Tuesday, May 19, 2009

SURAT CINTA

Kekasih.. dalam dakapan rindu ini, aku menulis surat cinta padamu
Agar kau tahu, setiap saat.. setiap masa.. aku menderita dalam kerinduan berjauhan
Setiap kali kau lafaskan rindu padaku, setiap kali itu semakin dekat jiwaku padamu
Dekatnya dirimu seperti kau berada dalam hatiku setiap kali nafasku dihembus
Seakan kau telah berada dalam pelukan erat dengan penuh kasih sayang abadi...

Kekasih.. ingin suatu hari ini aku memelukmu agar kerinduan ini terhapus walaupun seketika
Janganlah di saat itu kau bunuh permintaan ini kerana hanya itu yang aku mahu
Bukan aku ingin mengambil kesempatan, namun apa yang aku mahu ialah
kau sedar bahawa kau juga perlu rasai betapa deritanya aku selama ini sentiasa berjauhan
Izinkan aku menyentuh jari jemari saljumu agar pasrah hati ini kau milik ku yang suci
Percayalah sayang.. tidak akan ku khianati segala lafas rindu ini padamu
bahawa aku telah berjanji pada cinta, kau abadi dalam hidup ini
Izinkan aku menggenggam erat tanganmu lalu membisikan padamu, aku rindu... aku cinta.. aku cinta... aku cinta..

Kekasih.. aku selalu menyimpan setiap senyummu dalam dalam sudut hatiku
Apabila rindu bertandang, senyummu menjadi penawar kegelisahan
Tidak berdaya aku menahan panahan rindu ini sendirian melainkan kau utuskan salam cinta
Aku harap kau berilah aku penawar itu agar setiap saat dapat aku hidup dalam realiti ini
Sayang... aku tulis surat cinta ini adalah dengan air mata rindu supaya kau tahu.. aku rindu padamu
Sayang... dakaplah daku seeratnya agar kau rasakan.. rindu itu semakin membara..
Sayang... pimpinlah tanganku agar kau tahu.. kehangatan jari jemariku ini adalah bara rindu
Sayang... adakah kau rindu seperti mana aku rindu padamu di saat ini?

Sunday, May 3, 2009

Tiada Madah Untuk Sang Gadis

Mungkinkah camar dilautan biru menangis
apabila tiada kiriman rindu si pujaan hati dari seberang sana?
Mungkinkah lena tidur si pungguk seandainya rembulan sudah lama tidak membelai?
Atau mungkinkah kau rindu padaku seandai kau sombong untuk melafaskan rindu itu?

Tiada madah untukmu lagi kerana aku dah bosan bermadah
sedangkan kau tidak pun membalas walaupun dengan bisikanmu
kalau kau simpan ungkapanmu, bagi insan kau telah mengkianati kejujuran orang lain
kerana cinta .. rindu.. sayang .. harus dilafaskan sebagai bukti dari sumpah setia
dustakah cinta pada kejujuran kalau semata-mata memendamnya?
tahukah si camar kalau bisikan tidak dilafaskan..
tahukah si pungguk kalau rembulan pun rindu tetapi tak pernah ucapkan?
tahukah si aku yang kau rindu padaku kalau kau tidak madahkan?
salahkah kau ucapkan kata-kata sakti itu padaku supaya aku pun tahu kau rindukan aku?
miskinkah kau dengan kata-kata?
berdosakah kau untuk melontarkan kata sakti itu

kalau kau tidak ingin menyatakan.. izinkan aku berdusta pada diriku
DENGAN PERLAHAN-LAHAN AKU BELAJAR MELUPAKANMU...
TIADA MADAH UNTUK MU
TIADA RINDU LAGI PADAMU..

maafkan aku dari ungkapan dusta ini...