Aku dan seruling waktu ini hanya layak menghiburkan hati orang lain. Sedangkan dalam lewat waktu ini, aku perlukan seseorang yang juga memahami hatiku. Kalaulah aku mempunyai kata sakti akan pujuk hati ini supaya menjadi gembira sepanjang kedewasaan ini. Aku tidak mahu lagi menjadi penghibur. Aku ingin lari. Usahlah kau tanya atau pun berkata untuk ku hiburkan hatimu.. Aku sendiri akan membisu dan jika kau paksa, aku akan mati dalam ungkapan bisu.
Haruskan aku campakkan rasa hina ini pada bukit bukau yang tidak berdosa padaku. Haruskan aku jadikan mereka mangsa sedangkan mereka pendegar bisu yang setia. Janganlah kau usik lagi kedamaian hatiku yang telah tinggal sedikit ini. Mungkin aku akan mati terus dari intaian mu sekiranya aku dipaksa. Aku tidak sanggup untuk menjadi penggibur lagi.. Aku tidak sanggupppppppppppppppppppp....
Monday, July 27, 2009
Sunday, July 12, 2009
Salam Terakhir
Aku mewakili diri sendiri memohon maaf atas segala yang berlaku. Izinkan aku pergi untuk selamanya. Walaupun kau tahu ini bukan jiwa aku yang sebenarnya, namun izinkan aku pergi jauh darimu kerana bertanggungjawab atas segala yang berlaku. Maafkan aku kerana mengkhianati kepercayaan mu selama ini. Semoga kau bahagia. Anggaplah aku telah mati dan tidak mungkin hidup lagi walaupun dalam nafas-nafasmu.
Saturday, July 4, 2009
Kau Yang Ku Rindu
Salam cinta buatmu kekasih. Kau tahu di saat ini aku sedang menrinduimu. Sesungguhnya kau harus tahu bahawa rinduku padamu semakin mendalam dan semakin ku ingin menjauhimu, semakin rindu mendakapi aku kala ini. Kesepian sebenarnya luka yang mendalam dan sukar untuk ku lontar jauh-jauh.
Sayangku,
Sejak aku mengenalimu, sejak itulah aku cuba mencari ruang untuk berbicara denganmu walaupun hanya menghantar SMS HELLO. Kau memangku rindukan selama ini.
Sayangku,
Sejak aku mengenalimu, sejak itulah aku cuba mencari ruang untuk berbicara denganmu walaupun hanya menghantar SMS HELLO. Kau memangku rindukan selama ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)