Saturday, December 26, 2009

DAH LAMA TAK BALIK PASIR MAS

BALIK KAMPUNG MENJANJIKAN KEINDAHAN

Tanggal 23 Disember 2009 lalu, aku bersama famili bertolak ke Pasir Mas, Kelantan bagi memulakan agenda cuti. Seawal jam 10.30 pagi perjalanan dimulakan dengan hati menlonjak-lonjak untuk pulang setelah sekian lama tidak menjengok kampung halaman. Aku menggunakan laluan Jerantut-Kuala Tembeling seterusnya Kuala Lipis-Gua Musang. Perjalanan mengambil masa 2.30 minit untuk sampai di Gua Musang memang menyeronokan sambil melayan kerenah dua orang anak kecil aku, iaitu Muhammad Imran dan Nurul Dalilah. Manakala Muhamad Ikhwan pula sesakali tersenyum apabila ditegus. Perjalanan jauh itu tidak dirasai akan jarak dan masa yang panjang. Kerenah mereka cukup menghiburkan.


Oleh kerana aku menjadi pemandu tetap, maka tugas mengambil gambar secara sambilan dan amatur aku serahkan kepada anak lelaki aku yang entah apa gambar yang dikliknya. Apapun banyak juga gambar yang menarik sempat dirakamnya. Sesampai di Gua Musang aku singgah sekejap untuk berehat sambil mengisi minyak di stesen popular kami, iaitu Petronas. Walaupun terdapat stesen minyak berhampiran, namun aku lebih suka mengisi minyak di Petronas. Bukan kerana Petro keluaran Petronas yang aku pilih tetapi kerana Stesen Minyak itu selesa dan sesuai untuk kami sekeluarga berehat. Semuanya berjalan lancar seperti apa yang kami rancangkan. Setelah mengisi minyak, aku membawa keluarga menikmati makan tengahari di sebuah kedai makan berhampiran Bank Rakyat Gua Musang. Aku dan isteri tersayang cuma menikmati Mee Sup dan Mee Tiew Sup. Wah, selera betul hari ini. Maklumlah dah lama tak merasa masakan Thai yang origenal. Kat Jerantut ada tapi tak sesedap hari ini.

Perjalanan diteruskan dan aku singgah di rumah kakak aku di Felda Chiku 3. Itulah lokasi singgahan yang menjadi kewajipan. Lagipun anak-anak aku suka singgah di situ. Kami biasanya akan mandi, solat dan kalau malas untuk menerusikan perjalanan, kami akan bermalam di situ. Dulu pernah kami naik ke Tanah Tinggi Cameron sebelum meneruskan perjalanan ke Pasir Mas. Dari Bandar Gua Musang, dengan kadar kelajuan biasapun boleh sampai ke Cameron Highlands lebih kurang 1 jam 40 minit atau 2 jam. Sebab itu aku sempat ke sana sebelum bermalam di rumah kakah aku di Chiku 3. Namun selepas solat khada di sini aku meneruskan perjalanan ke kampung. Sepanjang perjalanan anak aku sempat merakamkan beberapa gambar menarik. Antaranya lokasi di chuchuh Puteri mengenai kawasan jualan Lemang Panas, dan di persimpangan Kuala Krai Kota Bharu yang terdapat sebuah Pasar Raya Bilal. Pemandangan biasa tetapi menarik untuk dikenang sebagai satu lokasi suatu masa dahulu sebagai lokasi gerai makan yang usang dan tidak bersaya maju.


Perjalanan agak lengai kerana waktu ini sudah hampir senja, iaitu lebih kurang pukul 5.30 petang. Lagipun perjalanan untuk cuti hari krismas masih belum bermula. Aku biasanya suka bertolak awal dan sehingga hari ini tidak pernah lagi terbabit dengan kesesakan seperti yang dilaporkan oleh media massa dan elektronik mengenai laluan ini yang akan sesak apabila tiba musim perayaan. Keadaan ini disebabkan oleh aku merancang untuk balik awal atau lewat daripada kemuncak laluan. Bagaimanapun laluan ini agak berbahaya kalau dipandu laju melebihi hak yang ditetapkan kerana terdapat laluan berbukit danselekoh berbahaya. Bagi aku, biarlah lambat asal selamat dan aku tidak ada apa yang hendak di kejar untuk memandu laju. Sesekali terbayang akan macam mana kalau aku terbabit dalam kemalangan yang disebabkan kecuaian aku seperti memandu secara berbahaya. Laluan ini memang lengai kalau bukan musim perayaan dan laluan menjadi sibuk serta sesak apabila tiada sikap keprihatinan pemandu lain mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Memang benar, semasa perjalanan ini pun terdapat beberapa orang pemandu kereta terutamanya kereta baru dan mewah, memandu secara berbahaya. Ia sebenarnya bukan sahaja menyusahkan pengguna lain bahkan turut menyeret orang lain untuk terlibat dalam kemalangan yang sememangnya boleh dielak jika tidak memandu seperti itu. Itulah sikap kurang ajar dan tidak disiplin pemandu kereta mewah dan orang berada. Tidak salah kiranya masing-masing berhati-hati di jalan raya tidak kira anda mempunyai kereta mewah atau sekadar kereta tua.Sebelum balik kampung aku sempat merakam sejenis ulat yang bagi aku sangat menarik kerana walaupun ulat ini mempunyai kaki yang banyak, ia tidak pernah ego bahkan tidak pernah berkata yang dia akan menyusahkan orang lain. Semua ini adalah sifat yang mula yang perlu kita semaikan dalam diri bahawa walaupun kita mempunyai banyak kelebihan berbandingkan dengan orang lain, tetapi kita harus bersikap sederhana dan bersyukur.

