok..nak tengok.. Lepas tu baru dia puas hati yang dia di rakam. Itulah dia, kalau tak..tak ada post menarik untuk lain kali.

Dikesempatan ini juga, isteri tercinta dan anak-anak tersayang nak bergambar kenangan. Mereka jarang aku bawa balik berjalan macam ni. Maklumlah nak balik tu kos tinggi, masa kerja panjang. Itupun kena tunggu musim cuti sekolah. Tetapi kalau dah balik, tak lekat di rumah pula, asyik berjalan aje. Best....

Dalam perjalanan aku singgah sebentar di Pantai Sri Tujuh, Tumpat. Dah lama tidak ke tempat ini. Lepas banjir ini pantainya agak kotor kerana bawaan sisa lumpur dan bahan buangan dari banjir. Bagaimanapun terdapat juga tempat-tempat menarik untuk dikunjungi dan berkelah. Suatu masa dahulu, tempat ini memang popular di kalangan pelancong tempat dan luar. Namun sekarang ia agak dilupakan kerana memanglah ada pantai, sekali bah, sekali pandai berubah.

Hajat nak mengunjungi Mak Angkat di kampung Gaung, Tendong, Pasir Mas kesampaian juga akhirnya. Wah, anak lelaki aku ini memang manja. Mak angkat aku ini bukan sehari dua ini aku kenal dia, dah lama. Kira-kira lamalah juga. Masa tu aku belajar di tingkatan Enam di SMK Tendong. Bermulalah episod berkenalan dengan dia. Dia ini memang baik dan senang didekati. Memang bertuahlah kalau siapapun yang dapat mendekatinya. Baik, peramah dan jujur itulah hakikatnya.

Ayah angkat aku juga baik. Selepas pencen daripada jawatan pemandu TNB, dia masih kuat dan gagah. Jadi, dia cakap nak bawa kereta sewa sebagai kerja isi masa lapang. Sekarang, dah beberapa tahun dah dia memandu kereta sewa. Duit dapat, masa lapang terpenuhi. Ingatkan dah pencen nak duduk di rumah bersama anak cucu. Tapi dia kata tak nak, lagi bosan dan tak tahu nak buat apa. Oleh itu, dia beli kereta sewa dan kebetulan lisen memandu kereta sewa dia dah lama dapat.

Apa yang aku respect pasal tentang keluarga Mak Angkat aku ini ialah, rumahnya betul-betul tepi kubur. Alamak, kalau tidak biasa, tentu takut nak buka pintu walaupun hari siang. Tapi kata orang, kalau dah biasa tu tak ada apa yang hendak hairan. Satu lagi yang anda kena ingat ialah, MATI ITU PASTI. Jesteru, tak payahlah takut tentang mati. Mengingati mati itu wajib tetapi tidak boleh minta untuk mati.

Akhir sekali dalam cuti ini, aku nak tinggalkan satu keindahan yang tidak ada di bandar. Kampung kaya dengan flaura dan fauna semula jadi. Lihat keladi ini, sungguh menghiburkan apabila hati yang kusut di hapus oleh ketenangan keladi air yang sentiasa teguh walapaun di bakar mentari dan hujan lebat. Ia bukan sahaja cantik bahkan menjadi makanan kepada anak-anak ikan serta lembu atau kerbau. Namun, ia tetap tumbuh menghiasi sawah padi walaupun segalanya seperti tidak dihiraukan. SELAMAT TAHUN BARU 2010

Sunday, December 20, 2009

PENCARIAN

Aku mencari siapa aku dalam kelmarin yang hilang
Dalam diriku hanya ada kamu
Bicaraku adalah bicara hilang
mencari diri, siapa aku
Kau tidak dapat membantu aku
kerana kau tidak pernah mengerti
siapa aku yang kau cari
cuma, kau tidak faham akan aku

musim berganti namun aku masih mencari aku
kalau kau tahu aku
hentikan semua ini

Friday, December 11, 2009

DETIK SEBUAH CABARAN..

SAHUT INI SEBAGAI SATU CABARAN
11 DISEMBER 2009
4.32 PM

Tuesday, December 8, 2009

KUALA LUMPUR MENGGAMIT MESRA


Keluli tahan karat inilah yang digunakan membina dinding Menara Berkembar Petronas ini. Ia tidak perlu di cat dan hanya perlu membersihnya dengan pencuci yang sesuai. Bangunan ini boleh dikatakan 100% menggunakan dinding jenis ini.


