Wednesday, August 19, 2009

Erti Sebuah Rindu..

Kini baru kau tahu erti sebuah rindu
Walaupun pahit dan sukar, tapi masih tergamak untuk ditelan
Dakaplah rindumu, nescaya kau semakin dekat denganku
Tiuplah rindumu untukku, pasti salam yang kau kirim itu sampai jua
Gapailah keresahanmu, kerana semakin hari semakin rindu
Rindu itu indah, keindahan dari lubuk hati yang paling dalam
Rindu akan bertandang menjadi manisan jika kau hayati dengan tulus suci hatimu

Jika kau tiup rindu itu, nescaya bumi gersang menjadi subur dengan air mata kasih
Seandainya dulu kau telah pun merindui saat ini sepatutnya kau menuai hasilnya
Seharusnya kau tahu, rindu itu menjadikan pokok tidak pernah berbunga kini rendang dengan buahnya.
Sayang, ucaplah kerinduanmu agar ia sentiasa tersiram dalam lubuk hatiku ini
Aku tidak akan menyintai yang lain selain darimu seandainya kau tahu erti sebuah keriduan

Sayangku.. lafaskan rindumu itu.. semoga aku mengerti kau juga sedang derita merinduiku
Aku akan kutip setiap lafas rindumu itu dan ku sematkan dalam dadaku
Ucaplah, kerana aku tidak pernah bosan dengan lafas itu
Bahkan aku semakin rindu... rindu serindu.. rindunya...

Tuesday, August 18, 2009

Aku dan Kau ...

Terima kasih atas cintamu dan salammu selama ini..
Aku menghargainya dari tulus hatiku ..
Mestikah aku minta maaf lagi pada mu atas segalanya?
Aku sayangmu.. aku dah mula rindu mu..

Sayang,
Aku ingin hadiahkan kau seluruh jiwaku padamu
supaya kau tahu aku rindu padamu
Ukiran senyumanmu adalah azimat buatku selamanya
Aku cinta padamu sepanjang usiaku...

Sayang, sudikah kau memegang tanganku?
Sudikah kau dengar bisikan cintaku?
Sudikah kau bersamaku mengharungi kedewasaan ini?
Sudikah kau berikan aku sebuah ciuman cintamu?


Aku dan kau.. kau dan aku.. selamanya

Monday, August 17, 2009

Andainya kau tahu...

Kalau cinta ucapkanlah
tidak aku terus gelisah
kalau diam mana ku tahu
kalau begini harus kah aku pergi jauh darimu

Aku telah belajar menerima mu untuk dicintai bukan dibenci
mestikah aku ulangi, kau yang ku sayang?
Mestikah pemberianmu bukan untuk orang tersayang?

Sejauh mana cintamu padaku, aku tidak peduli
yang penting ialah, sejauh mana cintaku padamu
kalau kau tahu, kau dapat rasakan rinduku pada mu bukan sedikit

kalau kau tahu, mestikah kau abaikan aku
tidak kau redha untuk orang tersayang?
Ikatlah hatiku dengan cinta sucimu
supaya aku tahu, kau bersungguh

Aku tidak pernah kemarau mengucapkan kata rindu pada mu
kerana sejak aku menemui lewat masa dahulu
kata rinduku padamu tidak pernah surut

Andai kau tahu tentang rindu ini
pastinya kau tidak akan lepas tanganku sewaktu ku genggam
Pastinya kau akan sambut tanganku tanda kau juga rindukan aku

Aku impiankan kau memaut tanganku tanpa ku pinta
agar aku tahu, kau juga merinduiku
kalau ciuman aku satu kejijikan
izinkan aku menjauhi diri pada mu selamanya...

aku tidak rela dihina dengan kejijikan mu
aku tidak rela menepuk sebelah tangan
sedangkan semua dan segalanya selama ini adalah lepuraan mu


Anda kau tahu,
Aku sentiasa merinduimu melalui sentuhan ini
pastinya kau akan lebih dekat padaku

Mungkin semua ini tidak kau tahu....