Thursday, December 23, 2010

DAIRI PERJALANAN PERCUTIAN DAN BALIK KAMPUNG KELUARGA KE KELANTAN 2010

23 DISEMBER 2010 - KHAMIS
Bermula Esok, 24 Disember 2010, aku bercadang untuk balik kampung di Pasir Mas, Kelantan. Sambil itu ada satu perjumpaan dengan kawan-kawan lama di Maktab Perguruan Kota Bharu, Pengkalan Chepa. Tapi sekarang dah tukar kepada Institut Perguruan Kota Bharu (IPG). Perjumpaan tersebut akan diadakan di sebuah Restaurant terkemuka di Bandar Kota Bharu.. Aku pun tak pasti bagaimana rupa restaurant tu.. Sebab selalu dengar namanya tetapi tidak pernah pergi ke sana.. Katanya terletak di Berek 12.. Apapun aku akan cuba mencari tempat itu.

Bukan apa sahaja nak bawa family berjalan-jalan sempena cuti sekolah ini. Lagipun dah lama tidak bawa mereka balik ke Kelantan bercuti sambil menziarahi sanak saudara di sana. Itulah perancangannya. Harap-harap tidak ada aral melintang. Mudah-mudahan cuaca pun elok. Maklumlah sekarang ni musim hujan. Risau bukan apa, nanti nak berjalan keluar sambil makan angin dari satu tempat ke satu tempat bukan senang. Anak-anakpun mudah kena demam kalau asyik kena hujan, lepas tu masuk kereta kena aircond pula. Kena berjaga-jagalah nampaknya. Atau hadkan sahaja perjalanan.

Kalau mengikut jadual, mula-mula nak singgah kat rumah kakak di Felda Chiku 3, Gua Musang. Berhenti solat dan bertolak terus ke penginapan di BTPN Kelantan, Pengkalan Chepa. Itulah perancangannya.. Apapun esok pagi kena masuk pejabat dahulu untuk menghabiskan hari kerja.

24 DISEMBER 2010- JUMAAT

BERMULA jam 12.00 tengahari, aku dan family memulakan perjalanan setelah mengisi minyak di petronas Jerantut sebanyak RM63.00. Semuanya berjalan seperti yang dijadualkan. Semoga ia selamat pergi dan selamat sampai. Cuacapun baik sepanjang perjalan dari Jerantut ke Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Laluan kali ini ialah Jerantut-Kerambit-Lipis-Kacau Felda-Gua Musang-Kuala Krai-Macahang-Kok Lanas-Nilam Puri-Wakaf Cheyeh-Bandar Kota Bharu-Pengkalan Chepa. Kami menginap di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan (BTPN) kerana aku tidak pernah menggunakan kemudahan ini sejak menjawat jawatan Pegawai Teknologi Pendidikan sejak 8 tahun nan sudah.


Perjalan mengambil masa 6 jam memang agak memenatkan kalau tidak ditemani keluarga tersayang. Namun dengan ada mereka terhiburlah juga dan sentiasa riuh rendah dengan suara anak-anak di dalam kereta. Hampir jam 7 malam baru sampai di BTPN Kelantan. Setelah mengambil bilik kami bersiap-siap untuk makan malam..

Sepanjang perjalanan ke Kelantan tidak ada apa yang menarik. Cuacanya pula seperti merestui perjalanan ini kerana ia cerah dan baik. Jalan raya pun tidaklah sesibuk musim perayaan lain kerana masing-masing balik kampung. Walaupun esok perayaan hari Natal atau Krismas akan disambut, namun jalan raya tidaklah sesibuk musim perayaan Aidilfitri atau musim hari raya cina. Lega dan bersyukur tiada apa yang berlaku disepanjang perjalanan.

Setelah menikmati makan malam yang sedap di Pengkalan Chepa, kami tidak ke mana-mana lagi setelah penat. Selepas bersantai sambil menonton TV, entah jam berapa masing-masing tertindur.

25 DISEMBER 2010 - SABTU

Hari ini selepas solat subuh aku sambung balik tidur. Anak-anak aku pun sedap berbalut selimut pagi. Suana di BTPN Pahang tidaklah bising dan kebetulan pula tiada aktiviti disebabkan hari minggu dan disambung pula dengan cuti sempena hari Natal. Dalam pukul 10 pagi kami bersiap untuk sarapan pagi. Sebelum singgah bersarapan pagi, sempat dulu meninjau sekitar IPG Kota Bharu yang telah lama aku tinggalkan. Mungkin dalam 12 tahun lebih, iaitu selepas tamat pengajian pada tahun 1997. Semuanya menggamit kenangan sambil bercerita bahawa disinilah abah dan ibu belajar kepada anak-anak. Kebetulan isteri aku juga bekas pelajar IPG ini. Wah, bukan main seronok dan ceria masing-masing bertukar-tukar pengalaman. Itulah hakikat yang kami alami, IPG tempat yang mencipta seribu kenangan abadi.

