Thursday, October 1, 2015

Catatan perjalanan dari rumah ke tempat kerja

Laluan Pertama
Taman Kelisa Emas + Rumpun Makmur + Jengka 18 + Kg. Awah + PKG Chenor = 80.2 km

Laluan Kedua
Taman Kelisa Emas + Simpang Jengka 8 + Bandar Jengka + Kg. Awah + PKG Chenor = 78.7km

Laluan Ke tiga
Taman Kelisa Emas + Kuala Krau + LPT Exit Temerloh + LPT Exit Chenor + Kg. Awah + PKG Chenor = 85.9km

Laluan Keempat
Taman Kelisa Emas + Kuala Krau + Simpang Sri Kemuning + Jln Maran - Kuantan + PKG Chenor =

Laluan Kelima
Taman Kelisa Emas + Simpang Jengka 8 + Kilang Jengka 8 + Jengka 13 + jengka 21 + simpang Jengka 18 + Kg. Awah + PKG Chenor =82.5km

Lalauan Keenam
Taman Kelisa Emas + Kuala Krau + Laluan Alternetif  Bangau + Sri Malaysia Temerloh + Jalan Maran + Kuantan + Kg. Awah + PKG Chenor =

Laluam ke Tujuh
Taman kelisa Emas + simpang Jengka 8 + Bandar Jengka + Simpan Jengka 2, Ulu Jempol + Simpang Bukit Tajau/Chendong Jaya + Jalan Kuantan-Maran + Simpang Chenor + PKG Chenor = 92.2km

Laluan Kelapan
Taman Kelisa Emas + Simpang Jengka 8 + Bandar Jengka + Ulu Jempol/Jengka 2 + Sungai Jerik+ Bandar Maran + Jalan Maran-Temerloh + Simpang Chenor + PKG Chenor =

Wednesday, January 14, 2015

Kenangan terukir di jiwa.


Tanggal 22 Disember 2015 di kampung Becah Landak, Pasir Mas Kelantan. Muhammad Imran (Baju Hijau), Nurul Dalilah (Bertudung Merah) dan Muhammad Ikhwan, paling kecil. Balik kampung di Pasir Mas sambil melawat ayah.

Realiti Banjir di Kelantan 2014 sama dengan Johor suatu masa dahulu..

21 Disember 2014- Sehari selepas banjir gelombang kedua melanda pantai timur, sempat balik ke Kelantan, kerana ada majlis pertukaran. Air masih melintas jalan terutamanya di kawasan Pasir Mas. Biasalah jalan lama Rantau Panjang memang lambat surut. Hujanpun sesekali lebat dan berhenti. 

Mengambil kesempatan itu, aku keluar berjalan-jalan sambil bawa anak-anak melihat air. Suasana tenang dan tiada tanda akan kembali melanda gelombang kedua. Namun pagi 22 Disember, hujan menjadi lebat dan sangat membimbangkan. Lalu au berkata yang hujan ini akan membawa banjir lagi dan besar. Ini berdasarkan kepada pengalaman hari pertama semasa banjir besar di Johor. Masa tu suasana seperti yang dialami itu. Bayangkan masa sampai di bandar Kluang sempat lagi ronda-ronda. Tapi malam tu hujan tak henti-henti dan terus menyebabkan banjir di hampir seluruh Johor. Wah, begitulah situasi pada hari ini.

Singgah sekejap di rumah kakak di Chiku 3, lalu beritahu kakak yang tidak boleh tunggu lama sebab mungkin tak lepas keluar. Memang  benar telahan ku, selepas solat zohor dan jamak asar, terus bergegas pulang. Semasa melewati Bandar Gua Musang, sudah nampak tanda-tanda air akan membanjiri kawasan bandar. 

Meneruskan perjalanan dan akhirnya hampir terperangkap di Merapoh, iaitu berhampiran sekolah kebangsaan Merapoh apabila air melimpahi jalan dan hanya laluan sebelah sahaja dibuka. Selepas itu mendapat berita bahawa sejam selepas itu, laluan itu terus ditutup kepada semua jenis kenderaan. Syukurlah boleh lalui dan selamat sampai di Jerantut.

Malam 23 Disember mendengar berita didapati bahawa Kelantan di landa bah besar terutamanya di Gua Musang dan Kuala Krai. Entah apa lagi terjadi kerana sewaktu balik pada 22 Disember petang, tiada apa-apa tanda aan banjir. Suasa dan cuaca pun tidaklah menunjukkan ia akan banjir. Sempatlah juga membeli petai di simpang ke Dabong kerana di situ banyak gerai-gerai menjual petai. 

Tapi apakan daya, semuanya sudah ditakdirkan oleh Allah. Banjir melanda itu sungguh besar dan memusnahkan kediaman. Apapun aku bersyukur kerana dalam takdir itu, Allah masih mentakdirkan aku sekeluarga keluar dengan selamat dari laluan tersebut. Jika lewat sejam, sudah tentu terlibat dalam situasi tersebut setidak-tidaknya berada di Felda Chiku 3, rumah kakak. Segalanya kehendak Allah dan aku sangat bersyukur.