Thursday, April 23, 2009
Setelah Kufikirkan
seluruh jasad ni membara luka
namun aku masih setia dengan ungkapanku
bahawa kau tidak akan kuabaikan selagi diterima mendakapi kesetiaan kata-katamu
aku bukan pendusta
aku bukan mangsa
aku bukan penghibur
aku adalah aku
aku yang terbiar
kalau aku setia di sini bersama janjiku
jangan kau pula dusta segalanya
aku benci menerima sengsara..
setelah aku fikirkan.. izinkan aku menjauhi
semoga kau dapat ketenangan abadi
kerana aku .. tidak mahu mendustimu
Aku tidak dapat bersembunyi lagi
kemana juga ku sembunyi luka ini dapat jua kau intai
aku ingin lari dari mu tapi kemana sahaja aku pergi
bayanganmu selalu mengiringiku
aku tidak tahu mengapa
mungkin dirimu telah berada di dalam hati ini
pasrahkah kau menerima aku
atau aku harus kembara lagi
mungkin kali ini lebih jauh dan jauh dan jauh
kalau kau menyesal meluahkan isi hatimu padaku
aku rela kau menarik balik
kalau kau rasa dusta setelah melafaskan kemarau hatimu
aku redha melupakan setiap kata-katamu
aku sedar aku.. cuma kembara dihatimu..
Wednesday, April 15, 2009
Mestikah Kau Kuabaikan ?
Sebelum kau pergi jauh dariku
Sebelum kau meninggalkanku
Ku ingin kau tahu
Apa yang terbuku di hatiku selama ini
Yang ku tidak berani menyuarakan selama ini
Ku rasa engkau perlu tahu
Selama ini ku memendam rasa rindu yang ku rasa
tidak dapat diganti dengan kata-kata
aku tidak layak meminta apa-apa darimu
aku tahu aku tidak layak berteduh di bawah bayanganmu
aku tahu aku tidak layak meminta kasih darimu
kerana engkau sudah berpunya
ku tidak mahu merosakkan rumah tanggamu
ku tidak mahu melukakan sesiapa
biarlah aku sendiri yang menanggung sakit
biarlah ku sendirian yang hadapi luka ini
setiap kali engkau mengajakku
ku cuba menolak
kerana aku bimbang
aku takut
aku tidak dapat mengawal perasaanku
setiap hari ku menipu diri sendiri
perasaan yang ku alami selama ini
tidak berani ku luahkan kepadamu
perasaan ini telah ku rasai sejak hari pertama ku kenalmu
perasaan yang berdebar-debar
sejak hari pertama lagi ku sudah mengagumimu
sedikit demi sedikit
hari demi hari
ku perasan aku mula menyukaimu
tapi aku cuba menutupnya
aku tidak mahu menyakiti sesiapa
biarlah ku tanggung keseorangan
biarlah perasaanku ditelan masa
biarlah masa mengubati dukaku
maafkanlah aku.
Terima kasih atas keprihatinanmu.
Ku akan sentiasa merinduimu.
Monday, April 13, 2009
Utusan Rindu...
Tapi yang dijumpai hanya sehelai kemarau
melilit gersang dalam jiwa nestapa
aku tidak mungkin dapat membasahi seluruh jiwa yang kemarau ini
lalu ku utuskan rindu ini pada
angin yang berlalu
bayu yang kian pergi
ombak yang semakin hilang
dedaun yang semakin gugur
lalu ku utuskan rindu ini pada
lembah dan luruh
bukit dan gunung
paya dan kuala
namun......
kau hilang di saat aku memerlukan mu..
Sayangku.. aku tidak mungkin lagi memburumu
Kerana aku telah terperangkap dalam kemarau rindu ini..
Maafkan aku.. selamanya
Sunday, April 12, 2009
Carilah Pengganti Setelah Aku Pergi
Kumulai sedar aku tidak layak berdiri di bawah bayang-bayang mu
Kerana aku sedar siapa aku sebenarnya.
Aku tidak layak mencari cinta dan berteduh di sinimu
Aku hanya selayaknya menjadi PENGHIBUR
Aku hanya berstatus PELAWAK bagi dirimu
Maafkan aku.. kerana aku seorang lelaki yang sombong dan penuh dengan kata-kata dusta
Maafkan aku.. kerana aku tidak berjaya menjadi diri aku yang kau mahukan
Maafkan aku.. aku telah mati dalam setiap kata-kata seni ini....
Maafkan aku.. Carilah pengganti setelah aku pergi
Thursday, April 2, 2009
Ku bentangkan sejadah mencari kedamaian
Sewaktu ku sujud di sejadah usang ini..
Puas sudah aku membujuk hati agar jangan kacau
Namun bercelaru membenak di sukma
Melekat pekat menjadi kusut, pedih dan hiba
Dustakah aku pada janjiku bahawa Tiada Tuhan yang berhak kusembah Melainkan Allah
Dan Muhammad itu pesuruh Allah yang maksum.
Engkarkah aku pada kepatuhan yang telah aku sumpah patri?
Atau aku selamanya menjadi keras hati seperti batu
Oh Tuhan...
Sewaktu aku bentangkan sejadah ini ..
Datanglah rimbunan perasaan rendah diri padaMu
Tapi usangkah hatiku untuk kau terima
Atau memang aku hilang Kau...
Oh tuhan.. hadiahkanlah dia Nur Islam
Agar ia menjadi tetamuMu di syurga yang penuh nikmat
Oh Tuhan.. jemputlah dia dengan anugerahMu ke syurgaMu dengan HidayahMu
Oh Tuhan.. Sebagaimana kau penuhi doa Muhammad S.A.W menjemput Hamzah yang garang
Menjadi tetamuMu dan meletakkan dia disisiMu yang tertinggi..
Apalah kiranya kau jemput dia untuk agamamu dari cebisan doaku dari tanganku yang penuh dosa ini...
Oh Tuhan.. walaupun dia dilahirkan bukan untukku.. namun sempurnakah doaku ini agar dia menjadi tetamuMu di syurga dengan landas keimanan.. Kerana aku tahu.. Kau Tuhan Yang Maha Mendengar dan Maha mengasihani. Amin