Thursday, April 2, 2009

Ku bentangkan sejadah mencari kedamaian


Sewaktu ku sujud di sejadah usang ini..
Puas sudah aku membujuk hati agar jangan kacau
Namun bercelaru membenak di sukma
Melekat pekat menjadi kusut, pedih dan hiba
Dustakah aku pada janjiku bahawa Tiada Tuhan yang berhak kusembah Melainkan Allah
Dan Muhammad itu pesuruh Allah yang maksum.
Engkarkah aku pada kepatuhan yang telah aku sumpah patri?
Atau aku selamanya menjadi keras hati seperti batu
Oh Tuhan...
Sewaktu aku bentangkan sejadah ini ..
Datanglah rimbunan perasaan rendah diri padaMu
Tapi usangkah hatiku untuk kau terima
Atau memang aku hilang Kau...
Oh tuhan.. hadiahkanlah dia Nur Islam
Agar ia menjadi tetamuMu di syurga yang penuh nikmat
Oh Tuhan.. jemputlah dia dengan anugerahMu ke syurgaMu dengan HidayahMu
Oh Tuhan.. Sebagaimana kau penuhi doa Muhammad S.A.W menjemput Hamzah yang garang
Menjadi tetamuMu dan meletakkan dia disisiMu yang tertinggi..
Apalah kiranya kau jemput dia untuk agamamu dari cebisan doaku dari tanganku yang penuh dosa ini...
Oh Tuhan.. walaupun dia dilahirkan bukan untukku.. namun sempurnakah doaku ini agar dia menjadi tetamuMu di syurga dengan landas keimanan.. Kerana aku tahu.. Kau Tuhan Yang Maha Mendengar dan Maha mengasihani. Amin

No comments:

Post a Comment