Sejak senja berlabuh menjadi sepi
Namun dapat kurasakan akan rindumu padaku
Kerana disaat ini..aku jua merinduimu tanpa dapat kubendung lagi
semakin hari semakin rindu.. semakin tidak bermaya hanya sabar membentingi waktu
Dalam pelukan malam yang bertemankan cengkerik dan nyayian katak
aku semakin tidak keharuan membujuk hati agar jangan rindu
namun semakin cuba kulontar jauh.. semakin dekat ia bertandang
tanpaku sedari.. air mata jatuh bagaikan faham bahawa aku tidak dapat menahannya
gugur lalu disapu angin malam yang sayu
membuatkan aku selamanya menjadi rindu
pasrah pada tuhan bahawa cuma sehari lagi
sehari lagi selepas kau lafaskan kalimah suci
menjadi pegangan hidupmu selamanya...
sayangku.. aku tidak pandai berjanji
kerana takut dimamah janji
aku tidak pandai menabur cinta
kerana aku takut ia menjadi dusta
apa yang aku tahu ialah
menyintaimu setiap saat
merinduimu setiap hembusan nafasku
dan.. dalam hatiku hanyalah ada kamu
setiap renunganku terlintas bayangamu
kalau malam menjadi sunyi
sunyi lagi isi hati tanpa dirimu
kalau siang menjadi girang
girang lagi hatiku bila kau di depan mataku
kalau indah suria pagi
indah lagi pancaran ukiran senyumamu
oh tuhan.. sehari lagi..
sabarkah aku tanpa pertolonganmu
oh tuhan.. aku cinta dirinya lebih dari segala yang aku tahu
Dari segala yang aku ada
dari segala pencinta asmara di dunia ini
ohhhhhhhhhhhhhhhhhhh tuhan.. ampunkan aku
Hanya sehari lagi..itu bisikanku membujuk agar sabar
walaupun sehari kurasakan bagaikan setahun
seminit tak berkata bicara.. seperti lesu seluruh malam bisu ini...
hanya satu.. kau yang kunantikan dengan kalimat
HANYA SEHARI LAGI....
No comments:
Post a Comment