Friday, September 18, 2009

BEST BALIK KAMPUNG.. RUGI TAK IKUT

Suatu hari di bulan Julai 2009 yang lalu, aku dan family berjalan balik cuti sekolah sambil melancong ke Negeri Trengganu. Wah, bukan main seronok lagi. Best kata orang.. Eh bukan kata orang ..tapi aku yang kata. Inilah kali pertama aku balik ke Kelantan sejak aku bertugas di Pahang.

Selalunya kalau nak balik kampung, aku suka ikut Gua Musang. Singkat dan laluan yang aku dah biasa. Tak lah asyik nak baca papan tanda aje. Bayangkan kalau balik ikut Trengganu daripada Jerantut. 2 jam setengah baru nak masuk Kuantan, sedangkan 2 jam setengah kalau ikut Gua Musang dah masuk Bandar Gua Musang. 2 Jam setengah lagi baru sampai Kuala Trengganu, tetapi kalau dari Gua Musang 2 jam setengah dah sampaipun kat Pasir Mas. Lagi jimat. Pukul berapa aku nak sampai kalau ikut Trengganu. Pahang ni luas tahu tak?
Tapi masa balik hari itu dari Jerantut ke Pasir Mas jauh juga. 2 hari baru sampai... Hehehehehe.. Almaklumlah balik kampung dan melancong. Sebab tu sampai 2 hari lamanya. Mula-mula singgah kat Kuantan. Bermalam kat Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang, (BTPN) Beserah. Anak-anak aku bukan main suka lagi. Semuanya tak duduk diam dalam kereta. Sampai kat asrama BTPN Pahang tu, apa lagi mereka buat macam rumah mereka sendiri. Nasi baik orang tak ada. Wah, bukan main lagi mereka tu. Sampai ajak tidur pun tak nak. Seronok. Last-last tidur sampai nak bangun pun susah.. Hehehehehhe...


Tapi hari kedua perjalanan hujan renyai-renyai. Selepas sarapan pagi di Batu Hitam, Beserah aku dan famili terus bertolak ke Trengganu. Bawa anak-anak ni bukan boleh main terus, ada-ada aje yang nak kena buat.. Nak kencing laa. Muntahlah.. Laparlah.. Aduh.... Sebenarnya kan.. aku yang nak kencing.. sebab sejuk aircond kereta. Lagipun hari hujan dan redup aje..

Sepanjang perjalanan aku tidaklah bosan kerana menyalan pertanyaan anak-anak kecil yang baru nak belajar. Macam-macam singgah. Maklumlah mereka baru nak belajar dan nak tahu itu dan ini.. Best bawa anak-anak berjalan ini. Perjalanan menyusuri persisiran pantai tu taklah bosan sangat kerana macam-macam boleh tengok. Anak lelaki tu sibuk nak ambil gambar. Lain kali aku kena beri dia satu kamera dan biar aje dia ambil apa sahaja termasuklah kaki.. Heheheh. Best tu memang best.

Dalam perjalanan tu aju suka sangat singgah di pantai Kemasik, Relax & Reck. Wah, sini pemandangannya memang menarik dan mempersonakan. Sempatlah tengok pantainya yang cantik dan celah-celah batu yang menarik. Aduh, damai dan mempersonakan sungguh. Kawe rasa tok ser kelih dok masa dok sini. heheheheh. Anak-anak ajak mandi.. Tapi mana boleh sebab bukan tujuan datang nak mandi. Lagi pun mak saudara sebelah arwah ibu telah beberapa kali telefon dan bertanya pukul berapa nak sampai.. Hehehehe.. aku pun malas nak mandi laut ni. Badan pasti berasa garam aje.. Ikutkan bebudak tu, emmm semua nak cuba. Pantang tengok air, semua nak turun mandi. Nak tak nak, berhenti sekejap ajelah.[ bersambung..]

No comments:

Post a Comment