Ruang gerai kecil cenderamata di dalam KLCC ini menepatkan pelbagai jenis cenderamata yang boleh dibeli dengan hargai tertentu. Sekiranya anda tidak mampu untuk membelinya, tengok ajelah. Tak pun cuci mata ajelah dengan harga yang agak mahal.


Pemandangan dari Jejantas Udara yang terletak kira-kira 41 tingkat Menara ini. Ia seolah-olah anda berada di udara dan mengambil gambar dari sebuah pesawat udara yang di sewa khas.


Pandangan dari bawah kelihatan Jenjatas Udara yang dirakamkan. Ia kelihatan tinggi seperti mencecah awan biru. Waktu itu cuasa sangat baik dan cerah berbanding semalam yang redup dan hujan. Ia satu kebangga yang perlu dihebahkan.


Bergambar kenangan sebelum meninggalkan KLCC. Dari kiri Asian, Abang Mail, Nazir, Baharum, Sahar, Ayah Wan, Mazlan, Abang Hadi dan Fisal. Heheheh, aku aje yang paling comel sebab aku yang paling muda.. Mereka dah tua.. ayo yo.. jangan marah yea..gurau aje.


Ini kawan senegeri. Dia juga jejaka kacak dan berwibawa sebagai ayah dan suami yang budiman. Nama dia ialah Hamzah. Dia banyak pengalaman sebagai guru yang pernah bertugas di pendalam negeri Pahang seperti di Titong atau Lenjang.. Aku pun tak berapa pasti.


Masa kat Jejantas Udara KLCC. Semuanya macam tak tahu aje yang ketinggian itu adalah ke tingkat 41.. Gayatnya.. pandang bawah tu sekali sekala aje. Mereka pun tak bagi dok lama-lama atas Jejantas ini. Kalau tidak silap tak sampai 10 minit pun.. Nak tahu sebab apa.. takut jadi macam Jambatan Gantung Kuala Dipang.. Tak.. sebab ia terhad kepada 10 orang sahaja.. Lagipun orang lain pun nak rasa juga. So tak leh laaa nak dok lama-lama.. Hehehehe.


Mula-mula aku rasa gayat juga. Tapi bila nak ambil gambar ini hilanglah pula gayat tu. Aku rasa aku ini lawa juga.. Hehehe.. janganlah marah. Aku tahu la aku ini tak macam kau orang yang tinggi dan berjanggut. Alamak, siapa yang berjanggut tu.


Sebenarnya Asian ini aku dah kenal lama. Dia ini memang baik. Kalau dulu aku kenal dia macam tu, sekarang ini pun macam tu juga. Baik dan berhemah tinggi. Bilalah aku nak try berucapa kat khalayak macam Asian ini. Tapi jangan suruh aku jadi Pengurusi majlis dah.. Aku suka jadi pendengar aje daripada menguruskan majlis. Tolong angkat mejapun boleh juga.. Abang Mail tu memang lawa. Jangut dia tu mengingatkan aku kepada abang ipar aku yang cuba simpan janggut tapi hanya beberapa helai aje yang tumbuh. Selebihnya tak ada. Naik Helikopeter pun boleh nampak betapa jarangnya janggut abang ipar aku tu.


Aku paling tidak suka ialah apabila aku bawa kamera lalu mereka suruh aku ambil gambar. Bukan tak suka kerana apa.. sebab gambar aku tak ada .. waaaaaaaaa.. Ini Asian.. Dia abang yang baik.. Aku sayang dia.


Fisal, Aku, Nosri dan Hamzah sahaja aje bergambar ini. Buat kenang-kenangan. Ini masa atas Jejantas Udara KLCC. Best kalau dapat naik lagi.

Fisal ni teman sebilik aku masa kat Hotel Kuala Kumpur International. Rasanya dah lama dia cakap nak dok sebilik dengan aku sebab aku tidak merokok macam dia. Yealah, aku pun setuju. Orang yang hisap rokok ini pengotor. Habuk merata dan kadang tu pentingkan diri sendiri tanpa mengambil kira tentang orang yang tidak merekok dok sebilik tertutup sama mereka.


Masa pratonton view of Malaysia Sky bridge KLCC rasa macam hidup dalam era 70-an. Wah sebenarnya itu bukan kaca mata nak bergaya, ini kaca mata 3D nak tengok video mengenai KLCC. Best wooo.. macam bujang aje.. hehehehhe


Kawan yang memahami. Dia seorang jejak yang prihatin dengan masalah kawan. Aku suka dia. Bergayakan? Alaaa.. tak kan kau orang tak kenal dia.. inilah Zulbaharin.

