Wednesday, September 1, 2010

DI SINI AKU MENANTI

sayangku...
tiada dusta dalam ungkapan ini.. aku setia menanti
hari bahagia telah dipatri dengan izin tuhan
agar dapatku tunaikan hajat mu
bersama denganku dalam ikatan janji tersusun rapi

sayangku..
kalau kau sudi bersusah dan payah dalam nyata ini
aku tidak hairan akan gentar yang terhukum
aku menanti saat itu
bersama dalam erat tanganmu kugenggam..

kekasihku...
biar apapun juga terpaksa aku depani
selagi ada sudi, selalgi itu ada pengorbananku
kerana.. aku cuma ada kejujuran
biarpun direntangi dengan tomahan dan kejian

kekasihku..
kalau kemarau yang aku hadapi
serimilah aku dengan kasih sayangmu
nescara akan suburlah seluruh hati yang berbunga ini
dengan kata-kata cinta nan sakti

kau ilhamku..
kalau perlu aku tukar akan semua ini kerana mu
akanku lakukan demi Allah yang Maha mengetahui
sekiranya ribut membadai bahtera ini
berkecai menjadi serpihan
akanku kutip semula
mencantum menjadi cinta abadi
kerana bagiku tidaklah sehebat mana akan pengorbananku
kalau hendak dibanding suratkan akan pengorbananmu itu.

aku sedar akan sedikit dari pengorbananku buat mu
kalau hendak dinilai dari pengorbananmu
sujud pada Allah Maha Mencipta
takut pada ancaman Neraka Allah yang maha azab
Setiap air matamu yang mengalir
setiap itu dosamu menjadi cari dan bersih
Apakah sombong untukku terima mu sedangkan kau buat pengorbanan?

Sayangku..
Aku menjemputmu dengan kalimah
Lailahaillalah..Muhammadulrasulullah...
Jadilah kau kekasih ku selamanya dalam ikatan suci
Aku akan menantimu pada saat kau dilahirkan hingga kau kembali ke Allah...

Aku di sini menantimu dalam penuh kata suci
dari kalimah azali.. aminnnnnnnnnnn

No comments:

Post a Comment