Thursday, October 14, 2010

HARUSKAH AKU ULANGI

Tidak kuinginkan sekelumitpun harga bendamu
kerana semua itu dapatku kutip walaupun dengan air mata
tidak ku harapkan secebis senyum sendir mu
kerana dapatku baca akan isi hatimu
tidak ku pinta akan wang ringgitmu
kerana aku tahu itu hartamu
tidak layak untuk aku sentuh apalagi untuk menyebutnya

sekiranya kau katakan kau ikhlas buat untukku
nescaya aku lari dari membicaranya
walaupun aku miskin harta
tetapi aku kaya dengan maruah dan harga diri

tidakku pinta segalanya
melainkan cinta yang tulus dan ikhlas darimu
perlukan aku ulangi?
bahawa aku bukan penghibur
aku bukan penagih harta bendamu
tidak sedikitpun ku inginkan kata-kata dustamu
HARUSKAH AKU ULANGI?

kalau diberi tawaran
nescaya aku pilih hatimu
itupun kalau hatimu suci buatku..
haruskah aku ulangi semuanya????

No comments:

Post a Comment