Aku ingat aku dah cukup tinggi dah. Alahai.. pendek laaa. Dari kiri tu Rashid, Zulhisham, Damirah, Nadia Arija dan aku laa tu.. Mazlan. Tak apalah pendek pun asalkan hadsome..


Inilah pemandangan paling menarik yang dapat aku kecapi. Waktu ini kalau tidak silap aku baru lepas magrib dalam beberapa minit sahaja. Cantiklah dilimpahi cahaya lampu yang pelbagai warna. Wah, KLCC memang cantik di waktu malam.


Ini waktu tunggu meeting nak mula. Bosannya.. sebab malam tadi aku tidak dapat tidur dok fikir tentang ... entah.. sebenarnya aku tidak dapat tidur sebab tukar rumah.. heheheh..


Nak bergaya macam Monalisa tapi orang yang ambil gambar kata kena tukar nama baru boleh. So, aku tak sanggup jadi pondan.. lebih baik aku jadi aku..


Ini ialah puncak KL Menara. Itu bengkok tu bukan pasal dia memang macam tu. Itu sebab tak cukup cahaya. Aku suka dok kat atas tu. Pernah dulu naik dengan famili kat atas tu.. macam dok atas helicopter.. suasana indah dan permai. Menarik. Boleh dikatakan seluruh KL dapat dilihat.


Pemandangan macam ini selalunya aku lihat melalui kaca tv, internet, majalah dan sebagai. Tetapi apa yang anda lihat ini ialah dari kaca lenser kamera aku sindiri. Aku bangga dan bersyukur kerana aku dapat merakamnya dari sudut aku sendiri.

Sunday, December 6, 2009

KETULUSAN HATI.. [ PERTAMA - PRALOG ]


PERTAMA...




MALAM ini hujan turun dengan lebat. Agaknya mungkin ke subuh. Bunyian butir-butir hujan yang menimpa atap bagaikan irama alam yang bingit untuk dihayati. Sahutan katak dan cengkerik pula menambahkan lagi irama malam yang basah ini. Semuanya bagaikan sebati dari alunan itu membuatkan gegendang teliga mengajak mata Razlan turut sama bosan dan sukar untuk dipejamkan. Puas membujuk agar tidak berasa bosan namun tidak mungkin untuk Razlan padamkan irama itu dari menembusi telinga apa lagi untuk menghentikannya.

Satu persatu alunan irama itu menerjah masuk dan bermain dalam benak fikiran. Razlan menjadi gelisah. Jasadnya diperbaringan tetapi mata berkata jangan lagi tidur dan hayatilah irama yang tidak keharuan ini. Irama-irama malam kian ghairah berdendang menjadi semakin tidak menentu akan nota-nota nyayian sumbang dek cengkerik dan katak bisu. Dentuman hujan di luar itu seakan turut beramai-ramai hadir mendendangan irama alam yang menggangu untuk Razlan bermimpi pada malam ini.

Jam di dinding berdetik semakin kuat. Pada halnya detikan itu tidak pernahpun engkar untuk laju atau perlahan. Tetapi malam ini seperti semuanya bercelaru dan memberontak. Walaupun sudah menunjukan lewat pagi, iaitu kira-kira sudah pukul 2 pagi, ia seperti baru bermula. Sukarnya mencari ruang untuk lena apa lagi mencari mimpi indah dalam kebingitan irama hujan yang kian menggila ini. Alangkah indahnya kalau dapat bermimpi dengan si dia yang diidamkan selama ini..

“ Lan, kenapa buat Lim macam ni.. Apa salah Lim. Please, jangan mendiamkan diri tanpa sebab, ok? Tersiksa Lim dibuatnya..” degus Gadis Cina yang montel itu. Senyumannya disembunyikan dalam degus kesal atas apa yang diperlakukan kepadanya sejak dua tiga hari ini oleh Razlan.

“ Tidak ada apapun yang menarik pun untuk Lan jelaskan lagi.“ Tegas Razlan sambil membelik akhbar di depannya tanpa tujuan.

” Cuma Lan rasa Lan perlu mendiamkan diri daripada kita asyik bertengkar sahaja. Rasanya seperti tidak bermakna perhubungan ini kalau begini selalu. Lan harapkan sebuah kebahagian, bukan sebuah pertengkaran.“ Kinimata Razlan beralih kepada renunganLim yang tekun untuk mendengar penjelasan daripada Razlan.

Nantilah, bila Lan dah tenang, rajuk ini terubatlah nanti.” Lafas Razlan Tenang. Dia seperti ingin lari daripada berbincang topik ini dengan Lim. Dia rasa tidak perlu sangat mengimbas kembali apa yang sudah berlaku.

