
Falsafah aku mudah, kalau ada kesudian aku sambut dengan rela, namun kalau tumbuh kebencian, daripada aku di hina lebih baik aku pergi. Aku harap hari-hari yang aku ada ini bukan kebencian yang tumbuh. Aku ikhlas, kerana aku dilahirkan bukan untuk berbohong. Kenapa harus aku membenarkan dusta menguasai diriku sedangkan aku tidak suka mendustai sesiapa pun. Kalau aku terlanjur kata, tidakkah ada ruang untuk aku memohon maaf? Besarkah dosaku pada mu sehingga aku diabaikan. Aku tidak memulakan untuk mendustai sesiapa kerana bagi ku keikhlasan itu pakaian terbaik bagiku. Aku bukan pelarian sekiranya aku tidak mampu memberi jawapan setiap persoalan yang kau wujud. Biarlah ia berlalu kerana itu terbaik daripada mencurang minyak ke dalam api yang sedang marak menyala. Kejamkah aku?
No comments:
Post a Comment