MEMBELEK hari-hari berlalu lantas kembali ingat pada musim-musim berlalu
Dewasa dengan kata-kata kesungguhan dari mula menyapa salam hinggalah ucapan cinta
Semuanya bagaikan izin Allah walaupun kadang-kadang teruji dengan kata rajuk dan rindu
Pasrah satu persatu menjadi surat-surat cinta yang indah diulang ingat
Catatan itu menjadi sejarah yang indah untuk dikenang
Semoga Allah memberi restu dari segala yang Dia kehendaki menjadi abadi dalam fana realiti
Kalau sukar biarlah menjadi mudah lalu menjadi cinta
Kalau dusta biarlah dilontar sejauh mungkin menjadi dinding amaran
Kalau benci biarlah dicincang menjadi debu menukar kata-kata menjadi cinta
Kalau Cinta biarlah menjadi abadi selamanya dalam sejarah asmara menjadi peneman hidupku hingga nafas terakhir.
Lalu hari demi hari melewati hampir 1460 hari pelbagai kerenah dipanggil bertandang
Namun hanya berbekalkan kesabaran, semua itu menjadi keramat nan suci
Kata benci bertukar menjadi cinta dan ungkapan tidak telah menjadi rindu
Dulu kata benci kini semakin sayang dan sukar kehilangan walaupun terlindung bayang
Malam selalu bermimpi siang kemuruman asyik merindu pada si dia
Makan bagaikan berteman dinda walaupun di depan hanya bayangan siapa
hari berlalu bagai lambat untuk menanti kisah semalam
Semuanya berkat sabar, akhirnya susun atur bagaikan kehendak rencana
kalau sukar untuk bernafas kerana rindu bertandang akan menjadi tenang bila suaramu dikirim pesan.. keramatnya suaramu
jauh bagaikan didepan mata bila suaramu ceria berbisik
dekat semakin dekat bagaikan pertemuan Adam dan Hawa bertemu di Arafah setelah berpisah diuji tuhan kerana cinta
Kesunyian berkecai bila bayanganmu bertukar menjadi realiti, bukan lagi hayalan.
Aku tidak mungkin mengkianati hatimu melainkan cintamu berubah di bawa arus
Aku tidak minta lebih daripada Allah melainkan aku pinta kau menjadi jodohku
Dan aku jugak minta yang sukar iaitu supaya pisahkan kita sekiranya kita bukan jodoh agar terhidar dari sakit hati dan diri berbalut dosa dan maksiat..
Setiap kali aku ingatkan padamu aku selalu berbicara kepada Allah supaya selamatkan kau dari sesat serta terpedaya tipu daya iblis
Aku jugak ikhlas merendah diri pada Allah seraya berkata, ampunkan dosa aku dan kau serta hadiahlah si dia dengan HIDAYAH dan jemput laa si dia sebagai tetamu istimewa di syurgaNya
Aku menangis bagaikan sungai mengalir air bersih untuk berkhidmat pada makluk
Pelbagai yang terjadi antara semua suka dan duka hingga saat bahagia dicari..
Semoga lambai 2011 menjanjikan kebahagiaan sejati
Apa jua yang bakal direncanakan, aku harap Allah tidak menjauhi diri daripada aku yang lemah ini lagi daif dan naif
Aku tidak pandai berjanji tapi.. aku akan buat apa yang patut aku buat
Sumpah aku tidak reti tapi tunggu dan lihatlah..
Semoga semuanya dibawah lindungan Allah...
No comments:
Post a Comment