Sunday, August 4, 2013

MUNGKINKAH ESOK TELAH TIADA LAGI KEGEMBIRAAN?

Cuba aku pertahankan, agar segalanya tidak terjadi
namun usah mencabar kerana aku tiada sanggup menanggung lagi dosamu
pilihlah jalan sendiri
kerana kita dilahirkan untuk menjadi kuat walaupun sendiri

Mungkin kalau bersatu, kita tidak hidup sendiri-sendiri..
mungkin sukar
mungkin mudah
pujuk hati menjadi baik
jangan bujuk hati menjadi lari

Kalau kemarau bumi akan gersang
kalau hujan, bumi akan subur
kalau cinta hati menjadi mekar
kalau senyum seluruh alam berkata AMIN.

Jika tiada haluan, kembalilah kepangkuan
jika sesat, berpatah balik, kutip semula menjadi cinta
jika sudah cinta, jangan ada lagi sakit
mari bercinta, demi tuhan, Dia sangat penyayang.