PERTAMA...
MALAM ini hujan turun dengan lebat. Agaknya mungkin ke subuh. Bunyian butir-butir hujan yang menimpa atap bagaikan irama alam yang bingit untuk dihayati. Sahutan katak dan cengkerik pula menambahkan lagi irama malam yang basah ini. Semuanya bagaikan sebati dari alunan itu membuatkan gegendang teliga mengajak mata Razlan turut sama bosan dan sukar untuk dipejamkan. Puas membujuk agar tidak berasa bosan namun tidak mungkin untuk Razlan padamkan irama itu dari menembusi telinga apa lagi untuk menghentikannya.
Satu persatu alunan irama itu menerjah masuk dan bermain dalam benak fikiran. Razlan menjadi gelisah. Jasadnya diperbaringan tetapi mata berkata jangan lagi tidur dan hayatilah irama yang tidak keharuan ini. Irama-irama malam kian ghairah berdendang menjadi semakin tidak menentu akan nota-nota nyayian sumbang dek cengkerik dan katak bisu. Dentuman hujan di luar itu seakan turut beramai-ramai hadir mendendangan irama alam yang menggangu untuk Razlan bermimpi pada malam ini.
Jam di dinding berdetik semakin kuat. Pada halnya detikan itu tidak pernahpun engkar untuk laju atau perlahan. Tetapi malam ini seperti semuanya bercelaru dan memberontak. Walaupun sudah menunjukan lewat pagi, iaitu kira-kira sudah pukul 2 pagi, ia seperti baru bermula. Sukarnya mencari ruang untuk lena apa lagi mencari mimpi indah dalam kebingitan irama hujan yang kian menggila ini. Alangkah indahnya kalau dapat bermimpi dengan si dia yang diidamkan selama ini..
“ Lan, kenapa buat Lim macam ni.. Apa salah Lim. Please, jangan mendiamkan diri tanpa sebab, ok? Tersiksa Lim dibuatnya..” degus Gadis Cina yang montel itu. Senyumannya disembunyikan dalam degus kesal atas apa yang diperlakukan kepadanya sejak dua tiga hari ini oleh Razlan.
“ Tidak ada apapun yang menarik pun untuk Lan jelaskan lagi.“ Tegas Razlan sambil membelik akhbar di depannya tanpa tujuan.
” Cuma Lan rasa Lan perlu mendiamkan diri daripada kita asyik bertengkar sahaja. Rasanya seperti tidak bermakna perhubungan ini kalau begini selalu. Lan harapkan sebuah kebahagian, bukan sebuah pertengkaran.“ Kinimata Razlan beralih kepada renunganLim yang tekun untuk mendengar penjelasan daripada Razlan.
“ Nantilah, bila Lan dah tenang, rajuk ini terubatlah nanti.” Lafas Razlan Tenang. Dia seperti ingin lari daripada berbincang topik ini dengan Lim. Dia rasa tidak perlu sangat mengimbas kembali apa yang sudah berlaku.
“ Lan, tolong jangan buat Lim macam ni ok? Kalau Lim salah, tegurlah Lim. Usahlah macam ni. Lim jadi tak menentu dan kalut. Hati Lim tak tenang. Ok..ok.. Lim mengaku.. Lim jatuh cinta dengan Lan. Lim..Lim akuinya dan terima serta hargai apa yang Lan ucapkan tentang perasaan Lan pada malam tadi. Maafkan Lim kerana menyembunyikannya. Lim hargai.” Akhirnya terkeluar juga pengakuan itu daripada mulut Lim. Muka dia mula kelihat merah dan matanya semakin tidak dapat untuk sembunyikan sebuah kerinduan. Dia menunduk mendiamkan diri sambil menunggu reaksi razlan.
“ Lan tidak paksa untuk Lim menerima atau tidak. Bagi Lan.. ia telah Lan lafaskan. Terserah pada Lim untuk menerima segalanya. Tanggungjawab Lan sebagai apa yang Lan rasa telah pun Lan lafaskan. Kalau Lan bersalah atas semua itu, Lan mewakili diri Lan sendiri untuk minta maaf.” Razlan masih merendah diri dan beranggapan bahawa luahannya semalam tentang rasa hatinya terhadap Lim tidak perlu menerima jawapan yang terburu-buru daripada Lim.
