Sunday, January 16, 2011

MESTIKAH AKU BOHONGI HATIKU

Semenjak dari pertama kali panahan wajahmu singgah dimata ini
tidak dapat aku melupakan ia walaupun dengan berkata tidak
Semakin menjauh, semakin kemari dengan penuh cinta
Harum mekarnya melewati benua asmara tanpa had sempadan
Alangkah indahnya kau di saat ini merindui aku
Kerana aku sememangnya dalam kerinduan yang suci
Tidak dapat lagi aku sembunyikan rasa cinta ini
Walaupun bilah-bilah waktu semakin patah disapu angin rindu
Namun ia gagah melawan asmara gelora di hati

Mestikah aku bohongi pada angin lalu bahawa aku rindu padanya
Atau haruskah hatiku dirundung sepi ini diterjah dengan kata-kata cinta?
Mungkinkah sang rembunan penuh mengambang akan berkata cemburu
Mestikah aku bohongi hati ini.. aku cinta pada mu sepenuh hatiku...

Kalau dapat kuhimpunkan seluruh kata-kata keramat lagi hikmat dalam kamus cinta ini
Akan ku baca kata-kata itu ulang dan ulang menjadi mentera cinta
Lalu kuutuskan padamu menjadi salam kalimah suci
Menjadi ungkapan dari naluri ini selamanya

Mestikah kau tahu.. aku tidak pernah berbohong menyatakan cinta padamu
Lalu dari lipatan itu, belik dan carilah.. kerana aku cuma ada satu.. aku ada cinta
Jangan kau uji aku dengan perpisahan, kerana biarlah kematian itu sebenar-benar perpisahan
Usah kau pinta keajaiban, kerana cintaku padamu sememangnya satu keajaiban
Andai tiada lagi bicara yang aku kirim pesan, itu petandanya jasadku berpisah dengan rohnya
Andai sudah kering air matamu menangis semua ini, itu petanda cinta ini bahagia bersamamu

Mestikah aku bohongi.. aku cinta padamu lebih dari apa yang kau tahu.....

No comments:

Post a Comment