Thursday, September 17, 2009

SALAM RAMDHAN

Ramadhan ini bermakna dalam hidupku kerana aku tahu kau disisiku. Aku menghargai setiap apa yang kau dah lakukan padaku. Cuma apa yang aku risau ialah diriku yang tidak dapat mengawal perasaan dan sering memarahimu. Aku tidak tahu mengapa aku terlalu sensitif terhadapmu. Mungkin kerana aku terlalu menyayangimu. Aku rasa sangat bersalah apabila kau kumarahi. Aku sedar aku tidak patut buat macam tu kepada orang yang dah mulai aku sayangi sedikit demi sedikit. Maafkan aku sekiranya tidak dapat mengawal diri..

Aku tahu, dalam perkenalan ini aku banyak membuat kau gelisah dan maaf atas kesombongan aku selama ini. Aku jujur padamu dan aku ikhlas menyayangi dan merinduimu. Aku sedar siapa aku dan tetap menghargai apa yang telah kau buktikan padaku. Maafkan aku sayang.

No comments:

Post a Comment