“ Lan, tolong jangan buat Lim macam ni ok? Kalau Lim salah, tegurlah Lim. Usahlah macam ni. Lim jadi tak menentu dan kalut. Hati Lim tak tenang. Ok..ok.. Lim mengaku.. Lim jatuh cinta dengan Lan. Lim..Lim akuinya dan terima serta hargai apa yang Lan ucapkan tentang perasaan Lan pada malam tadi. Maafkan Lim kerana menyembunyikannya. Lim hargai.” Akhirnya terkeluar juga pengakuan itu daripada mulut Lim. Muka dia mula kelihat merah dan matanya semakin tidak dapat untuk sembunyikan sebuah kerinduan. Dia menunduk mendiamkan diri sambil menunggu reaksi razlan.

“ Lan tidak paksa untuk Lim menerima atau tidak. Bagi Lan.. ia telah Lan lafaskan. Terserah pada Lim untuk menerima segalanya. Tanggungjawab Lan sebagai apa yang Lan rasa telah pun Lan lafaskan. Kalau Lan bersalah atas semua itu, Lan mewakili diri Lan sendiri untuk minta maaf.” Razlan masih merendah diri dan beranggapan bahawa luahannya semalam tentang rasa hatinya terhadap Lim tidak perlu menerima jawapan yang terburu-buru daripada Lim.

“ Tidak Lan... tidak. Jangan lagi minta maaf dengan Lim. Sudah tidak berdaya lagi untuk Lim menerima kemaafan Lan. Sudah terlalu banyak untuk Lim terima maaf yang tiada salah dari Lan. Sesungguhnya Lim mulai sedar dan hargai apa yang Lan buat untuk Lim selama ini. Lim rasa Lan patut lafaskan semua itu dan Lim akur bahawa selama ini sebenarnya Lim pun jatuh cinta dengan Lan. Cuma Lim perempuan.. malulah nak mulakan.. dan tidak tahu di mana nak mulakan semua ini.” Pengakuan jujur Lim Si gadis Cina bermata sepek itu jelas menunjukan bahawa dia juga menyintai Razlan.

“ Lan ikhlas dengan Lim selama ini.” Razlan cuba mencelah.

“ Baguslah kalau Lan dah mulakan. Lim juga nak bagi tahu Lan bahawa Lim tidak menduga yang Lan akan berkata yang Lan cintakan Lim. Emm..Semua itu pada Lim sesuatu yang Lim nantikan selama ini.. Sebenarnya Lim sendiri tak pasti apa yang Lim harus lakukan pada waktu itu..Lim kelu dan keliru. Lim ingatkan selama ini hanya bertepuk sebelah tangan. Lan adalah kawan Lim yang memahami. Lim tertarik pada Lan kerana keikhlasan Lan. Jangan abaikan Lim ok? ” Tanpa disedari dalam penjelasan itu, air mata Lim menitis sepi. Dia tidak dapat sembunyi lagi bahawa dia ingin menangis. Tetapi dia tidak pasti kenapa dia mesti menangis. Adakah kerana dia terlalu gembira atau kerana sukar untuk menyembunyikan lagi supaya tidak menitis air mata di hadapan Razlan. Dia keliru atas apa yang sedang berlaku ini.

Lim hanya tertunduk malu sambil jarinya menyentuh telefon bimbitnya yang diletakan sebelah kiri meja. Sementara Razlan pula merenung sayu wajah Lim yang berubah di sebalik raut wajah Cinanya yang ayu. Sesekali Lim cuba mengesat air mata yang mengalir dengan tisu yang sudah lonyai dari genggaman Lim sejak dari tadi. Razlan seperti kesal dengan apa yang sedang berlaku dan wajahnya berubah menjadi dingin kerana mungkin dialah menyebabkan Lim menitis air mata. Berasa seperti bersalah pula menghadapi suasana itu tanpa dipinta. Macam dia sedang diperhatikan oleh semua mata disekeliling taman di petang suram ini bahawa dia yang bersalah mencetuskan suasana air mata. Tetapi mengapa perlu ditangisi.Besarkah dosa Razlan dalam keadaan yang sedang dia hadapi kini?

