Tuesday, October 27, 2009

Mestikah Aku Begini..

Aku tidak tahu bagaimana hendak memulakan tentang sebuah memori yang aku ingin kau tahu bahawa aku sudah lama sayang pada mu lebih daripada apa yang kau harapkan. Barangkali aku terlalu mementingkan diri sendiri untuk menyatakan bahawa kau amat ku sayangi. Tanpamu aku rasa seperti hilang segalanya. Aku mulai sedar, aku tidak mampu untuk hidup sendirian tanpamu. Salahkah kalau aku menyatakan pada seluruh alam ini bahawa kau amatku cintai selama ini. Kalaulah aku mempunyai kuasa yang hebat, nescaya akanku lontarkan pada alam semesta ini bahawa aku cinta padamu sehingga berakhinnya hanyatku ini. Kalaulah aku mempunyai segalanya yang hebat, inginku tawan hatimu lalu menjadikan kau ratu hatiku selamanya. Kalaulah aku hartawan, nescaya seluruh kekayaan yang aku ada akan kuabdikan padamu. Namun aku hanya ada kejujuran yang tidak mampu untuk menawan hatimu.

Sayang,
Kalau hari ini aku berbohong padamu tentang rasa sayang ini, semestinya seluruh alam akan murka padaku. Sejujurnya aku menyatakan bahawa aku cinta padamu dari tulus hati ini dan segalanya telahku titiskan pada puisi-puisi yang telah ku kirimkan padamu. Bait-bait katanya adalah hatiku. Segalanya ada dalam untai kasih puisiku yang telah kupersembahkan padamu. Semuanya bukan dusta lagi, bukan rahsia lagi dan menjadi nyata dan segalanya untukmu.

Kekasih,
Izinkan aku menyebut namamu walaupun dalam hati ini. Kau tahukan, setiap saat aku merinduimu tak kala aku kesunyiaan dan walau dalam tawaku. Aku tidak berdaya menolak segala yang hadir dalam mindaku tentangmu.. Senyummu.. bibirmu.. matamu.. tawamu dan tuturmu membuatkan malam dan siangku seakan tidak pernah wujud. Kalaulah aku dapat menyentuhi jari jemarimu dalam hening sunyi ini aku rasa akan kau mengetahui betapa aku hargai setiap ukiran senyum yang kau persembahkan itu. Kalau bertandang seorang bidadari dari kayangan lantas menyapaku, nescara tidak akan ku hendahkan bidadari itu. Hanya kau yang aku inginkan dari sumpah hati yang telahpun tertulis namamu.

Gadisku,
Kalau kau masih ingat jari jemarimu yang aku genggam lewat senja lalu pastinya kau dapat rasakan betapa dalamnya cintaku padamu. Aku hargai kejujuranmu menyambut tanganku dan membenarkan aku menganggam jari jemarimu. Pastinya waktu itukau tidak akan lepaskan sepanjang pertemuan itu kerana itu bukan sentuhan biasa tetapi sentuhan hikmah dan keramat. Tetapi kau tidak menghayatinya dan merasakan waktu itu aku mengambil kesempatan atas dirimu yang tidak berdaya. Maafkan aku gadisku. Biar dapat kau rasakan bahawa aku sangat memerlukan mu di saat itu walaupun kau hanya menolak kerana tidak memahami hatiku dan perasaan aku waktu itu. Bagiku segalanya telah ku luahkan melalui sentuhan itu. Terpulang padamu untuk menyatakan segalanya. Kejujuran ku padamu telah diuntaikan dalam sentuhan itu. Aku dapat rasakan jari jemarimu begitu kehilangan kepercayaan. Namum bagiku, aku serah segalanya.

Sayang,
Bukan senang untuk melafaskan kata-kata cinta tanpa kepercayaan. Telah ku fikirkan dari segalanya perasaan yang ku himpunkan selama ini bawah aku harus lafaskan aku cinta padamu. Kalau ia mewujukan rasa benci di hatimu, luahkan.. aku ingin mendengarnya agar aku tahu bahawa selama ini kau membenci aku. Kalau kau sayang dan cinta padaku, katakan.. supaya kata-katamu bukan lagi sebuah dusta dan kebencian. Kalau kata-katamu akhirnya adalah dusta, maka selama ini aku menelan racun berbisa yang hanya tunggu untuk diresapi dalam sukma gelisah ini... Aku tidak mahu mati kecuali mati dipangkuan mu atau sewaktu kau berada di sisku. Agar dapat kubisikan padamu dengan nafas terakhirku bahawa aku cintamu hingga hujung nafas ini.. Izinkan aku menyapu air matmu waktu itu dengan lafas cinta terkhir ini agar pemergian ku tenang dan aman.. sayangku, aku ingin disismu selamanya.

