" Haruskah Kau kuabaikan setelah aku dibiarkan."
Mazlan
[ Wednesday, 18 February, 2009 7:49 AM ]
Monday, November 30, 2009
Salam 1 Malaysia
Aku tidak bisa berlari mengejarmu walau dalam rindu yang semakin menguasai diriku Bukan aku lemah tetapi aku dilemahkan oleh kata-katamu bahawa aku yang kau sayang Aku berasa amat kemarau miskinpun telah basah dengan air mata cinta ini Kalaulah aku ada sayap .. nescaya akan kuterbang menjengokmu walau sesaat Agar rindu setahun ini terhapus bila menjengok mu di kata itu Namun malangnya aku tidak ada sayap mahupun keajaiban melainkan aku di sini menanti Kalaulah kau dapat rasakan apa yang aku rasakan di kala ini, nescaya kau tahu akan isi hatiku
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.
Aku mencari damai dari kelalutan hati Terbayang akan wajahmu Masih hangat ciumanmu Masih erat dakapanmu Eratku rasakan akan genggaman tangan jemarimu masih terasa akan jari jemarimu bermain jariku hangat cintamu dapat ku rasa dari kucupan bibirmu ahhh.. aku rindu padamu
pergimu jauh berbatu-batu bagiku dekat kerana ciuman ikhlasmu menerbitkan rasa cinta sejati sayang.. aku masih di sini menantimu semoga suatu hari nanti dengan izin tuhan yang maha kuasa kita bersatu dalam cinta yang azali dan aku akan menjemputmu pulang
pergilah sayang.. aku masih di sini menanti semoga kau sentiasa bahagia ingatku dalam doamu semoga kekal cinta ini selamanya...
Dari warna-warna yang kau mainkan dapatku kutip bahawa kau dalam kerinduan. Rindu yang mula mekar dengan penuh keikhlasan. Aku suka akan warna ini walaupun tampak gelisah tetapi sukar untuk dilupakan. Senja yang bakal berlabuh tidak mungkin ada kesudahan sekiranya masih terpalit warna-warna yang suka kau mainkan. Aku adalah perindu itu.
Sebuah bahtera yang dilabuhkan pada senja ini bukan bahtera penyudah, bahkan esok dia akan berangkat pergi meninggalkan gairs-garis senja ini. Beburung masih menanti dalam sangkar cinta tetapi mencari kebebasan walaupun bahtera itu akan pergi kembali kepangkuan kekasih keluarga. Namun burung-burung itu masih menyanyikan lagu-lagu kekasih dari bisikan bayu di senja itu.
Mestikah kau pergi setelah baru ingin kau ku dampingi. Namun aku pasrah, kau harus pergi. Pergilah suatu hari nanti akanku datang jemput mu pulang seandainya kau sudi. Aku sentiasa menantimu di sini. Ukiran itu telah aku sematkan dalam "Here I waiting for You".
Pergilah, aku iringi dikau dengan doa dan harapan. Kembalikan keresahan itu dan izinkan aku campak ke lautan kasih agar harum menjadi cinta suci dan abadi. selamanya, kau dalam ingatanku...
Salam rindu pada matamu yang cantik Semoga mekar sepanjang hari sekuntum senyum mekarmu kalau hari ini tiada maksud untuk wadah hati sekadar rindu di hujung kemarau
Terima kasih kerana melayan aku seperti seorang putera raja Aku berjanji tidak akan abaikan dirimu sayang Tidak mampu ku lari dari kenyataan yang aku sudah jatuh cinta padamu Sedaya hatiku, berat untukku lafaskan agar kau pergi Aku akan menjadi perindu selamanya Kalau lewat waktu berlalu dapatku undur, nescaya akan cari mu Sayang.. aku cinta padamu
Ada sesuatu ingin kukatakan Kuharap engkau dapat mengertikan Selama ini dirimu kusayang Walaupun kau tidak percaya
Tak guna aku memaksa dirimu Untuk percaya segala kataku Kiranya engkau fahami hatiku Tentunya kau akan menyedari
Aku merasa sungguh indah bersamamu tiap waktu Kita bermesra... marah dan sayang Rajuk dan rindu Walaupun kita pernah merasa terluka dan terkilan Namun hatiku masih menyintaimu sayang
Alangkah indah kehidupan ini Seandai engkau terus bersamaku Kiranya aku menyinggung hatimu Maafkan diriku... oh sayang
Aku merasa sungguh indah bersamamu tiap waktu Kita bermesra... marah dan sayang Rajuk dan rindu Walaupun kita pernah merasa terluka dan terkilan Namun hatiku masih menyintaimu... sayang
Alangkah indah kehidupan ini Seandai engkau terus bersamaku Kiranya aku menyinggung hatimu Maafkan diriku... oh sayang