“ Limmmm ... Lan tidak mahu lepas peluang seperti malam tadi. Telah lama Lan tunggu saat seperti itu. Kalau kesempatan itu Lan tidak gunakan, bila agaknya Lim akan bagi ruang untuk Lan menyatakan semuanya? Emmm.. Lan takut Lim marah dan menjauh diri daripada Lan selepas ini.“ Tegas Razlan serba salah setelah melihat Lim tidak mengulas. Lim masih tertunduk mendiamkan diri. Dia tidak tahu apa yang harus dia ulaskan. Di hati kecilnya mungkin dapat dia berkata bahawa memang ada kebenaran atas apa yang Razlan ucapkan tadi.

Bagi Mazlan, ia memang sudah menduga bahawa perkara seperti itu akan terjadi. Memang betul apa yang dia ramalkan itu. Lim tidak akan memberi apa pun reaksi. Keadaannya seperti semalam. Mungkin Lim tidak dapat menerima ini sebagai satu hakikat yang dia dicintai. Dari sebujur wajahnya Lim seolah-olah tidak ada apa yang teruja untuk dia hadapi. Wahal dalam hati kecilnya hanya tuhan sahaja yang tahu betapa bertuahnya dia pada malam itu. Dia tidak menduga akan lafas cinta dari seseorang yang dia kagumi selama ini. Kalaulah Razlan lelaki yang dia temui 10 tahun nan lalu, pasti dia akan menerima Razlan sebagai seorang yang amat dia sayangi selama ini. Lim sedar hanya lewat dipertemuan ini baru dia dapat rasakan kebenaran apa yang dilamunkan selama ini. Dia tidak dapat lagi menghidari agar berasa cinta dan dicintai oleh lelaki seperti Razlan.

Dalam diam hati Lim mula berdetik dan mengukur diri bahawa dia hanya seorang gadis Cina yang naif serta tidak layak untuk dicintai oleh lelaki Melayu seperti Razlan yang dia sanjungi selama ini. Lagi pun dia tahu Razlan sekarang telah pun berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Ahhhhh.. bercelaru minda Lim. Malangnya bagi Lim kerana menyintai suami orang. Dia tidak sanggup menghancurkan hati seorang perempuan lain kerana cintanya pada lelaki yang telah bergelar suami orang.

” Oh tuhan, salahkah aku atas semua ini? “ Bisik hati Lim sambil merenung jauh papan kekunci telefonnya semenjak dari tadi. Dari bening matanya, Lim tidak dapat mengucapkan apa-apa dari takdir yang sedang melanda.

Dia begitu tertarik dengan sikap Razlan yang mesra dan suka membantu. Entah mengapa dia berasa begitu selesa bila berbual dengan Razlan. Bagi Lim Razlan seorang yang memahami dan perihatin terhadap apa yang dia lontarkan. Razlan tidak seperti insan lain yang pernah dia kenali. Jauh berbeza dan tidak mungkin ada lagi lelaki seperti Razlan dalam kamus hidupnya.

Razlan seorang kawan yang selalu mendengar kalau dia ada masalah atau tertekan dari beban kerja yang sering melanda. Razlan mudah didampingi walaupun kadangkala dia tahu Razlan ialah suami serta ayah kepada 3 orang anak. Razlan tidak akan mengejeknya kalau pun apa yang dia seperti keanak-anakan dan bermanja. Entah mengapa dia begitu manja dengan Razlan sehingga kadangkala dia lupa bahawa dia tidak seharusnya berkelakuan begitu.

“ Lan, tidak sanggup rasa Lim mengkianati orang lain kerana semua ini. Lim rasa bersalah menyintai Lan yang telah pun berpunya dan mempunyai anak. Lan tidak sayangkan anak-anak Lan ke dalam soal ini? Soalan ini diajukan kepada Razlan di malam itu. Razlan membisu sambil menatapi sepasang mata Lim yang mencari jawapan.

“ Lan sudah mulai sayangkan Lim. Dan Lan juga sayangkan mereka semua. Tapi salahkah Lan menyintai Lim? Lan tidak ada niat untuk mengkianati sesiapapun. Kalau Lim boleh terima Lan dalam keadaan begini, Lan sangat menghargainya.” Nada Razlan bersahaja tetapi tetap dalam kesungguhan yang tegas.

“ Lannnn.. maafkan Lim..Rasanya Lim telah membuat perkara yang sangat salah. Lim tidak mahu dikatakan perampas kebahagiaan rumah tangga Lan. Lim tidak sanggup. “ Beriya betul Lim menepisnya. Dalam hati sebenarnya dia berasa teruja apabila Razlan melafaskan bahawa dia dicintai.