Sunday, October 25, 2009

Aku mengukur diri

Setiap kali benak fikiranku dimainkan
akan terbayang kenangan manis bersamamu
aku tahu aku tidak layak dicintai
tetapi aku hargai aku disayangi
biarpun aku hanya mencintai dalam diri sendiri
namun kau harus tahu
aku cintakan mu
dari setulus hatiku
tidak mungkin aku dusta
walaupun kau tahu aku telah berpunya
namun cintaku padamu cinta sejati
kalau aku pendusta
telah lama ku pergi jauh darimu
kalau aku pengkhianat, nescaya kau mangsa ku

aku tidak mampu mendustaimu
sebab itu aku selalu lafaskan
supaya kau tahu
aku jujur dengan kata-kataku
kalau aku pendusta
jauhilah dirimu daripada aku
supaya kau cari siapa mencintaimu setulus hatimu
aku bukan pengkhianat cinta
kerana aku tidak pernah mengambil kesempatan atas kelemahanmu
aku adalah aku
dan aku sentiasa menerima mu dalam hati
walaupun kau tidak tahu
aku tiadak kata untuk dijaja
aku tiada nista untuk dimaki
kau ada kekasihku
namun dalam hatiku sahaja
kerana kau tidak percaya
dan mengganggap aku
Insan yang pelik dan jelik

salah aku menyintaimu
sedangkan kau tahu aku bersungguh
apa lagi yang aku harus lakukan
untuk menawan hatimu?
salahkah aku mencintaimu?

Wednesday, October 14, 2009

PENAWAR RINDU

Penawar rindu padamu seorang
Kenapa selalu semangatku dikau puja
Penawar rindu padamu seorang
Resah tak sanggup menanggung di jiwa
Salah tak tahu kasih bermula
Bermula
Peristiwa, dalam ingatan
Kasih tercipta
Penawar rindu padamu seorang
Senyuman kuberi sungguh bermakna
Tetapi sayang kau tak ketahui
Tak ketahui
Hingga ku merana, merajuk hati
Membawa diri
Penawar rindu padamu seorang
Kenapa selalu semangatku dikau puja
Penawar rindu padamu seorang

http://www.imeem.com/kamalkzaman/music/y7pG1-Lv/lagu-melayu-penawar-rindu/

Tuesday, October 13, 2009

SEBUAH KEBOSANAN

Hujan.. turunlah kau membasahi bumi yang tandus lagi gersang
agar tumbuhlah kasih sayang pada pephonan, rerumput dan menyegarkan bumi dengan tuahmu

Alangkah bosannya hidup ini atas ungkapan sayang.. rindu dan gelisahmu
tapi tak ada pengerti yang indah dari itu
hanya sebuah kebosanan
dari hari ke hari hanyalah kebosanan
kebosanan yang membunuh seluruh jiwa ini
dari hati yang sudah sedih dan pilu
tiada kiriman rindu mu yang dapat mengubati hati ini
hanya sebuah kepiluan bertambah gersang dan sakit
itulah sebuah kebosanan

SUATU HARI DI HARI RAYA

RAYA sebenarnya memang indah dan sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Ia amat bermakna kepada kita semua terutamanya bagi meraikan kemenangan dalam ibadah puasa. Bagi anak-anak kecil, ia memang suatu yang dinanti-nantikan. Bagi suami dan isteri tidak lain lebih gembira apabila melihat anak-anak seronok beraya, menggayakan baju baru dan bersuka ria. Maklumlah nak berseronak dan bersuka ria macam anak-anak bukan perkara yang dah boleh dilakukan lagi.

Kemeriahan ini memang tidak dapat dinafikan. Apa yang duka dan kecewa tidak diingati lagi. Kegembiraan harus diraikan supaya ia tampak sejahtera dan tenteram. Kali ini beraya bukan suatu yang merisaukan lagi.

Anak-anak yang comel, isteri yang jelita dihari raya menyebabkan kita lupa yang kita ada masalah. Rayalah lebih penting dari segalanya. Tanpa raya rasanya ada sesuatu yang kurang lengkap dalam hidup ini. Kesukaran pasti ada dan apa yang paling tidak seronok ialah keriangan hari raya bukan lagi perkara penting kalau melayan hati yang gelisah. Justeru. raikan hari raya dengan suasana yang gembira dan sambutlah hari raya dengan penuh keinsafan.

Kunjung mengunjung amalan yang perlu dikekalkan. Ia merupakan budaya kita sejak dahulu lagi. Apa kata kita sebagai generasi ini, terus menerus menyambung tradisi yang molek ini. Tanpa amalan ini, kita akan jadi bangsa yang suka mementingkan diri sendiri dan tidak bersatu padu. Mulakan dengan jiran tetangga dan sanak saudara terdekat. Lepas itu barulah meneruskan kepada taulan yang jauh dan dekat. Semoga amalan ini kekal abadi.

Sunday, October 11, 2009

ADA KEMARAU DALAM RINDUMU

Aku tahu, rindumu bukan dusta
Tapi ada kemarau dalam rindumu
Kalau bagaikan lalang.. pendirianmu goyang
Kau bisa lari tapi kau tidak mahu lari
Kau boleh merangkak tapi kau kejam pada diri sendiri

Kalau aku dahan yang kau nak berpaut
Sudah lama dahan ini patah kerana dalam matamu ada rindu
tetapi ada kemarau dalam rindumu
Aku bukan hujan mahupun sungaimu
Tapi aku adalah aku sepajang lewat musim kemarau mu