aku kirimkan seutusan rindu nan suci
bukan lagi ucapan janji tetapi menjadi kalimah suci yang dilafaskan menjadi azimat
azimat yang tersebar luas keseluruh salur nadi mahupun jantung hatiku
Bukan kerana pelepas rindu nan bersarat tetapi kerana sebuah rindu yang tidak tertanggung
Ia juga menjadi helaian utusan yang tidak dapat dipadamkan dengan kata-kata
kerana kalamnya ialah air mata cinta nan suci
Kalau penaku tandus akan dakwatnya untuk menulis kata-kata suci ini
maka air mata darah menjadi galang gantinya
kalau habis ilham kerana melafaskan rindu ini
maka kematian adalah penutup bicara selamanya
Kalau padam pelita menemani tulisan kerinduan ini
Namun ia tidak dapat menghalang untukku tulis di dalam hatiku
Kalaupun jauh beribu kau berada di saat ini
akanku kirimkan kau dengan panahan rindu buat selamanya
biar ia singgah dihatimu lantas menjadi keramat dan azimat
semoga ia menjadi ingat sebagaimana aku ingat pada mu tanpa henti walau sesaat
Mendekatimu bererti menumpahkan seluruh cintaku padamu
tiada kata dusta yang kulafaskan melainkan ketulusan
tiada ungkapan keramat yang aku ukirkan melainkan aku cinta pada mu
tiada madah dikutip melainkan sebening air mata menjadi bukti cinta
andai tiada izin tuhan, tidak akan kudurhaka walaupun sebaris kata
kerana tuhan telah mengutuskan kau sebagai kekasih hatiku
walaupun dalam sukar dalam kelemasan..
sayangku... aku menanti saat itu dengan tangan berdoa agar jangan pisahkan
seandainya dipisahkan akan kutangasi setiap kesalahanku
biarlah bersatu hingga tuhan menjemput pulang
itu sahaja yang memisahkan aku dan dirimu
selagi ada rindu..selagi ada cinta..selagi ada sayang
berpisah jangan hilang pun jangan....
Tuesday, October 26, 2010
Sunday, October 24, 2010
HANYA SEHARI LAGI...
Sejak senja berlabuh menjadi sepi
Namun dapat kurasakan akan rindumu padaku
Kerana disaat ini..aku jua merinduimu tanpa dapat kubendung lagi
semakin hari semakin rindu.. semakin tidak bermaya hanya sabar membentingi waktu
Dalam pelukan malam yang bertemankan cengkerik dan nyayian katak
aku semakin tidak keharuan membujuk hati agar jangan rindu
namun semakin cuba kulontar jauh.. semakin dekat ia bertandang
tanpaku sedari.. air mata jatuh bagaikan faham bahawa aku tidak dapat menahannya
gugur lalu disapu angin malam yang sayu
membuatkan aku selamanya menjadi rindu
pasrah pada tuhan bahawa cuma sehari lagi
sehari lagi selepas kau lafaskan kalimah suci
menjadi pegangan hidupmu selamanya...
sayangku.. aku tidak pandai berjanji
kerana takut dimamah janji
aku tidak pandai menabur cinta
kerana aku takut ia menjadi dusta
apa yang aku tahu ialah
menyintaimu setiap saat
merinduimu setiap hembusan nafasku
dan.. dalam hatiku hanyalah ada kamu
setiap renunganku terlintas bayangamu
kalau malam menjadi sunyi
sunyi lagi isi hati tanpa dirimu
kalau siang menjadi girang
girang lagi hatiku bila kau di depan mataku
kalau indah suria pagi
indah lagi pancaran ukiran senyumamu
oh tuhan.. sehari lagi..
sabarkah aku tanpa pertolonganmu
oh tuhan.. aku cinta dirinya lebih dari segala yang aku tahu
Dari segala yang aku ada
dari segala pencinta asmara di dunia ini
ohhhhhhhhhhhhhhhhhhh tuhan.. ampunkan aku
Hanya sehari lagi..itu bisikanku membujuk agar sabar
walaupun sehari kurasakan bagaikan setahun
seminit tak berkata bicara.. seperti lesu seluruh malam bisu ini...
hanya satu.. kau yang kunantikan dengan kalimat
HANYA SEHARI LAGI....