Sejam selepas itu, kami bertolak ke Bandar Kota Bharu dan bersarapan di sana. Memandangkan hari hampir pukul 12 tengahari, aku memesan mee sup yang sedap dan menyelerakan. Sup itu ialah sup perut lembu.. Sedappppp.... Selepas tu bersiar-siar dengan mereka di Kelantan Trace Center sambil meninjau-ninjau apa yang dijual di sana. Kami tidak berhasrat untuk shopping tetapi lebih kepada membawa anak-anak bersiar-siar sekitar bandar Kota Bharu.

Kira-kira jam 1.30 petang kami bertolak ke Restoran Syam, Beret 12 untuk majlis perjumpaan bekas pelajar IPG Kota Bharu. Hanya 8 orang yang hadir kerana yang lain sibuk dengan komitmen lain. Mungkin di lain masa, mereka akan dapat menyertai dan memeriahkan majlis yang dirancangkan.

Kul 4 petang selepas berbual mesra, kami bertolak pulang ke Pasir Mas untuk menziarahi keluarga di sana. Ingat nak singgah banyak tempat namun anak lelaki sulong kami demam. Alahai, tak ada makna laa percutian kalau asyik dok demam aje. Tidak mengapalah, mungkin dilain masa dapat bercuti lagi.

Selepas solat di rumah abang di kampung Becah Landak, aku ke rumah dua pupu dan berbual tentang beberapa perkara. Menjalang magrib singgah di rumah seorang abang lagi di Bunut Susu. Tiada ada apa yang menarik, melainkan kunjungan biasa. Selepas solat magrib dan jamak isyak, kami bertolak semula pulang ke BTPN Kelantan. Kerana kepenatan dan anak lelaki itu mengalami demam dan alahan makanan, kami pun membatalkan hasrat untuk bersiar-siar di bandar Kota Bharu pada malam itu. Hampir 80% badannya kemerah-merahan seperti udang kena rebus. Syukur ia tidak merebak ke muka. Justeru, kami tidak ke mana-mana lagi selain berehat sambil bersantai.

26 DISEMBER 2010 - AHAD

Memandangkan dua orang anak kami demam, maka kami memendekan percuti di Kota Bharu. Selepas mendapatkan Ubat-ubat di Farmasi di Taman Uda Murni Kota Bharu, kami terus bertolak pulang dan berhasrat untuk bermalam di rumah kakak di Chiku Tiga, Gua Musang. Kami tidak mahu mengambil sebarang rasiko kerana masalah kesihatan mereka perlu diutamakan. Suhu badan anak yang demam itu semakin meningkat. Syukur kerana anak bongsu yang berumur setahun 4 bulan itu tidak demam. Kalau tidak lagi susah kerana perjalanan mengambil masa 6 hingga 7 jam itu memang merimaskan. Sepanjang perjalan ke rumah kakak mujurlah yang demam itu asyik tidur sahaja dalam kereta.

Selepas singgah bersarapan di restoran Tanjung dekat Wakaf Che Yeh, kami meneruskan perjalanan. Berhenti seketika di Petronas Guchil Kuala Krai untuk memberi makanan ringan. Selepas itu terus ke Felda Chiku Tiga untuk menziarahi kakak di sana.

Setiba di rumah kakak, kami diberitahu di sekitar Felda itu mengalami masalah bekalan air dan tidak tahu bila akan pulih. Keadaan ini menyukar untuk mandi atau membersih diri. Oleh itu, selepas menikmati hidangan makan tengahari, dalam pukul 3 petang, kami terus berangkat pulang ke Jerantut.

Pejalanan pulang mengalami kesibukan trafik. Mungkin terdapat beberapa kumpulan kenderaan yang keluar negeri Kelantan menuju ke ibu negara. Kira-kira dalam 6 lebih, berhenti di Masjid Bandar Kuala Lipis untuk berehat sambil menunaikan solat. Sempatlah juga menikmati suasana bandar Kuala Lipis. Namun kira-kira jam 6.30 petang, kami meneruskan perjalanan ke Jerantut. Sejam kemudian kami tiba dengan selamat di rumah, Taman Kelisa Emas, Jerantut.

