Meneruma jemputan ke Majlis Lambaian Aidilfitri telah menemukan beberapa orang sahabat lama. Ia sangat bermakna dan selepas ini entah bila lagi akan bertemu mesra. Pelbagai kerenah dapat diketemui dan semua itu akan menjadi kenangan selamanya. Apa yang penting dalam pertemuan ini walaupun singkat ialah, ukiran sejaraha dalam lipatan silaturahim yang abadi.
Terima kasih di atas undangan ini
dan ia pastinya menjadi sesuatu yang lupa dilupa jangan. Bertempat di
dewan besar, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang, sesungguh
telah menjadi satu ukiran sejarah yang indah untuk dikenangkan. Semoga
ia abadi selamanya dalam ingatan ini. Terima kasih kepada isteri
tercinta, Norhasimah Ismail yang sudi menemani pertemuan ini dan abang
sayang pada kamu.
Buat anak lelaki, Muhammad Imran, dah pandai ya mengambil gambar. Tahniah.
|
Terima kasih diucapkan kepada Haji Kamal di atas undangan ini. Ceria selalu dan mentadbir BTPN Pahang dengan cemerlang. Kejayaan untuk semua, untuk generasi. |
|
Penjaga pokok kelapa. Kelapa nan sebatang. Pemandangan lautan biri nan mendamaikan. |
|
Baru beli jam. Naik kereta je, tercabut habis anggota jam.. Hahahahahaha |
|
Super model in famili. Minatnya pada seni lukis mudahan diteruskan. |
|
Edisi terhad.. yang lain semua dah tercabut anggota.. Hahahahahaha |
|
Di pantai Batu Gitam, Beserah. Kenangan pada hari ini 16 Ogos 2014. |
|
Wan Zuhairi, Mantan PKG Benta, Kuala Lipis Pahang. Abang masih seperti dulu, tak tua-tua. |
Muhammad Ikhwan bersama ibunya yang tersayang.. Hadsome boy. Moga dewasa kelak menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negaranya. Tidak lupa juga yang berguna kepada keluarga tersayang.
No comments:
Post a Comment