Sunday, August 17, 2014

Kedamaian kampungku..

Sejak 16 tahun lalu aku mengembara ke Pahang, kini aku kebali bertugas di kampung halaman, di Pasir Mas, Kelantan. Sesungguhnya ia satu perkhidmatan terbaik buat aku di sini. Atas kehendak Allah jua dengan beberapa situasi, maka membawa aku bertugas di kampung halaman sendiri. Tempat ini memang banyak kenangan dan sukar dilupakan walaupun memakan masa yang panjang dan entah bila akan berakhir. Mungkin generasi aku tidak tahu semua ini walaupun dalam lipatan sejarah yang terukir ini, memerlukan sebuah pengertian yang tinggi. Semuanya seperti cepat berlalu dan akan terus berlalu.

Lambaian kasih di sambutan aidilfitri 2014


Meneruma jemputan ke Majlis Lambaian Aidilfitri telah menemukan beberapa orang sahabat lama. Ia sangat bermakna dan selepas ini entah bila lagi akan bertemu mesra. Pelbagai kerenah dapat diketemui dan semua itu akan menjadi kenangan selamanya. Apa yang penting dalam pertemuan ini walaupun singkat ialah, ukiran sejaraha dalam lipatan silaturahim yang abadi.

Terima kasih di atas undangan ini dan ia pastinya menjadi sesuatu yang lupa dilupa jangan. Bertempat di dewan besar, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang, sesungguh telah menjadi satu ukiran sejarah yang indah untuk dikenangkan. Semoga ia abadi selamanya dalam ingatan ini. Terima kasih kepada isteri tercinta, Norhasimah Ismail yang sudi menemani pertemuan ini dan abang sayang pada kamu.

Buat anak lelaki, Muhammad Imran, dah pandai ya mengambil gambar. Tahniah.

Terima kasih diucapkan kepada Haji Kamal di atas undangan ini. Ceria selalu dan mentadbir BTPN Pahang dengan cemerlang. Kejayaan untuk semua, untuk generasi.
Penjaga pokok kelapa. Kelapa nan sebatang. Pemandangan lautan biri nan mendamaikan.
Baru beli jam. Naik kereta je, tercabut habis anggota jam.. Hahahahahaha
Super model in famili. Minatnya pada seni lukis mudahan diteruskan.
Edisi terhad.. yang lain semua dah tercabut anggota.. Hahahahahaha
Di pantai Batu Gitam, Beserah. Kenangan pada hari ini 16 Ogos 2014.
Wan Zuhairi, Mantan PKG Benta, Kuala Lipis Pahang. Abang masih seperti dulu, tak tua-tua.
Muhammad Ikhwan bersama ibunya yang tersayang.. Hadsome boy. Moga dewasa kelak menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negaranya. Tidak lupa juga yang berguna kepada keluarga tersayang.

Tuesday, August 5, 2014

Update memerlukan kesenian..

Sempena hari raya yang mulia ini, baru ada kesempatan untuk update blog ini. Kesibukan agak menghalang kerja-kerja update ini. Satu perkara lagi, jika nak update ini kena serius, tak leh main-main atau buat sambil lewa. Hari ini agak padat, sampai ke petang penuh dengan aktiviti. Malam pula dah penat dan kebanyakan di habiskan dengan masa untuk rehat, tengok tv atau paling tidak teman anak-anak siapkan kerja rumah. Mudahan masa yang sibuk ini masih dapat diuruskan dengan baik. ....