Tuesday, February 17, 2009

PUISI HATI SEORANG PENCINTA

Dimanakah kau bersembunyi setelah hatiku didambar rindu
Mungkin kau telah berlari tanpa memperdulikan aku terdampar menanti
Ingin sekali aku mencari damai setelah aku semakin hilang
Mungkinkah aku menangis untuk menceritakan hatiku pada ketulusan mu
Aku bukan pendusta kerana aku telah mendidik hatiku agar berkata telus
Mungkinkah kau telah jauh berlari tanpa menoleh aku lagi

Perlukah aku bisikan pada bayu-bayu itu bahawa dihatiku hanya terlukis senyummu?
Mestikah aku bercerita pada bintang-bintang hati bahawa kau ratuku?
Haruskah aku melaungkan pada segenap lurah bahawa aku cinta padamu?
Apakah perlu aku berbohong pada hatiku bahawa pada sumpah hakikat aku mengharapkan mu bertakhta sebagai ratu hatiku?
Aku tidak akan berganjak mencintaimu walaupun kau bukan dilahirkan untuk mencintai diriku.
Namun aku berhak mencintaimu walaupun pun aku tahu itu ganjil dan mustahil.

No comments:

Post a Comment