“ Tidak Lan... tidak. Jangan lagi minta maaf dengan Lim. Sudah tidak berdaya lagi untuk Lim menerima kemaafan Lan. Sudah terlalu banyak untuk Lim terima maaf yang tiada salah dari Lan. Sesungguhnya Lim mulai sedar dan hargai apa yang Lan buat untuk Lim selama ini. Lim rasa Lan patut lafaskan semua itu dan Lim akur bahawa selama ini sebenarnya Lim pun jatuh cinta dengan Lan. Cuma Lim perempuan.. malulah nak mulakan.. dan tidak tahu di mana nak mulakan semua ini.” Pengakuan jujur Lim Si gadis Cina bermata sepek itu jelas menunjukan bahawa dia juga menyintai Razlan.
“ Lan ikhlas dengan Lim selama ini.” Razlan cuba mencelah.
“ Baguslah kalau Lan dah mulakan. Lim juga nak bagi tahu Lan bahawa Lim tidak menduga yang Lan akan berkata yang Lan cintakan Lim. Emm..Semua itu pada Lim sesuatu yang Lim nantikan selama ini.. Sebenarnya Lim sendiri tak pasti apa yang Lim harus lakukan pada waktu itu..Lim kelu dan keliru. Lim ingatkan selama ini hanya bertepuk sebelah tangan. Lan adalah kawan Lim yang memahami. Lim tertarik pada Lan kerana keikhlasan Lan. Jangan abaikan Lim ok? ” Tanpa disedari dalam penjelasan itu, air mata Lim menitis sepi. Dia tidak dapat sembunyi lagi bahawa dia ingin menangis. Tetapi dia tidak pasti kenapa dia mesti menangis. Adakah kerana dia terlalu gembira atau kerana sukar untuk menyembunyikan lagi supaya tidak menitis air mata di hadapan Razlan. Dia keliru atas apa yang sedang berlaku ini.
Lim hanya tertunduk malu sambil jarinya menyentuh telefon bimbitnya yang diletakan sebelah kiri meja. Sementara Razlan pula merenung sayu wajah Lim yang berubah di sebalik raut wajah Cinanya yang ayu. Sesekali Lim cuba mengesat air mata yang mengalir dengan tisu yang sudah lonyai dari genggaman Lim sejak dari tadi. Razlan seperti kesal dengan apa yang sedang berlaku dan wajahnya berubah menjadi dingin kerana mungkin dialah menyebabkan Lim menitis air mata. Berasa seperti bersalah pula menghadapi suasana itu tanpa dipinta. Macam dia sedang diperhatikan oleh semua mata disekeliling taman di petang suram ini bahawa dia yang bersalah mencetuskan suasana air mata. Tetapi mengapa perlu ditangisi.Besarkah dosa Razlan dalam keadaan yang sedang dia hadapi kini?
“ Limmmm ... Lan tidak mahu lepas peluang seperti malam tadi. Telah lama Lan tunggu saat seperti itu. Kalau kesempatan itu Lan tidak gunakan, bila agaknya Lim akan bagi ruang untuk Lan menyatakan semuanya? Emmm.. Lan takut Lim marah dan menjauh diri daripada Lan selepas ini.“ Tegas Razlan serba salah setelah melihat Lim tidak mengulas. Lim masih tertunduk mendiamkan diri. Dia tidak tahu apa yang harus dia ulaskan. Di hati kecilnya mungkin dapat dia berkata bahawa memang ada kebenaran atas apa yang Razlan ucapkan tadi.
