Saturday, August 28, 2010

JANJI SEORANG KEKASIH

Sayangku..
aku tidak pandai mengukir janji buat memenangi hatimu buat kesekian kali
bagiku aku hanya ada ketulusan..kejujuran
cintaku padamu ada tulus dan ikhlas
itulah sloganku selama ini

kekasihku
aku tidak mempunyai harta benda
mahupun wang berjuta untuk dihadiahkan kepadamu
yang aku ada hanyalah sekeping hati yang ikhlas mencintaimu
aku tidak ada kenderaan mewah melainkan apa yang kau dapat lihat
aku hanya ada aku untuk dipersembahkan kepadamu

sayangku
usah kau pinta harta benda berjuta
kerana aku tidak mampu walaupun sekelumit permata yang kau impikan
aku hanya ada sekeping hati yang tulus untuk menyintaimu
aku hanya aku.. miskin dan tak berharta

kekasih..
sekiranya itu yang kau pinta,
baik kau cari intan dan pertama itu jauh dariku
aku berjanji akan melupakanmu walaupun sukar
kerana cintaku pada mu bukan ada apa-apa
melainkan kejujuran dan keikhlasan
aku tahu, kau tidak akan mampu untuk menyintaiku dengan hanya berbekalkan cinta
cinta tidak dapat membahagiakan hidupmu
melainkan harta benda, wang berjuta

sayangku..
abaikan diriku yang miskin ini kerana aku hanya ada cinta
bukan harta benda berjuta
pastinya kelak kau akan menderita kerana cinta tidak sehebat harta benda
pulanglah.. kerana aku tidak dapat membeli mu dengan cinta, kejujuran dan keikhlasan
aku redha atas semua ini kerana aku hanya ada cinta, bukannya harta

kekasihku...
aku tidak pandai berjanji kerana apa yang kau rasakan ini.. itulah aku pada hakikat
aku harus begini, dan pergilah.. cari sesiapapun yang berharta kerana mereka juga ada cinta
kau pastinya akan menyesal kerana aku tidak dapat kalungkan mu dengan harta benda
aku cuma ada cinta.. aku cuma ada kejujuran dan aku cuma ada kasih sayang
kasih sayangku tidak dapat menandingi akan harta benda..
aku tewas dan miskin untuk menghadiahkanmu kebendaan
aku cuma ada kasih sayang..

sayangku...
aku tidak pandai menabur janji menyediakan keselesaan harta benda itu dan ini kerana mustahil untuk kukotakan apalagi untuk direalitikan...
aku cuma ingin katakan
bahawa.. aku akan menyintaimu dengan penuh hatiku
aku akan menyayangimu dalam sulit dan gembira
aku akan menyintaimu dari tulusnya hatiku yang paling dalam
aku akan membahagiakanmu dari nafas cinta ini yang tiada akan kesudahannya..
itu aje yang aku ada..
aku percaya.. kau tidak akan bahagia hanya kerana cinta semata-mata tanpa harta benda..
pergilah.. cari si dia yang ada harta kerana ia juga ada cinta..

Friday, August 13, 2010

DOA RAMADHAN, SAMBUTLAH JIHAD SI DIA

Salam Ramdhan Al-Mubarak penuh berkat
Sujud padaNya setiap kali dalam dakapan syukur
Allah Azawajala Maha menerima akan kiriman doa dan rintihan
Sudilah kiranya terima jihad si gadis itu untuk sujud padamu

Aku dengan tangisan kecil memohon restumu
Dengan tangan sejuk dan lilihan air mata
agar jemputlah si gadis itu berteduh di syurgamu
Selamatkanlah setiap nafasnya menjadi kekuatan
Untuk dia mengharungi liku dan pengorbanan

Balasilah akan kesungguhan dan pengorbanannya dengan syurgamu
agar cintanya padaMu sentiasa subur dari hari ke hari
Tuhanku.. Kau lebih mengetahui dari apa yang aku tidak tahu
Tuhanku.. Berilah dia semangat untuk mendakapi Islam sebagai agama yang Engkau perakui
Tuhanku.. lapangkanlah hatinya untuk berdepan dengan kekalutan dari keluarganya
Tuhanku.. Si gadis tu telah berasa akan kewujudan Islam agama yang kau akui

Bagaikan sebuah permintaan yang didiami dalam setiap salur darahnya
Kau berikanlah kepada si gadis itu hidayah dengan..
.. menjemput si gadis itu ke dalam kebebaran
Usahlah sesatkan hatinya sebagai mana Engkau sesatkan Iblis yang sombong
Tiuplah roh cintaMu pada si gadis itu dengan kesucianMu
Kerana kau Tuhan yang aku sembah sejak kukenalimu dari alam yang kau simpanku
Oh tuhan, ampunkan dosaku dan dosa si gadis itu
Semoga si gadis itu menjadi tetaMu yang Engkau jemput dengan lafas shuhadah

Salam Ramadhan kali ini biarlah salam terakhir b uat si gadis itu dalam kegelapan
Tetapi terangilah Ramadhan akan datang dengan sinar ...
... Nur Islam yang berkelipan sepanjang hidupnya
agar dia tidak sesat lagi
kirimkan salam rindu buat ramadhan akan datang
dari titisan air mata membasuh dosa
Ya Allah .. Yang Maha Penyayang dan Maha mengasihani
Jemputlah ..sinarilah dan ampunkan si gadis itu
Ramadhan.. suci dan sunyi buatku tanpa hidayahmu.. Amin

Tuesday, August 3, 2010

Aku, dia dan lagu...

Aku.. seorang insan yang jujur dan tidak pandai berlakon
Aku.. insan yang berteduh hati di rimbunan kasih sayangmu
Aku.. kamarau rasanya bila tiadamu di sisi
Aku.. Tidak segagah si dia yang telah lama kau dampingi
Aku.. Berlari dalam kesengsaraan
Aku.. yang mencipta segala yang menyakitkan
Aku.. yang menyekat kebebasanmu
Aku.. layak menjadi PENGHIBUR
Aku.. hanyalah insan menangis dalam tangisan

Dia .. hebat
Dia .. Ada segalanya yang aku tidak ada
Dia .. yang layak menyintaimu kerana dia ada kesungguhan
Dia .. Menagih kasihmu dan aku adalah penghalang
Dia .. akan setia bersamamu selamanya
Dia .. Kemarau tidak pernah bertandang
Dia .. cintanya tulus dalam hakikat
Dia .. tidak pernah curang
Dia .. Menyayangimu selamanya
Dia.. Ada apa yang aku tidak ada..

Aku hidup hanya dalam puitisnya lagi ini

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti


Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun


Kekasih.. aku pulangkan apa yang aku pinjam dari mu selama ini
Kembali ke dalam kotak hidup
Maafkan kerana mengganggu dan meminjam hak kau selama ini.
Aku kembalikan hak mu semula ke dalam kotak hidupmu
Harap tiada yang rosak dan binasa.

Sekiranya berlaku sekelumit calar bala
Aku dengan jari sepuluh memohon kemaafan
Aku hanya hidup dalam lagu hati yang tangisannya adalah melodi..
Selamat tinggal selamanya...