Walaupun percutian terpaksa dipendekan kerana masalah kesihatan anak-anak, kami tetap bersyukur kerana sepanjang perjalanan pergi dan balik itu tidak ada apa-apa yang tidak diingini berlaku. Terima kasih kepada Allah atas nikmat keselamatan ini. Insya-Allah ada masa yang lain pun kami akan pergi bercuti sambil menziarahi lagi.

Saturday, December 11, 2010

Tinta bicara buat Mama..

Tika aku membebel mencari siapa yang menyapa mesra tadi
Akan terlupa akan sebenarnya si dia tu ialah utusan Allah
Sedar tidak sedar, dia telah berada di sisi
Berbicara satu persatu mengenai Tuhan
Yang mencipta seluruh alam..

Teka teki semakin menjauh dari kabus yang membaluti
Agar semalam yang kalut dan gelabah, tidak lagi dusta
Kini disisiku diutuskan salam bagaikan cinta Adam dan Hawa
Mekar bagaikan kuntuman bunga di taman syurga
Aku dan si dia, menanti saat lafas cinta menjadi suci
Dari patri ungkapan cinta nan abadi selamanya..

Tuesday, November 30, 2010

Santai & Kereta api Tanah Melayu

Alkisah nak jadi cerita pada tanggal 28 November 2010 membawa anak-anak ke Stesyen kereta apai buat mereka merasai macam mana naik kereta api. Sebelum ini mereka hanya menjejak kaki sahaja di stesyen kereta api dan berhajat untuk menaiki kereta api. Jadi dalam kul 8.30 pagi aku membawa anak-anak ke stesyen kereta api. Jam 9.09 pagi dijangka kereta api tiba. Keterujaan mereka tampak jelas sekali. Selepas membeli tiket, mereka begitu gembira dan berlari-lari di platform kereta api. Tampak jelas sekali gembira. Nak jadikan cerita kereta api delay, pukul 10.45 pagi baru sampai. Tetapi sebab nak juga merasai naik kereta api mereka sanggup tunggu walaupun lambat.

Apabila kereta api bertolak, aku memandu kereta mengikut jalan raya. Aku akan menjemput mereka di stesyen kereta api Mentakab. Perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam dari Jerantut ke Mentakab. Mereka ditemani oleh Isteriku. Keterujaan mereka semakin memuncak dan apabila sudah melangkah ke gerabak, mereka tampak riang dan tersenyum lebar.

Ini semua dibuat bagi memenuhi cuti sekolah dan mereka tidak pernah menaiki kereta api. Seronok sekali bila tengok mereka seronok....




















Wednesday, November 24, 2010

SESAAT MENJADI ABADI 25/11/2010 9.33 pagi

Jangan kau lari berpaling lagi kerana kau telah mula berlari
Teruskan hingga nafas terakhir kerana kau telah lafaz syahadah itu
Peganglah dengan lafas itu hingga tiada saatpun tidak lupa walaupun dijemput pulang
Tiada lagi dusta..tiada lagi kekeliruan.. kau memiliki segalanya
Dari saat itu gugurlah segala dosa.. kerana allah tidak pernah mungkir akan janjinya

Terokailah segala yang ada kerana semakin jauh kau pergi semakin pasrah
Jangan undur walaupun selangkah apa lagi berpaling menjeling dengan ekor mata
kerana setelah kau berlari, teruskan berlari walaupun terpaksa merangkak

Akanku utuskan segala sokonganku pada mu
akanku hadiahkan doaku padamu agar Allah jaminkan kebahagiaan
Kerana janji Allah tidak pernah dusta
Kuatlah segala kelemahan yang ada
Jauhilah segala yang dihasuti

Aku hanya untukmu
Lafaslah, dengan izin tuhan.. aku milikmu
Tiada hadiah yang aku nak hulurkan melainkan dua perkara
satu : aku meminangmu dengan izin Allah
dua : aku serahkan diriku pada mu dengan kehendak Allah

Selamat Datang ke dunia yang benar.. jalan yang benar..hidup yang benar..