“ Ok.. Lan tahu Lim tidak akan menerima Lan.. Tapi bagi Lan, tidak dinafikan yang Lan memang menyintai Lim dengan hati dan ketulusan. Terserahlah kepada Lim untuk membuat keputusan. Lan boleh menerima apa jua keputusan daripada Lim.” Razlan dapat merasakan kemelut yang sedang melanda hati Lim, sebab itu dia mengakhiri pertanyaannya dengan tanpa meminta keputusan tergesa-gesa daripada Lim.

“ Entahlah.. apa dah jadi dengan Lim ini. Lim sendiri rasa pelik dengan apa yang sedang berlaku ini. Namun Lim hargai Lan.. Lan telah banyak membantu Lim dalam semua keadaan yang Lim perlukan. Tidak terbalas rasanya setiap pertolongan yang telan Lan hulurkan. Lim tahu semua itu Lan lakukan dengan jujur dan ikhlas.” Bujuk Lim supaya Razlan dapat menerima hakikat sesuatu.

“ Bukan niat Lan untuk memerangkapkan Lim dengan semua apa yang telah Lan lakukan selama ini. Itu soal kemanusiaan dan Lan tidak suka menggunakan semua itu untuk Lim berasa terhutang budi lantas menerima Lan sebagai apa yang Lan hendak. Tidak.. sekali-kalinya tidak. Pertolongan yang Lan hulurkan selama ini adalah kerana Lan berasa Lan perlu berbakti dengan harapan suatu hari nanti ada orang akan menolong Lan seperti Lan menolong Lim kini.” Razlan begitu bersungguh menepis kalau ada kenyataan bahawa semua yang dia lakukan selama ini ada udang di sebalik batu dari setiap apa yang patut dia buat.

“ Tidak Lan. Bukan itu yang Lim maksudkan. Lim Cuma nak cakap, Lan terlalu baik buat Lim selama ini.” Kegelisahan semakin menghantui dirinya kini.

“ Lan pun telah cakap pada Lim bahawa selama ini yang Lan jujur dan tidak mahu Lim terhutang budi dengan apa yang Lan bantu. Apa yang Lan buat selama ini bukan untuk dibalas dan bukan budi yang harus ditebus. Lan cuma menjalankan tanggungjawab Lan dan tidak ada apa yang harus Lim balas pun. Ia ikhlas dan jujur dari Lan sebagai seorang kawan yang matang, berbudi dan amanah.. Itu sahaja yang Lan nak buktikan pada Lim.. “ Lim menunduk membisu seperti hamba menghormati rajanya. Dalam hatinya, Lim begitu menghargai Razlan sebagai kawan yang sangat memahami. Dia sendiri tidak nampak yang Razlan suka mengambil kesempatan di atas kelemahan yang wujud selama ini. Sebab itulah dia sangat menyukai Razlan sebagai seorang yang boleh dibawa berbincang dalam senang dan susah.

“ Lim.. Lim.. kenapa diam aje.. Lim tidak suka dengan apa yang Lan cakap tadi.” Sapa Razlan mengganggu lamunan Lim mengenai apa yang berlaku semalam.

“ Tidak Lan.. Lim Cuma berfikir apa yang patut Lim lakukan sekarang. Tapi Lim sudah membujuk hati supaya akur pada diri sendiri bahawa Lim juga memang menyintai Lan.” Terpacut perkataan itu dari mulut Lim sendiri. Namun matanya masih tidak sanggup merenung sepasang mata Razlan yang penuh dengan cinta.

Hati kecil Lim semakin rindu dan petang ini seperti terlalu cepat berlalu. Senja semakin ingin berkata bahawa dia ingin berlabuh dan menghalau sepasang kekasih yang sedang dilamun cinta asmara. Dengkikah senja ini untuk menghalau Razlan dan Lim supaya pergi? Tidakkah Sang senja tahu yang mereka sedang diulik cinta dalam dakapan senja yang semakin berlabuh. Fahamkah senja ini bahawa mereka akan kerinduan kalau dipisahkan walaupun sesaat?

Lamunan tiba-tiba terhenti oleh laungan azan subuh berkumandang di masjid berdekatan. Razlan baru sedar yang hari sudah dijengok subuh. Rupa-rupanya dia tidak dapat tidur sejak dari dia mula berbaring sehingga laungan azan ini. Dendangan hujan memukul atas sudah lenyap. Barangkali hujan sudah berhenti bersama laungan azan tadi. Tidak kedengaran lagi bunyi nyanyian sumbang sang cengkerik dan katak yang bisu.

