SYUKUR kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya maka aku dapat bertukar semula ke Pahang. Namun kali ini ditempatkan di Chenor, Maran. Bertolak dari rumah di Jerantut mengambil masa lebih kurang 1 Jam atau 80 km lebih. Apapun aku bersyukur pada Allah kerana sudah kembali berdekatan dengan isteri dan anak-anak.
Bertugas semula di Pahang satu pengalaman baharu yang mencabar kerana hampir 9 bulan berada di Kelantan bersama pengalaman yang begitu teruja. Namun desakan masa, keluarga dan kewangan maka kembali memohon bertugas di Pahang. Sebenarnya aku berada di Pahang sejak 1998 lagi. Apa yang penting dalam penghijrahan ini ialah keutamaan keluarga, masa dan kewangan.Semoga Allah memberi kebaikanNya di sini.
Terima kasih juga kepada orang Pahang yang baik budi dan terima kasih juga buat sahabat-sahabat yang telah sekian lama bersama dan kini kembali semula. Berhijrah ke Kelantan bukanlah satu rekaan semata-mata tetapi ada beberapa agenda yang Allah telah takdirkan. Aku sangat bersyukur di atas kemudahan yang Allah berikan sepanjang berjauhan dengan keluarga tercinta. Ada banyak pengalaman lain yang tidak mampu diceritakan di sini. Semoga ia menjadi pengajaran dan pembelajaran terbaik dalam hidup ini selamanya. Memang benar, pengalaman mendewasakan kita semua.
No comments:
Post a Comment