Sunday, November 22, 2009

SELAMAT TINGGAL SAYANG

(Buat si dia yang dah mula aku sayang dari dulu hingga selamanya)

Burung-burung terbang menyanyi girang dalam irama nan satu

Singgah hingap di istana bertenggek girang berbual mesra

Kata sayang .. rindu.. resah.. gelisah dan sayu dibisik satu persatu

Mulalah bertandang keresahan berpanjangan membunuh kegirangan

Terbit mentari mengintai pagi menyapu embunan di dedaun dan hujung rumput

Bangkit akan kesayuan desa permai dari girang beburung bertenggek di istana cinta

Lalu mekar seluruh padang gersang ini menjadi bunga-bunga rindu di sinar suria ini

Yang resah menjadi girang, yang rindu menjadi lagu bisikan cinta azali

Girang menjadi lautan asmara apabila mendengar sang burung beralun berbisik cinta

Kata sayang yang diluangkan oleh girang burung, rerama dan sinar suria adalah azali

Mereka tidak pernah berdusta pada lafas jujur asmara di suria mekar

Kenangan sedikit demi sedikit menjadi warisan hati dan harta peribadi abadi

Kalau dapat diluahkan pada sehelai kerta dari sebatang pena

Tidak mungkin dapat membujuk hati agar jangan menangis

Tangisan adalah teman hati untuk di tulis pada tinta kenangan

Air mata adalah dakwat pena yang mampu menulis semua kenangan

Tangan ini tidak mampu lagi menggarap semua kenangan yang abadi

Kalau aku dapat kutip seluruh kenangan ini, pasti kamus asmara ini menangis

Atau mungkin tidak sanggup aku ulang baca atas gugurnya air mata ini.

Tidak sanggup kulafaskan selamat tinggal buat kekasih yang mula aku cintai

Suatu ketika dahulu pernah kubisikan nyanyian cinta asmara dari alunan burung itu

Lalu kuhadiahkan padamu demi membuktikan bahawa aku jujur dan ikhlas

Selamanya aku tidak sanggup berpisah denganmu

Masih terbayangan saat matamu sayu melambai pergi

Waktu itu air mataku menitis menjadi dakwat pena untuk kutulis kesayuan ini

Aku sedar bahawa cinta itu melekat padamu dalam samar masih ku berbicara

Aku cinta padamu dari tulus hatiku yang paling dalam

Hari ini penaku menari mengukir cinta sayang walaupun kau ingin pergi

Kalau hati dalam kesetiaanmu, jarak berbatu-batu sebenarnya sejengkal bagiku

Jauh jasadmu dihalangi jarak namun suaramu berbisik seperti kau hanya di depanku

Kalau jasadmu dibawa pergi tetapi rohmu dalam dakapanku

Kalau rindu mu dibisikan pada angin lalu, akan sampai menyapa naluri ini

Sayang, aku redha akan kau pergi kembali ke tanah lahirmu

Aku tidak meletak syarat untuk kau pergi tapi pergilah dengan hatimu

Jaga diri sopan santun budibicara setulus hati sucimu

Agar mekar cinta pada tuhan dan sesiapa yang kau suka

Aku di sini sentiasa beribadat melafaskan doa agar kau terpelihara oleh tuhan

Semoga kata cinta dan sayangmu semasa di sini bukan sebuah dusta

Aku tidak berpegang pada lafas rindumu sebagai azimat rindu

Tetapi kuberpengang pada kejujuran bahawa aku sebenarnya yang mencintaimu

Kalau kau menyimpan ungkapan keramat itu, nescara semua yang ada dalam hatimu

Akan berbisik rindu dan melaungkan yang aku sentiasa menyintaimu

Walaupun dalam rindu dan resah aku masih mencarimu sebagai teman hatiku

Walaupun dalam kemarau dan sayu, aku masih menantimu sebagai cinta

Aku tetap mencarimu walau dalam perang hati yang keliru

Akan ku sapa seluruh alam ni lalu bertanya tentang hatimu

Selamanya aku tidak akan berbohong bahawa pemergianmu tangisan hatiku

Namun dalam hati yg ikhlas ini aku akan berkata kau yang ku sayangi

Selamat tinggal sayang, kuiringi dikau dengan doa dan harapan

Sejahtera selalu dalam dakapan rindu dan pelukan sayang

Sapukan air matamu kerana ia azimat buatku sentiasa menyayangimu selamanya

Kalau kau pergi usah lupa aku di sini kerana aku sentiasa mengintaimu

Kalau ada ruang, aku akan carimu walaupun dalam mimpi-mimpi semalam

Sayang.. selamat tinggal.. aku berdiri tanpa jasad mu tetapi dengan kekuatan cintamu

Mazlan

22 Nov 2009

Taman Kelisa Emas

No comments:

Post a Comment