Monday, July 5, 2010

Sudah Bikin tapi tak mau siap....ayaaaa

Macam kena tembakan misen gun yang ditembak secara rambang. Beginilah akhirnya setelah kerja-kerja mengumpil dan membuat lubang untuk dilekatkan kepingan mozek.


Sudah masuk hari ke sepuluh pun keadaan bililk mandi utama masih tidak siap.. Teruknya punya kerja. Macam mana aku nak guna.. Mahu buang air susah. Heheheheh..
Rupa-rupanya dalam dinding bilik mandi ini ada wayar elektrik.. Alamak.. Sangat bahaya. Masa kerja-kerja menanggalkan mozek ini pun dua kali litar pintas.. Nasib baik dua orang pekerja mereka tak "KO".. kalau tidak, berhantulah bilik mandi aku ini. Bahaya ini. Sepatutnya pihak pemaju tidak memasang elektrik melalui ruang ini.. Mahu kaya tetapi membunuh kalau berlaku kebocoran. Ini elektrik ni,, bukan api lilin...
Kerja-kerja ini memerlukan ketelitian dan ketekunan. Tapi taklah sampai 10 hari pun macam ni aje..Susah betul, kalau cakap mereka ada aje asalan. Duit mahu, kerja slow macam kura-kura.
Pekerja yang bikin bilik mandi ini memang 1Malaysia punya pekerja. Satu orang india dan seorang Cina. Tekun dan teliti tetapi tak siap-siap juga.
Kalau bikin kerja macam ni, aku sendiri pun boleh buat. Aku mahu cepat, sebab bila tanya taukey dia cakap, dua hari lagi boleh siap. Last, 10 hari lagi pun belum tentu boleh siap. Aku pun pecat ini tukang mozek tapi bayar tetap tak kurang RM1145.00 tunai....

Akhirnya projek ubahsuai bilik air siap dengan kos tambahan RM400. Aku begitu bersyukur dapat menyelesaikan masa bilik air yang dah hampir 2 tahun bocor hingga kayu bumbung garaj hadapan reput..
Bililk ini tidak mempunyai konsep apa-apapun. Apa yang penting sekarang ialah membaiki kebocoran yang berlaku. Daripada apa yang berlaku dapat aku buat kesimpulan barang siapa membeli rumah 2 tingkat haruslah fokus kepada bilik air.. Kalau ada duit terus minta pemaju buat bilik air dengan baik seperti menambah lantai kalis air, menyemak sistem paip air dan memasang mozek dengan betul. Usah berkira pasal kos tambahan kerana apabila dah siap nak buka balik kosnya menjadi 3 kali ganda. Misalnya kes aku ini membuka mozek dan selenggara RM480... Pasang balik semula gam atau lantai kalis air RM380 .. Upah RM550.. beli mozek RM900 .. pasang paip itu dan ini RM300.. Sinki baru RM180.. Tandas duduk baru RM280 yang tahan dan lain-lain RM100.. Campur tolak bahagi... RM3170.. sedangkan masa dalam pembinaan mungkin tidak sampai RM500.. Fikirlah..
Dulu dalam bilik air ini tidak ada meja. Susah betul nak letak barang-barang seperti sabun, berus gigi dan sebagainya. Sekarang dengan pembinaan meja ini memudahkan dan selesa.
Ruang bilik air di bilik tidur utama memang luas dan sesuai untuk membina meja. Sepatutnya kontaktor telah membina meja macam ini untuk kemudahan.
Bawah daripada 5 kaki dipasang title hitam dan atas pula title putih.. Kombinasi hitam putih menjadikan bilik air ini cantik dan menarik.
Dengan pilihan kos title dalam RM1.20 atau lebih digabungkan dengan warna lain, ia sudah cukup menarik. Ruang yang sempit cukuplah dengan pilihan corak sederhana.

No comments:

Post a Comment