Aku terdengar dalam sunyi
Kau melangkah semakin jauh
Melewati seluruh alam
Pergi menjauh menyendiri
Aku dan kau sudah menjenguk jauh
Barangkali aku sudah dibenci
Mungkin jua aku mangsa kesekian kali.
Kalau mungkin bisa aku kau benci
Sumpahlah aku menjadi batu
Tapi jangan kau laknat aku menjadi syaitan
Kerana kemuliaan syaitan ialah di neraka
Kau siksalah aku dengan kata-katamu
Tapi jangan kau biarkan aku dengan tanda tanya.
Kau bunuhlah jasadku yang sekerat ini
Tapi jangan kau bunuh perasaanku yang tergadai ditanganmu
Campaklah aku keluatan gelora sekalipun
Tapi usahlah kau tambahkan gelora dihatiku
Oh Tuhan, ampunlah setiap kata-kata dosaku
Oh Tuhan, ampunlah setiap baris-baris dustaku
Oh Tuhan, ampunlah setiap bekas-bekas tanganku menconteng dosa
Oh Tuhan, ampunlah setiap dosa aku dan dia..
Oh Tuhan, hadiahkanlah dia dengan hidayah Mu..
Aku bukan pencinta tetapi aku mencintai
Aku bukan pendusta tetapi aku didustai
Aku bukan penjenayah cinta, tetapi aku mangsa
Aku bukan pesalah, tetapi salahkah kalau aku menyintaimu?
No comments:
Post a Comment