Kalau selama ini hidupmu seperti dalam kotak
Sempit dan hanya melihat dari kaca mata bukan dari hati
dan semuanya kelam dalam terang
dari sejengkal langkah yang kau aturkan
masih tidak ketemui jalan-jalan tuhan sediakan
sesat dalam nyata
lemas dalam kemarau
tercari-cari sedangkan syaitan temanmu
bangkitlah dari pendoman yang Allah tentukan
kerana di sini menanti rahmatNya yang tidak terhitung
Ukirkan senyummu
Kerana Allah suka akan kecantikan
Tiada bandingan dalam sebutan
Melainkan datang dari ketulusan hatimu yang paling syukur
Selamat datang ke gerbang ilahi.. kerana dia yang jemputmu
Ucaplah syukur..kerana Allah yang tunjukan jalanmu
Ukirlah senyuman.. ukirlah wadah cintamu
Allah kekasih abadi buat dicintai
Muhammad penyuluh jalan kegelapan insani
Syukurlah kau sudah dihidayahkan tuhan
semoga jalan-jalanmu tiada lagi kekusutan
Ukirlah senyuman dari setiap kesyukuran.....
aku menantimu
dengan lafaz cinta
dari nafas rindu
akan bawa tanganmu
dengan ukiran senyummu....
No comments:
Post a Comment