Thursday, November 19, 2009

Mestikah Kau Pergi Sayang...


Dari warna-warna yang kau mainkan dapatku kutip bahawa kau dalam kerinduan. Rindu yang mula mekar dengan penuh keikhlasan. Aku suka akan warna ini walaupun tampak gelisah tetapi sukar untuk dilupakan. Senja yang bakal berlabuh tidak mungkin ada kesudahan sekiranya masih terpalit warna-warna yang suka kau mainkan. Aku adalah perindu itu.

Sebuah bahtera yang dilabuhkan pada senja ini bukan bahtera penyudah, bahkan esok dia akan berangkat pergi meninggalkan gairs-garis senja ini. Beburung masih menanti dalam sangkar cinta tetapi mencari kebebasan walaupun bahtera itu akan pergi kembali kepangkuan kekasih keluarga. Namun burung-burung itu masih menyanyikan lagu-lagu kekasih dari bisikan bayu di senja itu.

Mestikah kau pergi setelah baru ingin kau ku dampingi. Namun aku pasrah, kau harus pergi. Pergilah suatu hari nanti akanku datang jemput mu pulang seandainya kau sudi. Aku sentiasa menantimu di sini. Ukiran itu telah aku sematkan dalam "Here I waiting for You".

Pergilah, aku iringi dikau dengan doa dan harapan. Kembalikan keresahan itu dan izinkan aku campak ke lautan kasih agar harum menjadi cinta suci dan abadi. selamanya, kau dalam ingatanku...

No comments:

Post a Comment