
Aku tak ingin melukai hati sesiapapun. Dalam kedewasaan ini, tidak harus aku mencipta musuh. Aku inginkan kebebasan abadi. Kalau aku mencipta kemarahanmu, aku wakili diriku sendiri untuk memohon maaf entah kali keberapa. Mungkin aku harus dihukum atas keterlanjuran kata-kataku selama ini. Aku sedar siapa aku sebenarnya. Lewat pertemuan itu, aku memang menyusahkanmu. Aku sedar dalam ajakan yang kulaungkan atas kejujuran, sebenarnya telah MENUNASKAN antara paksa dan keterpaksaan. Mulai hari ini aku berjanji pada diri ini bahawa aku tidak mungkin lagi akan mengundangmu walaupun dengan sebaris kata-ringkas. Aku berasa amat berdosa dan dosa itu seakan tidajk dapat diampunkan tuhan. Jauh dari sudut hatiku yang paling dalam, aku berasa sangat berdosa mengajakmu untuk menemani ku selama ini. Dan aku amat kesal kerana telah membuang masamu untuk melayan sejuta kerenahku yang tidak matang. Ahh, kejamkah aku dengan ungkapan dari hati ini ? Perlahan-lahan aku mula sedar siapa aku sebenarnya. Aku telah mula muhasabah diri bahawa aku semangnya tidak layak untuk mendampingmu walaupun dalam mimpi ini. Maafkan aku untuk kesekian kali. Aku akur bahawa aku memang PENCETUS semua ini. Banyak rasanya aku ingin coretkan, tetapi semakin dicoret semakin pedih membalut diri. Haruskah aku menangis untuk membasuh dosa ini? Aku ingin lari dari semua ini. Biarlah aku mengundur diri dari setiap tingkah lakuku yang jelas membosankan. Kerana sebenarnya tingkah lakuku selama ini ialah menghukummu. Baru aku sedar, memenuhi permintaanku untuk bertemu denganku sebenarnya hukuman berat bagimu. Oh tuhanku, mengapakah aku sangat kejam terhadap dirinya. Oh tuhan, ampunkan kesalahan aku ini. Oh tuhanku, terima kasih kerana memberi HIDAYAHMU padaku bahawa aku selama ini KEJAM dan pentingkan diri sendiri. Tuhanku, berikan kekuatan untuk aku lari dari semua ini. AKU ingin lari jauh dari kekalutan ini.. Maafkan aku.
No comments:
Post a Comment