Tuesday, October 27, 2009

Mestikah Aku Begini..

Aku tidak tahu bagaimana hendak memulakan tentang sebuah memori yang aku ingin kau tahu bahawa aku sudah lama sayang pada mu lebih daripada apa yang kau harapkan. Barangkali aku terlalu mementingkan diri sendiri untuk menyatakan bahawa kau amat ku sayangi. Tanpamu aku rasa seperti hilang segalanya. Aku mulai sedar, aku tidak mampu untuk hidup sendirian tanpamu. Salahkah kalau aku menyatakan pada seluruh alam ini bahawa kau amatku cintai selama ini. Kalaulah aku mempunyai kuasa yang hebat, nescaya akanku lontarkan pada alam semesta ini bahawa aku cinta padamu sehingga berakhinnya hanyatku ini. Kalaulah aku mempunyai segalanya yang hebat, inginku tawan hatimu lalu menjadikan kau ratu hatiku selamanya. Kalaulah aku hartawan, nescaya seluruh kekayaan yang aku ada akan kuabdikan padamu. Namun aku hanya ada kejujuran yang tidak mampu untuk menawan hatimu.

Sayang,
Kalau hari ini aku berbohong padamu tentang rasa sayang ini, semestinya seluruh alam akan murka padaku. Sejujurnya aku menyatakan bahawa aku cinta padamu dari tulus hati ini dan segalanya telahku titiskan pada puisi-puisi yang telah ku kirimkan padamu. Bait-bait katanya adalah hatiku. Segalanya ada dalam untai kasih puisiku yang telah kupersembahkan padamu. Semuanya bukan dusta lagi, bukan rahsia lagi dan menjadi nyata dan segalanya untukmu.

Kekasih,
Izinkan aku menyebut namamu walaupun dalam hati ini. Kau tahukan, setiap saat aku merinduimu tak kala aku kesunyiaan dan walau dalam tawaku. Aku tidak berdaya menolak segala yang hadir dalam mindaku tentangmu.. Senyummu.. bibirmu.. matamu.. tawamu dan tuturmu membuatkan malam dan siangku seakan tidak pernah wujud. Kalaulah aku dapat menyentuhi jari jemarimu dalam hening sunyi ini aku rasa akan kau mengetahui betapa aku hargai setiap ukiran senyum yang kau persembahkan itu. Kalau bertandang seorang bidadari dari kayangan lantas menyapaku, nescara tidak akan ku hendahkan bidadari itu. Hanya kau yang aku inginkan dari sumpah hati yang telahpun tertulis namamu.

Gadisku,
Kalau kau masih ingat jari jemarimu yang aku genggam lewat senja lalu pastinya kau dapat rasakan betapa dalamnya cintaku padamu. Aku hargai kejujuranmu menyambut tanganku dan membenarkan aku menganggam jari jemarimu. Pastinya waktu itukau tidak akan lepaskan sepanjang pertemuan itu kerana itu bukan sentuhan biasa tetapi sentuhan hikmah dan keramat. Tetapi kau tidak menghayatinya dan merasakan waktu itu aku mengambil kesempatan atas dirimu yang tidak berdaya. Maafkan aku gadisku. Biar dapat kau rasakan bahawa aku sangat memerlukan mu di saat itu walaupun kau hanya menolak kerana tidak memahami hatiku dan perasaan aku waktu itu. Bagiku segalanya telah ku luahkan melalui sentuhan itu. Terpulang padamu untuk menyatakan segalanya. Kejujuran ku padamu telah diuntaikan dalam sentuhan itu. Aku dapat rasakan jari jemarimu begitu kehilangan kepercayaan. Namum bagiku, aku serah segalanya.

Sayang,
Bukan senang untuk melafaskan kata-kata cinta tanpa kepercayaan. Telah ku fikirkan dari segalanya perasaan yang ku himpunkan selama ini bawah aku harus lafaskan aku cinta padamu. Kalau ia mewujukan rasa benci di hatimu, luahkan.. aku ingin mendengarnya agar aku tahu bahawa selama ini kau membenci aku. Kalau kau sayang dan cinta padaku, katakan.. supaya kata-katamu bukan lagi sebuah dusta dan kebencian. Kalau kata-katamu akhirnya adalah dusta, maka selama ini aku menelan racun berbisa yang hanya tunggu untuk diresapi dalam sukma gelisah ini... Aku tidak mahu mati kecuali mati dipangkuan mu atau sewaktu kau berada di sisku. Agar dapat kubisikan padamu dengan nafas terakhirku bahawa aku cintamu hingga hujung nafas ini.. Izinkan aku menyapu air matmu waktu itu dengan lafas cinta terkhir ini agar pemergian ku tenang dan aman.. sayangku, aku ingin disismu selamanya.

No comments:

Post a Comment