Binatang yang paling aku respect pasal melintas jalan raya ini ialah Kambing. Jarang kita nampak bangkai kambing tergolek di atas jalan raya kalau nak berbanding kucing, ayam dan lembu. Pada hemah aku, kambing ini sejenis haiwan yang bijak dan mempunyai naluri tinggi terhadap keselamatan diri. Sebab itu jarang terlihat binantang ini dilanggar. Tetapi kalau sejuk akibat kena hujan lebat, alamak kembung dan matilah ia. Tentang itulah orang ibaratkan seperti kambing takutkan air. Apapun kambing tidak harus dibiarkan berkeliaran di jalan kerana ia boleh membahayakan pengguna jalanraya. Tuan kambing sepatutnya ada rasa sayangkan nyawa orang lain atau setidaknya sayanglah haiwan peliharaan sendiri. Besar pahalanya.

Kalau tinggal di kampung ni macam-macam boleh tengok tentang flora dan fauna. Ini kulat yang tumbuh kat batang pokok kelapa. Kulat ini jenis ini tidak boleh dimakan. Cantik juga kalau ambil gambar dan buat wallpapar. Kepada sesiapa yang download gambar-gambar ini, jangan lupa bayar royalti ok.. hehehhe.. silalah, aku tidak kisah pun. Apa yang penting ialah anda bolehlah berkongsi sahaja apa yang anda hendak daripada paparan bahan di blog ini.


Masa aku mengajar dulu, aku suruh murid-murid aku senaraikan buah-buahan tempatan yang tidak boleh dimakan. Lalu beberapa senarai yang aku dapat mendapati ada yang senaraikan buah yang tidak boleh dimakan ialah ASAM KATAK DAN CILI. Sebab apa mereka senaraikan buah ini? Sebab ASAM KATAK sebab katak tak leh makan. Manakala Cili pula sebab Pedas dan murid yang menulis tu tak suka Cili. Hehehehe.. gambar ini gambar ASAM KATAK atau panggilan tempatan bagi buah ini ialah, BUAH KATAK PURU.

Jantung pisang ini kalau di Celur dan cicah dengan budu memang sedap. Kalau makan dengan pak mentua, lepas makan baru dapat berbual. Ini menunjukan sangat sedap sehingga tak ada masa nak bersembang masa makan. Di kampung ni jantung pisang tak ada harga. Kalau di bandar mahu tidak RM2 atau RM3.

Buah manggis sedap dimakan begitu sahaja. Heheheh.. comelnya buah ini dihimpit dua daun yang hijau bagaikan seorang puteri di jaga oleh dua orang pengasuh istana. Buah ini sedap dan manis dan bilangan ulasnya digambarkan dibawah tampoknya. Kalau pecah 5 bererti 5 ulas isi putih di dalamnya.

Kebetulan masa aku balik kampung ini buah jambu macam ini masih ada walaupun masak di hujung julai. Pendek kata, di kampung ini dapat merasai buah-buahan yang segar baru dipetik daripada tangkainya. Kalau tidak bernasib baik pula, tak leh makan sebab buah jambu biasanya disentuh oleh ulat terlebih dahulu. Tengoklah, kalau bernasib baik dapatlah makan dengan tanpa ulat. Buah jambu seperti ini tiada harga kalau hendak dibeli. Bahkan tuan milik pokok cakap, ambillah tak yah bayarpun.

Inilah anak perempuan kesayanganku. Sekarang dia satu-satunya anak perempuan dalam keluarga aku sebab yabg baru lahir beberapa bulan lalu ialah anak lelaki. Dia ini manja sikit. Almaklumlah anak perempuan seorang. Tapi dia best sebab kreatif dan rajin buat kerja rumah, iaitu menyelerakan barang-barang mainannya dan tak pandai nak kemas.

Semasa memandu bersiar-siar ke Tumpat, terpandang gerai tepi jalan yang menjual COCOUNT SHAKE. Kalau tidak silap aku dekat balai bomba Tumpat. Girl yang menjual jual Cocount Shake ini pun lawa-lawa. Bolehlah... sedap gak cocount shake mereka. Harganyapun murah, cuma RM1 sahaja setiap cawan.

