Thursday, June 1, 2017

KISAH SEORANG KEKASIH

PERTAMA

SEDANG  aku berangan bagaimana cara untuk menghubungi si dia yang cantik itu, tetiba telefon bimbit  aku bergegar di dalam poket seluar. Ada pesanan masuk agaknya. Lantas dek kerana aku tidak tahu nak buat apa, aku cepat-cepat melihat paparan skrin telefon itu. Bayangan tentang gadis Cina itu masih bermain-main di minda ini walaupun terasa kemarau dalam dakapan sejuk penghawa dingin bas yang hampir membeku jasa ini.
“Ah, siapa pula ni, nombor ini tiada dalam simpanan  dalam telefon aku.” Bentak hatiku seperti tidak berminat dengan situasi itu. Namun dek kerana ia sms, maka aku cuba membuka dan membaca. Barangkali nombor yang nak iklan sesuatu. Lagipun pandanganku hambar sahaja menjenguk keluar jendela bas sambil memerhati pemandangan. Bas bergerak laju menuju destinasi balik dari melawat beberapa lokasi di sekitar kedah. Ia menuju ke Perlis dalam destinasi terakhir  pada hari ini.
Dengan rasa malas, aku menekan menu paparan sms. Membaca ayat-ayat sms itu hatiku menjadi lekas teruja.
 “ Alamak, Ya Allah, macam mana dia boleh dapat nombor aku ini? Macam dia tahu-tahu sahaja yang aku sedang berangan-angan tentang dia sejak semalam lagi ini ! Ya Allah, Alhamdullih.” Bisik hatiku dalam nada teruja.  Bas terus bergerak tanpa memahami perasaan hati ini terhadap gadis Cina yang montel dan berkulit gebu itu. Hatiku dan perasaan ini mula bercampur aduk antara gembira, tidak percaya dan mula menguasai kalbu ini. Segala dan semuanya menjadi tidak menentu.
Situasi kemarau tadi telah bertukar menjadi sejuk dan entah mengapa aku mulai segera berasa seperti sudah seminggu demam. Sejuk dan kedang-kadang  itu menjadi pening. Adakah aku dah mulai mabuk alunan bas atau apakah ini namanya demam cinta?
Ah, mana mungkin aku demam! Tadi ok je. Pelik.” Aku cuba meletak belakang tanganku di dahi untuk memastikan sama ada aku demam atau tidak. Rasanya tidak ada masalah kesihatan. Bas terus melucur laju membawa destinasi cinta. Peluang semakin direstui.   

BERSAMBUNG…

SEGALA DAN SEMUANYA

Saat itu telah dimakbulkan
dalam dakapan dan perhubungan cinta
segala dan semuanya
telah ditakdirkan bersama
menjalin cinta dalam sukar, suka dan duka

Berkat sabar dan pertolongan daripada Allah
tiada halangan tidak dapat dipintas
namun tiada tumbuh di dalam hati
sekelumit pun riak membara mahupun berbenih
cinta ini menjadi bukti dan tanda Allah bersama orang-orang yang sabar

Tiada jalan mudah untuk bahagia melainkan titisan pertolongan Allah
tiada gentar melainkan ketakutan dan tiada berani
tiada derita tidak membaluti seandainya selimut sabar koyak kerana tidak sabar
segala dan semuanya ada jalan kebaikan dari ujian dari Pencipta
semoga takdir bertambah baik agar asmara dapat berputik
bagaikan kasih adam dan hawa
bagaikan kekasih rindukan kekasih

sejahtera dalam lipatan kemarau cinta
dalam suasana cinta yang membara
maka jangan lupa Pencipta yang penuh kasih sayang
dengan tangan yang lemah ini kupohonkan agar
segala dan semuanya.. menjadi realiti bahagia selamanya
hingga datang dijemput pergi .. bertemu kembali di jannah yang abadi..