Bagi Mazlan, ia memang sudah menduga bahawa perkara seperti itu akan terjadi. Memang betul apa yang dia ramalkan itu. Lim tidak akan memberi apa pun reaksi. Keadaannya seperti semalam. Mungkin Lim tidak dapat menerima ini sebagai satu hakikat yang dia dicintai. Dari sebujur wajahnya Lim seolah-olah tidak ada apa yang teruja untuk dia hadapi. Wahal dalam hati kecilnya hanya tuhan sahaja yang tahu betapa bertuahnya dia pada malam itu. Dia tidak menduga akan lafas cinta dari seseorang yang dia kagumi selama ini. Kalaulah Razlan lelaki yang dia temui 10 tahun nan lalu, pasti dia akan menerima Razlan sebagai seorang yang amat dia sayangi selama ini. Lim sedar hanya lewat dipertemuan ini baru dia dapat rasakan kebenaran apa yang dilamunkan selama ini. Dia tidak dapat lagi menghidari agar berasa cinta dan dicintai oleh lelaki seperti Razlan.
Dalam diam hati Lim mula berdetik dan mengukur diri bahawa dia hanya seorang gadis Cina yang naif serta tidak layak untuk dicintai oleh lelaki Melayu seperti Razlan yang dia sanjungi selama ini. Lagi pun dia tahu Razlan sekarang telah pun berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Ahhhhh.. bercelaru minda Lim. Malangnya bagi Lim kerana menyintai suami orang. Dia tidak sanggup menghancurkan hati seorang perempuan lain kerana cintanya pada lelaki yang telah bergelar suami orang.
” Oh tuhan, salahkah aku atas semua ini? “ Bisik hati Lim sambil merenung jauh papan kekunci telefonnya semenjak dari tadi. Dari bening matanya, Lim tidak dapat mengucapkan apa-apa dari takdir yang sedang melanda.
Dia begitu tertarik dengan sikap Razlan yang mesra dan suka membantu. Entah mengapa dia berasa begitu selesa bila berbual dengan Razlan. Bagi Lim Razlan seorang yang memahami dan perihatin terhadap apa yang dia lontarkan. Razlan tidak seperti insan lain yang pernah dia kenali. Jauh berbeza dan tidak mungkin ada lagi lelaki seperti Razlan dalam kamus hidupnya.
Razlan seorang kawan yang selalu mendengar kalau dia ada masalah atau tertekan dari beban kerja yang sering melanda. Razlan mudah didampingi walaupun kadangkala dia tahu Razlan ialah suami serta ayah kepada 3 orang anak. Razlan tidak akan mengejeknya kalau pun apa yang dia seperti keanak-anakan dan bermanja. Entah mengapa dia begitu manja dengan Razlan sehingga kadangkala dia lupa bahawa dia tidak seharusnya berkelakuan begitu.
“ Lan, tidak sanggup rasa Lim mengkianati orang lain kerana semua ini. Lim rasa bersalah menyintai Lan yang telah pun berpunya dan mempunyai anak. Lan tidak sayangkan anak-anak Lan ke dalam soal ini? Soalan ini diajukan kepada Razlan di malam itu. Razlan membisu sambil menatapi sepasang mata Lim yang mencari jawapan.
“ Lan sudah mulai sayangkan Lim. Dan Lan juga sayangkan mereka semua. Tapi salahkah Lan menyintai Lim? Lan tidak ada niat untuk mengkianati sesiapapun. Kalau Lim boleh terima Lan dalam keadaan begini, Lan sangat menghargainya.” Nada Razlan bersahaja tetapi tetap dalam kesungguhan yang tegas.
“ Lannnn.. maafkan Lim..Rasanya Lim telah membuat perkara yang sangat salah. Lim tidak mahu dikatakan perampas kebahagiaan rumah tangga Lan. Lim tidak sanggup. “ Beriya betul Lim menepisnya. Dalam hati sebenarnya dia berasa teruja apabila Razlan melafaskan bahawa dia dicintai.
“ Ok.. Lan tahu Lim tidak akan menerima Lan.. Tapi bagi Lan, tidak dinafikan yang Lan memang menyintai Lim dengan hati dan ketulusan. Terserahlah kepada Lim untuk membuat keputusan. Lan boleh menerima apa jua keputusan daripada Lim.” Razlan dapat merasakan kemelut yang sedang melanda hati Lim, sebab itu dia mengakhiri pertanyaannya dengan tanpa meminta keputusan tergesa-gesa daripada Lim.