Maaf, di kelantan mereka tak panggil daerah, tetapu masih kekal dengan Jajahan. Di Kelantan Jajahan Tumpat mempunya banyak patung-patung Budha seperti ini. Ini kerana terdapat ramai warga negara Thai atau Siam di sini. Mereka membina kawasan ibadat mereka dan kerajaan Kelantan di bawah pemerintahan Kerajaan Islam PAS, tidak pernah kacau soal cara ibadat agama lain. Asalkan ia tidak ajaran sesat dan mengganggu, ia tidak perlu dipersoalkan. Hal ini juga digariskan oleh perlembangaan Malaysia tentang hak dan kebebesan beragama. Di zaman nabi sebagai pemerintahpun, banginda Rasullulah tidak pernah menghina agama lain bahkan memberi kebebasan untuk mereka melaksanakan ajaran masing-masing asalkan hidup secara harmoni dan tenteram.

Jalan punya jalan dan pusing punya pusing bandar Tumpat, aku teringat pasal stesen Kereta api yang paling akhir di Malaysia, iaitu terletak di Bandar Tumpat ini. Akupun bawa anak-anak singgah dan tunjuk kepada mereka tempat ini. Sempatlah juga bergambar satu dua possing.

Anak perempuan aku ini kalau pasal ambil gambar dia, memang dia pandai buat post. Tengok tu, bukan main lagi. Tapi bila dah siap rakam dia cakap, nak tengok..nak tengok.. Lepas tu baru dia puas hati yang dia di rakam. Itulah dia, kalau tak..tak ada post menarik untuk lain kali.

Dikesempatan ini juga, isteri tercinta dan anak-anak tersayang nak bergambar kenangan. Mereka jarang aku bawa balik berjalan macam ni. Maklumlah nak balik tu kos tinggi, masa kerja panjang. Itupun kena tunggu musim cuti sekolah. Tetapi kalau dah balik, tak lekat di rumah pula, asyik berjalan aje. Best....

Dalam perjalanan aku singgah sebentar di Pantai Sri Tujuh, Tumpat. Dah lama tidak ke tempat ini. Lepas banjir ini pantainya agak kotor kerana bawaan sisa lumpur dan bahan buangan dari banjir. Bagaimanapun terdapat juga tempat-tempat menarik untuk dikunjungi dan berkelah. Suatu masa dahulu, tempat ini memang popular di kalangan pelancong tempat dan luar. Namun sekarang ia agak dilupakan kerana memanglah ada pantai, sekali bah, sekali pandai berubah.

Hajat nak mengunjungi Mak Angkat di kampung Gaung, Tendong, Pasir Mas kesampaian juga akhirnya. Wah, anak lelaki aku ini memang manja. Mak angkat aku ini bukan sehari dua ini aku kenal dia, dah lama. Kira-kira lamalah juga. Masa tu aku belajar di tingkatan Enam di SMK Tendong. Bermulalah episod berkenalan dengan dia. Dia ini memang baik dan senang didekati. Memang bertuahlah kalau siapapun yang dapat mendekatinya. Baik, peramah dan jujur itulah hakikatnya.

Ayah angkat aku juga baik. Selepas pencen daripada jawatan pemandu TNB, dia masih kuat dan gagah. Jadi, dia cakap nak bawa kereta sewa sebagai kerja isi masa lapang. Sekarang, dah beberapa tahun dah dia memandu kereta sewa. Duit dapat, masa lapang terpenuhi. Ingatkan dah pencen nak duduk di rumah bersama anak cucu. Tapi dia kata tak nak, lagi bosan dan tak tahu nak buat apa. Oleh itu, dia beli kereta sewa dan kebetulan lisen memandu kereta sewa dia dah lama dapat.

Apa yang aku respect pasal tentang keluarga Mak Angkat aku ini ialah, rumahnya betul-betul tepi kubur. Alamak, kalau tidak biasa, tentu takut nak buka pintu walaupun hari siang. Tapi kata orang, kalau dah biasa tu tak ada apa yang hendak hairan. Satu lagi yang anda kena ingat ialah, MATI ITU PASTI. Jesteru, tak payahlah takut tentang mati. Mengingati mati itu wajib tetapi tidak boleh minta untuk mati.

Akhir sekali dalam cuti ini, aku nak tinggalkan satu keindahan yang tidak ada di bandar. Kampung kaya dengan flaura dan fauna semula jadi. Lihat keladi ini, sungguh menghiburkan apabila hati yang kusut di hapus oleh ketenangan keladi air yang sentiasa teguh walapaun di bakar mentari dan hujan lebat. Ia bukan sahaja cantik bahkan menjadi makanan kepada anak-anak ikan serta lembu atau kerbau. Namun, ia tetap tumbuh menghiasi sawah padi walaupun segalanya seperti tidak dihiraukan. SELAMAT TAHUN BARU 2010