
Sekelip mata kau berubah
[Tuesday, 03-Feb-2009 7:58 PM]
Syahdunya ku rasa di saat ini. Segalanya ku rasa sepi membisu. Suasana seperti beku dan tidak bermaya. Aku tahu kicau burung tetap ceria, namun aku masih merasakan suasana sepi membisu. Membisu untuk mencari kata-kata hati agar menyakinkan kau bahawa aku menyintaimu selamanya. Kejamkah aku kerana semua ini?
Tersentuh hatiku dibuai kenangan lalu dan inginku luahkan hasrat hatiku. Sudikah kau mendengarnya?
Usahlah kau menutup ruang dihatimu untuk ku bertapak, kerana bagi ku tanpa kesudianmu umpama mimpi pudah diusik jaga.
Sebenarnya engkau masih ku sayang biarpun tak dapat bersama. Kau masihku rindu seperti waktu dahulu Aku masih ingat seulas senyuman itu adalah terakhir dalam lambaianmu. Aku redha walaupun hati berkata, jangan kau pergi wahai sayang. Aku masih belum puas menatapi wajah gelisahmu. Oh tuhan, mengapa aku begini?
Aku mengharapkan engkau mengerti curahan hati ini. Jika engkau sedang hidup bahagia disaat ini, jangan kau lupa diri ini. Aku yang terdampar kesepian di pantai hati yang paling sunyi dan gelisah ini. Aku sebenarnya tidak sanggup mengharungi sendirian, namun setelah kutahu kau bahagia disaat ini, biar aku harungi sendirian. Ku dilambung ombak rindu yang hanyut dalam kelemasan. Sayang aku redha pemergianmu kerana aku tidak sanggup kau hidup dengan air mata.
Mengapakah aku masih menunggu dan menangih kasihmu sedangkan aku tahu saat ini kau sedang berbahagia. Jauh dari sudut hati, aku masih menyayangimu.
kord sekelip mata kau berubah
ReplyDelete