Sayangku..
aku tidak pandai mengukir janji buat memenangi hatimu buat kesekian kali
bagiku aku hanya ada ketulusan..kejujuran
cintaku padamu ada tulus dan ikhlas
itulah sloganku selama ini
kekasihku
aku tidak mempunyai harta benda
mahupun wang berjuta untuk dihadiahkan kepadamu
yang aku ada hanyalah sekeping hati yang ikhlas mencintaimu
aku tidak ada kenderaan mewah melainkan apa yang kau dapat lihat
aku hanya ada aku untuk dipersembahkan kepadamu
sayangku
usah kau pinta harta benda berjuta
kerana aku tidak mampu walaupun sekelumit permata yang kau impikan
aku hanya ada sekeping hati yang tulus untuk menyintaimu
aku hanya aku.. miskin dan tak berharta
kekasih..
sekiranya itu yang kau pinta,
baik kau cari intan dan pertama itu jauh dariku
aku berjanji akan melupakanmu walaupun sukar
kerana cintaku pada mu bukan ada apa-apa
melainkan kejujuran dan keikhlasan
aku tahu, kau tidak akan mampu untuk menyintaiku dengan hanya berbekalkan cinta
cinta tidak dapat membahagiakan hidupmu
melainkan harta benda, wang berjuta
sayangku..
abaikan diriku yang miskin ini kerana aku hanya ada cinta
bukan harta benda berjuta
pastinya kelak kau akan menderita kerana cinta tidak sehebat harta benda
pulanglah.. kerana aku tidak dapat membeli mu dengan cinta, kejujuran dan keikhlasan
aku redha atas semua ini kerana aku hanya ada cinta, bukannya harta
kekasihku...
aku tidak pandai berjanji kerana apa yang kau rasakan ini.. itulah aku pada hakikat
aku harus begini, dan pergilah.. cari sesiapapun yang berharta kerana mereka juga ada cinta
kau pastinya akan menyesal kerana aku tidak dapat kalungkan mu dengan harta benda
aku cuma ada cinta.. aku cuma ada kejujuran dan aku cuma ada kasih sayang
kasih sayangku tidak dapat menandingi akan harta benda..
aku tewas dan miskin untuk menghadiahkanmu kebendaan
aku cuma ada kasih sayang..
sayangku...
aku tidak pandai menabur janji menyediakan keselesaan harta benda itu dan ini kerana mustahil untuk kukotakan apalagi untuk direalitikan...
aku cuma ingin katakan
bahawa.. aku akan menyintaimu dengan penuh hatiku
aku akan menyayangimu dalam sulit dan gembira
aku akan menyintaimu dari tulusnya hatiku yang paling dalam
aku akan membahagiakanmu dari nafas cinta ini yang tiada akan kesudahannya..
itu aje yang aku ada..
aku percaya.. kau tidak akan bahagia hanya kerana cinta semata-mata tanpa harta benda..
pergilah.. cari si dia yang ada harta kerana ia juga ada cinta..
No comments:
Post a Comment