“ Entahlah.. apa dah jadi dengan Lim ini. Lim sendiri rasa pelik dengan apa yang sedang berlaku ini. Namun Lim hargai Lan.. Lan telah banyak membantu Lim dalam semua keadaan yang Lim perlukan. Tidak terbalas rasanya setiap pertolongan yang telan Lan hulurkan. Lim tahu semua itu Lan lakukan dengan jujur dan ikhlas.” Bujuk Lim supaya Razlan dapat menerima hakikat sesuatu.
“ Bukan niat Lan untuk memerangkapkan Lim dengan semua apa yang telah Lan lakukan selama ini. Itu soal kemanusiaan dan Lan tidak suka menggunakan semua itu untuk Lim berasa terhutang budi lantas menerima Lan sebagai apa yang Lan hendak. Tidak.. sekali-kalinya tidak. Pertolongan yang Lan hulurkan selama ini adalah kerana Lan berasa Lan perlu berbakti dengan harapan suatu hari nanti ada orang akan menolong Lan seperti Lan menolong Lim kini.” Razlan begitu bersungguh menepis kalau ada kenyataan bahawa semua yang dia lakukan selama ini ada udang di sebalik batu dari setiap apa yang patut dia buat.
“ Tidak Lan. Bukan itu yang Lim maksudkan. Lim Cuma nak cakap, Lan terlalu baik buat Lim selama ini.” Kegelisahan semakin menghantui dirinya kini.
“ Lan pun telah cakap pada Lim bahawa selama ini yang Lan jujur dan tidak mahu Lim terhutang budi dengan apa yang Lan bantu. Apa yang Lan buat selama ini bukan untuk dibalas dan bukan budi yang harus ditebus. Lan cuma menjalankan tanggungjawab Lan dan tidak ada apa yang harus Lim balas pun. Ia ikhlas dan jujur dari Lan sebagai seorang kawan yang matang, berbudi dan amanah.. Itu sahaja yang Lan nak buktikan pada Lim.. “ Lim menunduk membisu seperti hamba menghormati rajanya. Dalam hatinya, Lim begitu menghargai Razlan sebagai kawan yang sangat memahami. Dia sendiri tidak nampak yang Razlan suka mengambil kesempatan di atas kelemahan yang wujud selama ini. Sebab itulah dia sangat menyukai Razlan sebagai seorang yang boleh dibawa berbincang dalam senang dan susah.
“ Lim.. Lim.. kenapa diam aje.. Lim tidak suka dengan apa yang Lan cakap tadi.” Sapa Razlan mengganggu lamunan Lim mengenai apa yang berlaku semalam.
“ Tidak Lan.. Lim Cuma berfikir apa yang patut Lim lakukan sekarang. Tapi Lim sudah membujuk hati supaya akur pada diri sendiri bahawa Lim juga memang menyintai Lan.” Terpacut perkataan itu dari mulut Lim sendiri. Namun matanya masih tidak sanggup merenung sepasang mata Razlan yang penuh dengan cinta.
Hati kecil Lim semakin rindu dan petang ini seperti terlalu cepat berlalu. Senja semakin ingin berkata bahawa dia ingin berlabuh dan menghalau sepasang kekasih yang sedang dilamun cinta asmara. Dengkikah senja ini untuk menghalau Razlan dan Lim supaya pergi? Tidakkah Sang senja tahu yang mereka sedang diulik cinta dalam dakapan senja yang semakin berlabuh. Fahamkah senja ini bahawa mereka akan kerinduan kalau dipisahkan walaupun sesaat?
Lamunan tiba-tiba terhenti oleh laungan azan subuh berkumandang di masjid berdekatan. Razlan baru sedar yang hari sudah dijengok subuh. Rupa-rupanya dia tidak dapat tidur sejak dari dia mula berbaring sehingga laungan azan ini. Dendangan hujan memukul atas sudah lenyap. Barangkali hujan sudah berhenti bersama laungan azan tadi. Tidak kedengaran lagi bunyi nyanyian sumbang sang cengkerik dan katak yang bisu.
No comments:
Post a Comment