Sunday, November 6, 2011

Hari raya haji

Selamat hari raya haji buat semua...

Wednesday, August 24, 2011

Salam Syawal buat kekasih hatiku...

Selamat hari raya Aidilfitri.. Semoga raya tahun ini membawa sejuta makna buat kita semua. Abang sayang pada semua. I love you all. Pastinya akan abang rindui Ramadhan dan Syawal ini. Semoga Allah berkati kita semua..

Monday, June 6, 2011

Aku rindu akan belaianmu

Kau tempat ku bermanja bergantung kasih sejak lebih 10 tahun nan sudah
Sungguhpun aku begini, namun dalam diriku ada kamu..
Jangan kau pinta apa yang tidak aku mampu lakukan
Melainkan Tuhan menjemput pergi...

Sayang,
Daifnya hidup ini tanpamu
Kosongnya hidup ini tanpa ucapan cinta darimu
Benci sangatkah kau untuk melafaskan cintamu?
Aku kekasihmu yang awal dan akhir...

Wednesday, May 4, 2011

Sebuah Kisah Di Hujung Cerita

Masih membara kata-kata janji manis itu
hingga kehangatannya melekat dalam jiwa
Semoga ia memberi seribu satu rahmat
agar tiada kata akhir dengan cinta dusta..

kalau kemarau melanda.. sirami dengan cinta
kalau musnah bumi bertuah ini, itulah kesudahannya

Tuesday, March 29, 2011

Seperti mimpi, impian menjadi kenyataan walaupun dalam sukar dan pasrah.. Allah Maha berkehendak atas segala yang dia tentukan. Semoga apa yang ada ini kekal menjadi kenangan yang abadi. Barangkali semua ini telah ditentukan olehNya sehebat cinta nan suci. Janganlah kerana ini satu ujian, nescaya tidak mampu ku galas. Aku masih berharap Allah akan sentiasa memberi pengurniaan yang baik dalam semua ini. Kalau ini takdir yang buruk dari sekelumit ujian Allah, maka aku pasrah untuk segalanya.

Semoga hari-hari yang indah ini tidak berakhir dengan kemuraman, kesedihan apa lagi dengan sebuah perpisahan. Jauhilah semua ini daripada berlaku. Namun kalau semuanya telah tersurat dalam kesedihan, aku pasrah dan redha atas ketentuan Allah Azawajala..

Tuesday, January 18, 2011

BUKU YANG AKU BACA..

PADA tanggal 17 Januari 2011, aku mula membaca buku.. Aku berazam membaca seberapa banyak buku bermula daripada sekarang.. Aku akan cuba meluangkan masa kosongku dengan membaca pelbagai jenis buku.


TAJUK 1 : MEMORI SEBUAH RINDU.. ANTOLOGI CERPEN
PENGARANG/PENYELENGGARA : JISO RUTAN
TERBITAN : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KUALA LUMPUR 2006
CETAKAN : PERTAMA 2006
CETAKAN/PENERBIT : DAWANA SDN BHD, KOMPLEKS DAWANA, AMPANG/ULU KELANG, SELANGOR...
BILANGAN MUKA SURAT : 332
MULA MEMBACA : 17 JANUARI 2011
BACAAN DIHABISKAN PADA : 19 JANUARI 2011
BILANGAN HARI : 3 HARI

***
TAJUK 2 : SINDROM VX
PENGARANG/PENYELENGGARA : NORIAZAM ISMAIL
TERBITAN : PTS ONE SDN BHD.
CETAKAN : PERTAMA 2007
CETAKAN/PENERBIT : PTS ONE SDN BHD. TAMAN PERINDUSTRIAN, BATU CASE
BILANGAN MUKA SURAT : 368
MULA MEMBACA : 19 JANUARI 2011
BACAAN DIHABISKAN PADA : 21 JANUARI 2011
BILANGAN HARI : 3 HARI

***

TAJUK 3 : Titis-Titis Gerimis
PENGARANG/PENYELENGGARA : Rozita Mohd. Noor
TERBITAN : Creatif Enterprice Sdn. Bhd.
CETAKAN : Ketiga Tahun 2000
CETAKAN/PENERBIT :Conceprin, No 17 Jalan Mas Jaya 1, Kawasan Perusahaan Mas Jaya, Batu 9 Cheras, 43200 Selangor
BILANGAN MUKA SURAT : 236
MULA MEMBACA : 21 JANUARI 2011
BACAAN DIHABISKAN PADA : 22 JANUARI 2011
BILANGAN HARI : 2 HARI


***

TAJUK 4 :
PENGARANG/PENYELENGGARA :
TERBITAN :
CETAKAN :
CETAKAN/PENERBIT :
BILANGAN MUKA SURAT :
MULA MEMBACA :
BACAAN DIHABISKAN PADA :
BILANGAN HARI :

***

TAJUK 5 : CINTA AKU SEADANYA
PENGARANG/PENYELENGGARA : MURNI AQILA
TERBITAN : KARANGKRAF
CETAKAN :
CETAKAN/PENERBIT : KARANGKRAF
BILANGAN MUKA SURAT : 501
MULA MEMBACA : 2 FEBRUARI 2011
BACAAN DIHABISKAN PADA : 5 FEBRUARI 2011
BILANGAN HARI : 3 HARI

