Wednesday, June 10, 2009

Surat Untuk Kekasih

Wahai Sang Ratu...
Seandainya di kala ini kau dapat membaca isi hatiku, pastinya kau akan tahu yang aku kini sedang merindumu dari sepenuh hatiku. Aku tahu aku tidak layak untuk merinduimu dari kehidupan damaimu kerana aku cumanya hamba abdi yang berbeza jauh dengan Sang Ratu seperti mu. Aku sedar akan hakikat ini kerana telah lama aku menilai diri ini yang hanya layak meluahkan kata-kata rinduku pada pena yang gelisah dari hati yang basah dengan tangisan. Aku mengukur diri sejak aku mengenalimu. Tidak mungkin seorang hamba abdi dapat menyatakan rasa rindu dan cinta ini pada Sang Ratu sepertimu. Apa yang aku hanya boleh aku luahkan ialah pada helai-helai kertas dan bait-bait puisi hina ini. Izinkan aku berkata dalam hati ini yang aku rindu pada mu walaupu aku sedar aku hamba yang hina dina.

Sang Ratu...
Sekian lama untuk ku berkata aku rindu tapi rasanya rindu itu sekadar di angin lalu. Aku bisikan rindu ini pada mu pada laut, pada burung camar, pada lampaian kelapa di pantai itu dan aku bisikan rindu ku ini pada mu hanya pada pulau-pulau yang tenang menanti badai.

Bisikan keramatmu adalah igauan bodah bagiku. Jiwaku melayan disambar angin cinta. Tetapi aku cumalah penghibur bagimu. Aku tidak layak menjadi yang penting bagimu.

Aku sedar aku..
Cumalah penghibur di kala kau kesepian
Bila hatimu bertauk resah, kau cari aku untuk meluahkan kegelisahan
Waktu itu aku setia untuk mendegarnya kerana aku tak sanggup menambah kegelisahan mu
Aku cuma ingin membantu mu keluar dari keresahan dengan hati yang jujur kerana hanya itu sahaja yang aku ada.. Kejujuran.
Namun setelah kau bahagia, kau akan terus pergi tanpa mengucapkan kata-kata saktimu
Dan akan kembali lagi padaku untuk menyatakan keresahanmu lagi dan lagi
Dari itu aku sudah mula mengetahui.. aku hanyalah penghibur buat mu.. terima kasih....

No comments:

Post a Comment