Wednesday, December 2, 2009

Warkah Cinta

Adakalanya aku berasa amat disayangi oleh seseorang sehinggakan aku sendiri lupa siapa aku yang sebenarnya. Hayut dan rasa macam terdampar entah di mana. Kadang-kadang aku berasa apakah kesudahan perhubungan ini. Memeng aku ikhlas dan jujur dalam semua yang aku lakukan ini namun kenapa mesti aku jadi begini. Kadangkala aku rasa sunyi seperti hidup dalam sebuah gua yang jauh di pendalaman. Tetapi mestikah aku jadi begini.

Aku seperti selalunya, akan menyintaimu selamanya. Itu adalah janjiku pada diri ini dan hati ini. Aku tidak bisa mengkhianati diri sendiri kerana masalah yang kecil ini. Tetapi aku berasa aku terabai. Sekiranya kau berasa aku diperlukan kau akan cari aku. Kau akan kata kau sayang.. kau rindu. Tapi semua itu bagaikan aku seorang penghibur. Entahlah.. mestikah aku begini selamanya.

Aku amat suka kalau kau cakap kau sayang padaku. Bagaikan dunia ini aku seorang yang punya dan bahagia sekali. Kalau aku mampu akan ku tawan semua senyuman ini untuk dihadiahkan padamu disaat kau lafaskan yang kau sayang padaku. Tapi dimanakah kau waktu aku perlukan kau?

Sikapmu kadangkala membuat aku berasa amat dipinggirkan. Kadangkala aku menjadi pemarah dengan diri sendiri dan aku mendiamkan diri. Dalam kotak dari sendiri aku pun berkata, biarlah aku mendiam diri sehingga aku dapat membujuk hatiku supaya tidak menjadi pemarah, pedendam apatah lagi mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Ingin aku lari dari semua ini dan bersembunyi. Namun setiap kali aku ingin lari, kau memburu. Kau ucapkan kata-kata rindu yang melemahkan seluruh jasad ini supaya tidak menderhaka pada kejujuranmu. Kau belai aku dengan manjamu. Aku bagaikan seekor kucing yang telah dilemahkan setelah diusup dengan kata-kata cinta. Aku bahagia disaat itu.

Namun setelah kau bosan kau akan abaikan akuk sehingga aku jadi begini. Kau biarkan aku dalam kerinduan dan kau buat acuh tidak acuh. Inikah cinta namanya? Atau mungkin aku yang tidak matang untuk memahami masalahmu?

Haruskah kau ku biarkan setelah aku diabaikan?

Monday, November 30, 2009

Salam 1 Malaysia

Aku tidak bisa berlari mengejarmu walau dalam rindu yang semakin menguasai diriku
Bukan aku lemah tetapi aku dilemahkan oleh kata-katamu bahawa aku yang kau sayang
Aku berasa amat kemarau miskinpun telah basah dengan air mata cinta ini
Kalaulah aku ada sayap .. nescaya akan kuterbang menjengokmu walau sesaat
Agar rindu setahun ini terhapus bila menjengok mu di kata itu
Namun malangnya aku tidak ada sayap mahupun keajaiban melainkan aku di sini menanti
Kalaulah kau dapat rasakan apa yang aku rasakan di kala ini, nescaya kau tahu akan isi hatiku

Sunday, November 22, 2009

SELAMAT TINGGAL SAYANG

(Buat si dia yang dah mula aku sayang dari dulu hingga selamanya)

Burung-burung terbang menyanyi girang dalam irama nan satu

Singgah hingap di istana bertenggek girang berbual mesra

Kata sayang .. rindu.. resah.. gelisah dan sayu dibisik satu persatu

Mulalah bertandang keresahan berpanjangan membunuh kegirangan

Terbit mentari mengintai pagi menyapu embunan di dedaun dan hujung rumput

Bangkit akan kesayuan desa permai dari girang beburung bertenggek di istana cinta

Lalu mekar seluruh padang gersang ini menjadi bunga-bunga rindu di sinar suria ini

Yang resah menjadi girang, yang rindu menjadi lagu bisikan cinta azali

Girang menjadi lautan asmara apabila mendengar sang burung beralun berbisik cinta

Kata sayang yang diluangkan oleh girang burung, rerama dan sinar suria adalah azali

Mereka tidak pernah berdusta pada lafas jujur asmara di suria mekar

Kenangan sedikit demi sedikit menjadi warisan hati dan harta peribadi abadi

Kalau dapat diluahkan pada sehelai kerta dari sebatang pena

Tidak mungkin dapat membujuk hati agar jangan menangis

Tangisan adalah teman hati untuk di tulis pada tinta kenangan

Air mata adalah dakwat pena yang mampu menulis semua kenangan

Tangan ini tidak mampu lagi menggarap semua kenangan yang abadi

Kalau aku dapat kutip seluruh kenangan ini, pasti kamus asmara ini menangis

Atau mungkin tidak sanggup aku ulang baca atas gugurnya air mata ini.

