Kini baru kau tahu erti sebuah rindu
Walaupun pahit dan sukar, tapi masih tergamak untuk ditelan
Dakaplah rindumu, nescaya kau semakin dekat denganku
Tiuplah rindumu untukku, pasti salam yang kau kirim itu sampai jua
Gapailah keresahanmu, kerana semakin hari semakin rindu
Rindu itu indah, keindahan dari lubuk hati yang paling dalam
Rindu akan bertandang menjadi manisan jika kau hayati dengan tulus suci hatimu
Jika kau tiup rindu itu, nescaya bumi gersang menjadi subur dengan air mata kasih
Seandainya dulu kau telah pun merindui saat ini sepatutnya kau menuai hasilnya
Seharusnya kau tahu, rindu itu menjadikan pokok tidak pernah berbunga kini rendang dengan buahnya.
Sayang, ucaplah kerinduanmu agar ia sentiasa tersiram dalam lubuk hatiku ini
Aku tidak akan menyintai yang lain selain darimu seandainya kau tahu erti sebuah keriduan
Sayangku.. lafaskan rindumu itu.. semoga aku mengerti kau juga sedang derita merinduiku
Aku akan kutip setiap lafas rindumu itu dan ku sematkan dalam dadaku
Ucaplah, kerana aku tidak pernah bosan dengan lafas itu
Bahkan aku semakin rindu... rindu serindu.. rindunya...
No comments:
Post a Comment