Aku dan seruling waktu ini hanya layak menghiburkan hati orang lain. Sedangkan dalam lewat waktu ini, aku perlukan seseorang yang juga memahami hatiku. Kalaulah aku mempunyai kata sakti akan pujuk hati ini supaya menjadi gembira sepanjang kedewasaan ini. Aku tidak mahu lagi menjadi penghibur. Aku ingin lari. Usahlah kau tanya atau pun berkata untuk ku hiburkan hatimu.. Aku sendiri akan membisu dan jika kau paksa, aku akan mati dalam ungkapan bisu.
Haruskan aku campakkan rasa hina ini pada bukit bukau yang tidak berdosa padaku. Haruskan aku jadikan mereka mangsa sedangkan mereka pendegar bisu yang setia. Janganlah kau usik lagi kedamaian hatiku yang telah tinggal sedikit ini. Mungkin aku akan mati terus dari intaian mu sekiranya aku dipaksa. Aku tidak sanggup untuk menjadi penggibur lagi.. Aku tidak sanggupppppppppppppppppppp....
No comments:
Post a Comment