
Aku tahu, apa sebenarnya yang kau ingin sampaikan. Biru itu melambangkan hatimu yang inginkan kebebasan. Aku tidak pasti tentang apa yang kau inginkan. Namun mungkin kebebasan dari hati yang sunyi selama ini. Kuning yang kau cetuskan itu kerana kau mempunyai kedewasaan seperti seorang sang puteri yang mencari putera. Aku kah putera itu? Atau aku rakyat jelata yang sentiasa inginkan seorang puteri raja selama ini. Manakala hijau yang kau tumpahkan pada rumput itu, menyatakan kau perlukan seseorang yang menjanjikan kebahagiaan sebagai orang yang kau harapkan selama ini. Membina kehidupan yang damai dan bahagia bersama cinta yang segar seperti hijau dan suburnya daun-daun rumput itu. Mungkinkah itu yang kau cari? Cetusan itu adalah hatimu yang aku tidak tahu selama ini. Maafkan aku.
No comments:
Post a Comment