Wednesday, November 17, 2010

MENANTI MENJELANG MENTARI

Semalam dan hari ini aku masih menadah tangan memohon doa pada Allah
Agar memberi cahaya kepada si dia dari kesesatan dan kegelapan selama ini
Aku tahu, aku insan yang banyak dosa namun tidak salah rasanya aku berdoa
Supaya si dia diterangi cahaya keimanan yang tulus dari rindu bisikan kalimah Allah
Janganlah tolak doaku ini wahai Allah kerana hanya doalah yang aku ada buat didengari
Aku mohon ampun dari Mu Ya Allah dari segala keceluparan dan keengkaranku selama ini
Oh Tuhan, pancarkanlah Hidayahmu buat si dia yang menantikan restuMu

Bagaikan segalanya kehendakmu tetapi masih keliru dan risau jika itu tipu daya iblis
Bagaikan sudah nyata tetapi takut itu semua ilusi iblis yabg menyesatkan
Oh tuhan, tunjukkanlah jalan kebenaran dari jalan-jalan yang kau sesatkan hambamu ini
Tanpa izinMu tidak ada kebenaran melainkan dusta dan tipu daya iblis
Aku tidak layak ke syurgamu ya Allah, namun tidak pula sanggup ke nerakamu
Berikah aku dan si dia kebenaran dari janji-janjimu yang tidak pernah kau dustai
Janjimu janji yang pasti dari tidak sedikitpun berubah melainkan tiba akan hari yang dijanjikan

Oh tuhanku yang maha mendengar dan maha mengetahui dari apa yang aku tidak tahu
Berikah jalan yang benar, jalan yang kudus.. jalan yang suci dan jalan yang engkau redhai
Hapuskan segala bisikan iblis dan jauhi segala kesesatan yang membaluti si dia selama ini
Andainya tiada jalan yang tulus, jalan sesatlah pilihan dia selamanya
Oh Tuhanku aku berbicara dengan mu melalui doa ini
Anugerahkanlah cahaya itu sebagai hadiah buat tetamu yang Engkau jemput sebagai tetamuMu
Semoga tiada lagi kesesatan, tiada lagi kegegalapan

Wahai Tuhan yang maha Agong, tuhan yang berhak disembah, tiada tuhan melainkan Allah
Aku menadah tangan berbicara padaMu dengan hati yang tulus, restuilah hajat si dia
Kerana engkau tuhan yang maha menerima dan tuhan yang maha pengampun
Oh Tuhanku, sekiranya si dia bukan jodohku tetapi jodohkanlah si dia dengan agamamu
Sekiranya si dia adalah ketentuanMu sebagai isteriku dari hidayahMu, mudahkanlah
Lancarkanlah segala kesulitan yang melanda dan anugerahkan ketabahan dan kekuatan iman
Sekiranya dia bukan jodohku, jauhilah kami dari maksiat dan kehancuran iman
Sekiranya dia bukan jodohku, abaikan aku dari semua ini
Namun Ya Allah yang maha agong, walaupun dia bukan jodohku, tetapi suluhilah si dia
dengan segala cahaya keimanan yang engkau sahaja Tuhan yang berhak memilih
oh Tuhanku.. ampunkanlah dosaku atas keceluparan doa-doaku ini
Ya Allah yang maha pengasihani lagi maha pemurah, makbulkanlah doaku ini
Perkenankanlah doa ini dan anugerahkanlah kepada si dia dari apa yang engkau anugerahkan
kepada insan-insan yang yang sukai.
Aku panjatkan doa ini dari hidayah yang engkau sentiasa tuhan yang kusembah...

Sekiranya tiada mentari untuk menyuluhi kegelapan malam, aku tidak lah risau dan takut
Sekiranya tiada kedengari lagi bisikan malam yang indah, tidak akan kuhiraukan lagi
Namun sekiranya kau biarkan aku dan si dia dalam kesesatan, itulah yang aku risau dan tangisi
Jauhilah dari segala janjimu bahawa sesiapa yang engkau sesatkan tempatnya ialah di rumah nerakamu yang pedih azab siksanya...
Tuhanku.. aku mohon perkenankan doakan ini... amin yarabalalamin...

Monday, November 15, 2010

MASJID KRISTAL MALAM VS SIANG

Pemandangan hari malam lebih cantik dan selesa. Peranan lampu menaikan warna warni di suasana majsid ini. Ia menjadikan pemandangan yang menarik dan sangat menarik untuk dihayati. Ceria dan menarik.






Pemandangan Masjid Kristal Pada Waktu Siang. Masjid tidak mempunyai warna yang menarik. Namun itulah masjid kristal yang dibanggakan oleh rakyat Terengganu malah rakyat Malaysia.