Mestikah kau menyintai kerana agamaku atau
Kerana cinta baru agama?
Aku melihat dari sudut yang ada
ternyata aku dalam persimpangan keliru
Kau memberi harapan tetapi kenapa aku masih keliru
Sesekali singgah di ingatan ini bahawa
Akan robohkan kebahagian sedia ada
Apa yang aku cari ini?
Dan apa yang kau mahu ini?
Nanti akan berlakulah suasana kucar kacir dalam keliru
Dalam dakapan diri yang berpeluh ini
aku keliru, jawapan apakah yang sedang aku nanti
aku tidak mahu keliru lagi dalam hati
kerana hatiku bukan lagi milikku
terusik ..tersentuh.. air mata dan kekeliruan
bersungguhkah kau menyintai aku atau agamaku?
Buktikan... aku menanti jawapan...
No comments:
Post a Comment