Tidak sanggup kulafaskan selamat tinggal buat kekasih yang mula aku cintai

Suatu ketika dahulu pernah kubisikan nyanyian cinta asmara dari alunan burung itu

Lalu kuhadiahkan padamu demi membuktikan bahawa aku jujur dan ikhlas

Selamanya aku tidak sanggup berpisah denganmu

Masih terbayangan saat matamu sayu melambai pergi

Waktu itu air mataku menitis menjadi dakwat pena untuk kutulis kesayuan ini

Aku sedar bahawa cinta itu melekat padamu dalam samar masih ku berbicara

Aku cinta padamu dari tulus hatiku yang paling dalam

Hari ini penaku menari mengukir cinta sayang walaupun kau ingin pergi

Kalau hati dalam kesetiaanmu, jarak berbatu-batu sebenarnya sejengkal bagiku

Jauh jasadmu dihalangi jarak namun suaramu berbisik seperti kau hanya di depanku

Kalau jasadmu dibawa pergi tetapi rohmu dalam dakapanku

Kalau rindu mu dibisikan pada angin lalu, akan sampai menyapa naluri ini

Sayang, aku redha akan kau pergi kembali ke tanah lahirmu

Aku tidak meletak syarat untuk kau pergi tapi pergilah dengan hatimu

Jaga diri sopan santun budibicara setulus hati sucimu

Agar mekar cinta pada tuhan dan sesiapa yang kau suka

Aku di sini sentiasa beribadat melafaskan doa agar kau terpelihara oleh tuhan

Semoga kata cinta dan sayangmu semasa di sini bukan sebuah dusta

Aku tidak berpegang pada lafas rindumu sebagai azimat rindu

Tetapi kuberpengang pada kejujuran bahawa aku sebenarnya yang mencintaimu

Kalau kau menyimpan ungkapan keramat itu, nescara semua yang ada dalam hatimu

Akan berbisik rindu dan melaungkan yang aku sentiasa menyintaimu

Walaupun dalam rindu dan resah aku masih mencarimu sebagai teman hatiku

Walaupun dalam kemarau dan sayu, aku masih menantimu sebagai cinta

Aku tetap mencarimu walau dalam perang hati yang keliru

Akan ku sapa seluruh alam ni lalu bertanya tentang hatimu

Selamanya aku tidak akan berbohong bahawa pemergianmu tangisan hatiku

Namun dalam hati yg ikhlas ini aku akan berkata kau yang ku sayangi

Selamat tinggal sayang, kuiringi dikau dengan doa dan harapan

Sejahtera selalu dalam dakapan rindu dan pelukan sayang

Sapukan air matamu kerana ia azimat buatku sentiasa menyayangimu selamanya

Kalau kau pergi usah lupa aku di sini kerana aku sentiasa mengintaimu

Kalau ada ruang, aku akan carimu walaupun dalam mimpi-mimpi semalam

Sayang.. selamat tinggal.. aku berdiri tanpa jasad mu tetapi dengan kekuatan cintamu

Mazlan

22 Nov 2009

Taman Kelisa Emas

Friday, November 20, 2009

aku sentiasa mencari mu

HATI DAN PERASAAN

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Wallahu A'lam.

selamat hari raya

sebuah cerita hati

hi

AKU MASIH DI SINI MENANTI

Aku mencari damai dari kelalutan hati
Terbayang akan wajahmu
Masih hangat ciumanmu
Masih erat dakapanmu
Eratku rasakan akan genggaman tangan jemarimu
masih terasa akan jari jemarimu bermain jariku
hangat cintamu dapat ku rasa dari kucupan bibirmu
ahhh.. aku rindu padamu

pergimu jauh berbatu-batu bagiku dekat
kerana ciuman ikhlasmu menerbitkan rasa cinta sejati
sayang.. aku masih di sini menantimu
semoga suatu hari nanti
dengan izin tuhan yang maha kuasa
kita bersatu dalam cinta yang azali
dan aku akan menjemputmu pulang

pergilah sayang.. aku masih di sini menanti
semoga kau sentiasa bahagia
ingatku dalam doamu
semoga kekal cinta ini
selamanya...

AKU MASIH DI SINI MENANTI

Aku mencari damai dari kelalutan hati
Terbayang akan wajahmu
Masih hangat ciumanmu
Masih erat dakapanmu