Thursday, October 14, 2010
HARUSKAH AKU ULANGI
Tidak kuinginkan sekelumitpun harga bendamu
kerana semua itu dapatku kutip walaupun dengan air mata
tidak ku harapkan secebis senyum sendir mu
kerana dapatku baca akan isi hatimu
tidak ku pinta akan wang ringgitmu
kerana aku tahu itu hartamu
tidak layak untuk aku sentuh apalagi untuk menyebutnya
sekiranya kau katakan kau ikhlas buat untukku
nescaya aku lari dari membicaranya
walaupun aku miskin harta
tetapi aku kaya dengan maruah dan harga diri
tidakku pinta segalanya
melainkan cinta yang tulus dan ikhlas darimu
perlukan aku ulangi?
bahawa aku bukan penghibur
aku bukan penagih harta bendamu
tidak sedikitpun ku inginkan kata-kata dustamu
HARUSKAH AKU ULANGI?
kalau diberi tawaran
nescaya aku pilih hatimu
itupun kalau hatimu suci buatku..
haruskah aku ulangi semuanya????

Sunday, October 3, 2010
TIKA MENCARI MENTARI PAGI
Mendengar nyanyian camar dihening pagi damai
melontar ribuan rindu pada bisikan kekasih
lalu satu persatu ukiran senyummu datang bertandang
tanpaku sedari, aku jua mengukir senyum...
dalam kalut dalam malu.. lalu tersipu-sipu disapa angin pagi
Namun dalam hakikat yang mula bermain di benak ini
aku menghargai setiap pengorbanan yang kau dambarkan dikala senja mula datang kemari
setiap kata yang kau bisikan ditelinga ini di suatu senja itu merantai hatiku dan berteduh sepi
bermain ..berlagu menjadi siulan setiap kali sepi menerjah kemari
Aku kelemasan walaupun dalam suci pagi yang dingin disapu angin cinta
Kalau dapat kau dengar bisikan hati ini
Nescaya kau akan memahami setiap dengut jantung asmaraku
Pastinya juga kau akan tahu betapa dalamnya cinta sejati berdegus meronta
Lalu setiap yang kau dengari itu.. aku hadiahkan padamu buat peneman sepi
Dengarlah..lagukanlah..ia sentiasa berdenyut walaupun aku mati dalam hidup
Setelah segalanya teratur susun dalam ujuran masa
Aku tetap lebarkan doa suci ini pada tuhan agar laluan menjadi semakin bermakna
Bisikan kata bukan lagi bisikan biasa.. namun telah beradun segala azimat keramat
Bisikan hati bukan lagi bisikan dusta.. namun telah terkandung segala pengorbanan
Setiap cinta..setiap ukiran rindu kalau lafaskan telah menggegarkan setiap nafasku
Segala pengorbanan yang kau penakan sebenar telah lama aku hargai
Namun setiap kesungguhan yang kau lontarkan, telah lama kukutip menjadi azimat cinta
Kemarilah sayang.. aku menantimu setiap saat setiap ketika
Datangnya pagi nan bening.. tidak dapatku tahankan air mata gugur menanti kelibatmu
dari celahan suria yang ku cari, tika mencari mentari pagi
aku mengintai kehadiranmu dengan cinta yang tidak tertanggung lagi
kalau dapat kau lihat dengan makrifatmu, nescara dapat kau lihat hatiku hanya untukmu
kalau dapat kau cari sebetir penawar rindu ini, cukup kalau kau senyum padaku sebagai ubatnya
nantikan hari itu dengan lambaian cinta.. agar tuhan redha dan pasrah jua untuk langkahmu
Sang ratu hatiku.. tika mencari mentari pagi.
kau jua yang aku nantikan
Kalau mentari tidak muncul kerana mendung mengundang
Masih kau jua yang kuharapkan
Kalau pagi ini tiada lagi hingga ke petang
Kudoakan kau menjadi kekasihku sepanjang hayat ini
Kalau pengorbananku ini sedikit, kau datanglah tengok hatiku dari mata yang sarat rindu ini
Dan jangan kau lupa.. aku menantimu dengan cinta..rindu.. asmara

Subscribe to:
Posts (Atom)