Sunday, January 16, 2011

MESTIKAH AKU BOHONGI HATIKU

Semenjak dari pertama kali panahan wajahmu singgah dimata ini
tidak dapat aku melupakan ia walaupun dengan berkata tidak
Semakin menjauh, semakin kemari dengan penuh cinta
Harum mekarnya melewati benua asmara tanpa had sempadan
Alangkah indahnya kau di saat ini merindui aku
Kerana aku sememangnya dalam kerinduan yang suci
Tidak dapat lagi aku sembunyikan rasa cinta ini
Walaupun bilah-bilah waktu semakin patah disapu angin rindu
Namun ia gagah melawan asmara gelora di hati

Mestikah aku bohongi pada angin lalu bahawa aku rindu padanya
Atau haruskah hatiku dirundung sepi ini diterjah dengan kata-kata cinta?
Mungkinkah sang rembunan penuh mengambang akan berkata cemburu
Mestikah aku bohongi hati ini.. aku cinta pada mu sepenuh hatiku...

Kalau dapat kuhimpunkan seluruh kata-kata keramat lagi hikmat dalam kamus cinta ini
Akan ku baca kata-kata itu ulang dan ulang menjadi mentera cinta
Lalu kuutuskan padamu menjadi salam kalimah suci
Menjadi ungkapan dari naluri ini selamanya

Mestikah kau tahu.. aku tidak pernah berbohong menyatakan cinta padamu
Lalu dari lipatan itu, belik dan carilah.. kerana aku cuma ada satu.. aku ada cinta
Jangan kau uji aku dengan perpisahan, kerana biarlah kematian itu sebenar-benar perpisahan
Usah kau pinta keajaiban, kerana cintaku padamu sememangnya satu keajaiban
Andai tiada lagi bicara yang aku kirim pesan, itu petandanya jasadku berpisah dengan rohnya
Andai sudah kering air matamu menangis semua ini, itu petanda cinta ini bahagia bersamamu

Mestikah aku bohongi.. aku cinta padamu lebih dari apa yang kau tahu.....

Thursday, January 6, 2011

SEBUH KISAH SURATAN ILAHI

MEMBELEK hari-hari berlalu lantas kembali ingat pada musim-musim berlalu
Dewasa dengan kata-kata kesungguhan dari mula menyapa salam hinggalah ucapan cinta
Semuanya bagaikan izin Allah walaupun kadang-kadang teruji dengan kata rajuk dan rindu
Pasrah satu persatu menjadi surat-surat cinta yang indah diulang ingat
Catatan itu menjadi sejarah yang indah untuk dikenang
Semoga Allah memberi restu dari segala yang Dia kehendaki menjadi abadi dalam fana realiti

Kalau sukar biarlah menjadi mudah lalu menjadi cinta
Kalau dusta biarlah dilontar sejauh mungkin menjadi dinding amaran
Kalau benci biarlah dicincang menjadi debu menukar kata-kata menjadi cinta
Kalau Cinta biarlah menjadi abadi selamanya dalam sejarah asmara menjadi peneman hidupku hingga nafas terakhir.

Lalu hari demi hari melewati hampir 1460 hari pelbagai kerenah dipanggil bertandang
Namun hanya berbekalkan kesabaran, semua itu menjadi keramat nan suci
Kata benci bertukar menjadi cinta dan ungkapan tidak telah menjadi rindu
Dulu kata benci kini semakin sayang dan sukar kehilangan walaupun terlindung bayang
Malam selalu bermimpi siang kemuruman asyik merindu pada si dia
Makan bagaikan berteman dinda walaupun di depan hanya bayangan siapa
hari berlalu bagai lambat untuk menanti kisah semalam

Semuanya berkat sabar, akhirnya susun atur bagaikan kehendak rencana
kalau sukar untuk bernafas kerana rindu bertandang akan menjadi tenang bila suaramu dikirim pesan.. keramatnya suaramu
jauh bagaikan didepan mata bila suaramu ceria berbisik
dekat semakin dekat bagaikan pertemuan Adam dan Hawa bertemu di Arafah setelah berpisah diuji tuhan kerana cinta
Kesunyian berkecai bila bayanganmu bertukar menjadi realiti, bukan lagi hayalan.
Aku tidak mungkin mengkianati hatimu melainkan cintamu berubah di bawa arus
Aku tidak minta lebih daripada Allah melainkan aku pinta kau menjadi jodohku
Dan aku jugak minta yang sukar iaitu supaya pisahkan kita sekiranya kita bukan jodoh agar terhidar dari sakit hati dan diri berbalut dosa dan maksiat..

Setiap kali aku ingatkan padamu aku selalu berbicara kepada Allah supaya selamatkan kau dari sesat serta terpedaya tipu daya iblis
Aku jugak ikhlas merendah diri pada Allah seraya berkata, ampunkan dosa aku dan kau serta hadiahlah si dia dengan HIDAYAH dan jemput laa si dia sebagai tetamu istimewa di syurgaNya
Aku menangis bagaikan sungai mengalir air bersih untuk berkhidmat pada makluk
Pelbagai yang terjadi antara semua suka dan duka hingga saat bahagia dicari..

Semoga lambai 2011 menjanjikan kebahagiaan sejati
Apa jua yang bakal direncanakan, aku harap Allah tidak menjauhi diri daripada aku yang lemah ini lagi daif dan naif
Aku tidak pandai berjanji tapi.. aku akan buat apa yang patut aku buat
Sumpah aku tidak reti tapi tunggu dan lihatlah..
Semoga semuanya dibawah lindungan Allah...