Salam cinta dipersada ini
Gemuruh melanda bukan ketakutan
Tetapi cinta menyapa menjadi realiti
Selalu gembira tetapi tidak tahu hujungnya bagaimana
Cinta ini buat sang pencinta dari rimba bertukar menjadi taman
Dari ketakutan menjadi rindu dendam
Semungkin jauh tetapi dekat dalam mimpi
Makan tidur dan segalanya bagaikan tiada tentu
sekali makan bertahun lamanya kenyang
Dari kayangan datangnya cinta
walaupun datang cinta dalam azimat keramat
cinta itu tetap ada selamanya
Andai aku tiada, cintaku masih ada
Andai aku hilang, cintaku tidak mungkin pergi jauh
Oh asmara, datanglah walaupun dalam malam remang rembulan
Aku tahu malam cepat berlabuh
aku tahu mentari cepat berlalu
kerana, cemburu akan cinta kami
bersatu dalam dakapan usia
walaupun dimamah, tetapi cinta kami sentiasa muda dan gagah
Kalau cinta ini bagaikan lautan, yang ada surut pasangnya
Kalau cinta ini bagaikan segunung intan permata berharga
namun cinta aku pada mu wahai gadis bermata ayu hampir tertutup
dan ia akan mengatasi segalanya yang aku ada
Bacalah ulikan rindu ini agar sentiasa segar dalam cintamu
walaupun malam semakin memeluki rindu ini.
Demi cinta ini, tiada sumpah atau janji
yang ada hanya kebenaran yang telah dikotakan
agar ada rasa cinta membara
terus membara hingga tamat nyawa mu nyawaku.
Sayang.. aku cinta pada mu dari seluruh apa yang kau tahu
Ku berdoa pada Allah agar cinta ini dibawa ke syurga
agar dapatku nikmati kasih sayangmu di sana
secara kekal dan abadi
sayang.. aku sayang pada mu
dari seluruh apa yang kau tahu
dari segala apa yang aku ada.
sumpah, aku cinta pada mu..
MCK
Chenor
11JUN2018