Ombak.. aku dengar bisikan cintamu.
Sayu .. damai.. tenang dan menghiburkan.
Lantas waktu itu lewat mendatang bayanganmu bersulam kemari
Angin damai itu memukul hatiku resah menjadi gelisah
Barangkali kerana teringat sentuhan hatimu dibayu ini..
Ombak.. tolonglah hentikan desiranmu
Kerana aku rasakan seluruh jasadku dihiris pedih
Bagaikan terlihat bayangan dia bermain didesiranmu
Mengejar buih-buih putih yang kian pecah dan punah
Namun desiranmu bagaikan tawa keanak-anakan dia riang memburu buih..
Ombak.. tidakkah kau nampak diruang mata ini
Hanya dia yang bermain didesiran mu
Walaupun hakikatnya itu bayangan semalam..
Ombak.. kalaulah suatu masa nanti dia kemari menjenguk mu
Kau sampaikanlah salam kerinduan ini pada dia
Bisikan kelubuk hatinya, Aku cinta padanya..
Ombak.. aku kehilangan dia dalam bayu yang kau bawa ini..
No comments:
Post a Comment