Monday, March 30, 2009

Semalam yang hilang


Aku rasakan sungguh terharu apabila kau bisikan kau rindu padaku. Aku semacam tidak percaya kerana aku tahu memang kau pandai sembunyikan isi hatimu. Selama ini aku tidak dapat menghidu pun yang kau rindukan aku. Tetapi apabila kau lafaskan kau rindukan aku, aku semacam bermimpi. Namun apapun aku tetap menghargai kejujuran kau lafaskan kata-kata itu dengan hatiku yang paling tulus.

" Katakan, betul atau tidak you rindukan i?" Nadaku inginkan kepastian..
" Ah, janganlah macam ini. I tak selesa kalau you paksa-paksa." Si gadis itu bersuara lembut. Dia masih cuba sembunyikan lagi apa yang dia nak luahkan.
" Ok.. Fine.. Kalau you tak nak lafaskan dan asyik tuduh i paksa you, tak ada lagi i ingin dengarkan bisikan rindu you. Kalau you rasakan i selalu paksa you untuk itu dan ini, i rasa tak mahu lagi buka mulut untuk apa sahaja." Aku semacam merajuk dengan ungkapan paksa.
"Ok..oklah.. i mengaku.. Sejak akhir-akhir ini i rindukan you.. Jangan tanya mengapa." Aku macam tersentak. Adakah ini satu paksaan?
" Kenapa.. you masih tak percaya?" Soal dia semacam kesal dengan apa yang dia ucapkan tadi.
" Emmm.. no comment." Lantas perbualan itu berlalu begitu saja.

Tuesday, March 24, 2009

Aku Dalam Kerinduan



Apa yang dapat aku buat kalau aku rindukan mu? Mungkin kah mendengar suaramu atau mencari wajahmu yang sentiasa hilang dari celah-celah bisikan bayu. Haruskah aku lafaskan.. kau kini semakin kulafaskan bertakhta disetiap dengut nadiku...Cuba kau renung mataku.. dapatkah kau lihat cintaku? Cuba kau pejam matamu.. hilangkah aku selamanya???

Thursday, March 12, 2009

memahami hatimu dari selembar coretan


Aku tahu, apa sebenarnya yang kau ingin sampaikan. Biru itu melambangkan hatimu yang inginkan kebebasan. Aku tidak pasti tentang apa yang kau inginkan. Namun mungkin kebebasan dari hati yang sunyi selama ini. Kuning yang kau cetuskan itu kerana kau mempunyai kedewasaan seperti seorang sang puteri yang mencari putera. Aku kah putera itu? Atau aku rakyat jelata yang sentiasa inginkan seorang puteri raja selama ini. Manakala hijau yang kau tumpahkan pada rumput itu, menyatakan kau perlukan seseorang yang menjanjikan kebahagiaan sebagai orang yang kau harapkan selama ini. Membina kehidupan yang damai dan bahagia bersama cinta yang segar seperti hijau dan suburnya daun-daun rumput itu. Mungkinkah itu yang kau cari? Cetusan itu adalah hatimu yang aku tidak tahu selama ini. Maafkan aku.